Jumaat, Julai 17, 2009

Sorry yea!

(dengan VY sekeluarga)
(wanita-wanita terpenting dalam hidup aku)

(lepas horey2 dengan aku)

(masa tengah slim)

(marina pun gila membaca macam aku jugak!)

Aku mohon maaf sebab aku tak update blog ni beberapa hari. Bukan pasal aku pergi training dengan Wayne Rooney tapi aku ada misi besar yang aku perlu selenggarakan. Aku balik Penang jumpa mama selama 3 hari. Mama tak tahu yang aku ada kat Malaysia. Aku tak cakap langsung sebab aku takut mama akan cari aku tiap-tiap hari. Mama yang seperti aku cakap, dah tak sama macam dulu lagi. Mama dah tak ingat apa yang dia buat. Kadang-kadang kami pun dia dah tak ingat. Jadi part tu very delicate sikit. Aku kena handle dengan hati-hati. Aku balik tidur tepi mama 3 hari tu. Part tu aku akan cerita kemudian bila aku teringat.

Aku balik naik bas Plusliner dari KTM. Huh? KTM? Very nostalgic tempat tu. Bukan nostalgic pasal apa, tempat tu lah aku bertukar train dari Seremban nak ke Penang dulu. Sounds boring.......nope, you're wrong. 100% wrong. Pasal apa aku kata macam tu? Sebab setiap ceruk kat KTM tu aku dah teroka. Pagi tu aku pergi awal kat KTM. Aku cari ceruk mana aku tukar baju dulu dari baju sekolah ke baju biasa. Aku cari lagi ceruk mana aku pergi hisap rokok masa aku nakal dulu. Ceruk mana aku jumpa budak-budak STF yang datang dari JB berhenti kat stesyen tu dan menunggu sama-sama nak ke Penang malam tu! Semua tempat-tempat tu masih ada...nak rasanya aku nyanyikan lagu KOPRATASA..."...masihkah kau ingat...!" heh3...

Di Penang pulak aku pergi sampai Gurney Drive, Batu Feringgi. Aku pergi Batu Feringgi sebab nak tengok hotel Rasa Sayang Shangri-La yang gah tu...memang cantik. Harga sebilik dia RM1080/single....memang cantik! Restaurant dia Spice Market...not bad. Staff dia, not bad....very helpful dan bawak aku terus ke restaurant dari lobby sambil bercerita kat aku facilities yang depa ada...isy...kalaulah staff aku semua kat Mekah pun macam ni, memang sah tempat aku jadi talk of the town. Then lepas tu aku gatal satu badan nak tengok Hard Rock Hotel. Dulu tempat tu tapak Casuarina Hotel. Dalam website dia kata tengah tahun ni siap, tapi bila aku sampai, aku tengok construction masih berjalan dan rancak, jadi aku rasa, mungkin January 2010 baru full swing kot..

Makan kat Penang? Masyallah.....aku rasa aku dah naik 4 kilo ni. Perut dan muka rasa mengembang semacam! Apa taknya, sebelum makan mee goreng dengan briani ayam kat Hameediyah di Campbell Street, aku dah drive pergi Gurney Drive pekena teyyy tarik kat Khaleel. Tengah malam aku pi pkena teyyyy lagi kat Kayu kat tepi Vistana pulak. Pergh...memang kayu betul! Pagi tadi dengan keadaan perut sarat dengan makanan 2 hari lepas, aku pi Taman Saadon pulak makan nasi lemak ikan! Woi.....macamana ni? Dalam dok nak pekena nasi lemak, ada member Penang dah tegur aku.Macam biasa, nama aku dah tak ingat. Ni pun geng anak hantu jugak. Bukan geng bas sekolah! Aku panggil dia KANDOS. Kandos sekarang dah bawak kereta-kereta besar. Aku tengok alhamdulillah dah berjaya si Kandos ni. Sejuk mata memandang. Dia bawak Merc SLR, BMW, Volkswagen dll. Aku tanya dia, "...ni Kandos hang khgreja apa ni? Hang meniaga ganja ka?" Dia pusing tengok muka aku then dia kata, "cheh.....hang ingat aku buat ka benda-benda lagu tu? Aku kgereja drebar la.....nak habaq mai....." Heh3...

6 ulasan:

kucingorengemok berkata...

hihi tergelak besar tgk marina pakai cemin mata hitam...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

assalamualaikum,
uncle....blk penang ka?..laaaa, ish wut a coincidence..
sy blk penang gak ni..
sy hrp mama uncle akan sihat dan ingat anak2 dia semula.amin.insyaAllah.
:D

Uncle berkata...

Dear KOG.
Dia memang suka pakai spek hitam macam "Budak Kacamata"...ada lagi ka group tu?

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Alhamdulillah semuanya baik. Mama nampak bertambah sihat walaupun tak sampai 50%. But she was very happy to see me. Sebelum balik, mama tanya, bila nak mai tengok mama lagi?

ms.legolas berkata...

Slm..
Hi Uncle..
Ms. Legolas terharu bc kisah mama uncle..insan yg paling byk berjasa pd uncle kan..bagusla uncle dpt spent time ngan dia, tentu dia terhibur..semoga dia bertambah sihat..FYI, Ms. Legolas baru setahun kehilangan ibu..masih terasa pilu dihati..
c u on this wk end.. InsyAllah.

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Oh yes...in fact yesterday I went to Alzheimer Support Office kat PJ and i'll be attending their special talk on this disease on saturday 25th. Err kita jumpa on Sunday kan? Kat Stadium Mini Shah Alam tau, bukan Stadium Shah Alam! Jangan salah pulak!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...