Khamis, Ogos 27, 2009

5th Day Posa

(tengah tunggu azan)

(nak masuk waktu asar)

(nak masuk Maghrib)

(kawasan perempuan berbuka puasa)

(muka-muka penyamun kelaparan!)

Hari ni aku talipon mama. Mama bunyi ceria tapi dia kata dia tak puasa. Aku faham keadaan mama. Mama tanya aku bila balik Mekah. Kalau tak salah aku ada bagitahu mama yang aku akan bertolak tapi mungkin mama lupa lagi. Aku jawab yang aku dah balik Mekah seminggu sudah. Mama mengiakan dengan lesu. Aku jadi sedih bila dengar suara mama macam tu..Allahuakbar, ni mama aku. Mama yang dah lama berkorban untuk aku tapi aku sekarang disini dan tak dapat menjenguk dan menjaga mama. Aku mintak diampunkan dosa aku terhadap mama angkara tak dapat menjaga mama dalam waktu-waktu yang kritikal macam ni.. Macam biasa aku panjatkan doa untuk mama setiap kali lepas bersolat.

Masuk hari ke 5 posa ni macam-macam kejadian aneh berlaku kat aku. Memang Misteri Nusantara. Kejadian pelik pertama, aku turun berat badan sikit walaupun aku nak lebih..kejadian pelik yang kedua, aku bersemangat makan makanan Bangladesh tu. Sedap la pulak! Kejadian aneh yang ketiga, aku bertambah letih sebab berlari marathon satu hari memenuhi permintaan hampir 800 orang tetamu untuk Iftar! Pelik, aneh dan mengerikan.

Aku dapat rasakan yang tarawikh sekarang ni bertambah panjang doanya. Tahun lepas aku tak perasan sangat. Hari-hari pertama dulu pukul 10 malam dah habis tapi sekarang ni belum habis walaupun dah nak masuk pukul 11 malam.

Sekarang ni dah ada barber kat lobby hotel yang beroperasi 24 jam. Bagus sebab aku tak payah bertekak dengan tukang gunting rambut kat luar yang selalu nak sagat kepala aku botak! Barber ni siap boleh cat lagi. Kelas...harga after discount cuma SR50. Okaylah tu....kalau nak pikirkan tak payah keluar hotel dan bertekak dengan tukang gunting. Lagi best tu sebab dia bukak 24 jam. Mana nak dapat kat KL?

Minggu depan nampak gaya aku kena tambah lagi capacity bukak posa sebab dah start masuk dari semua tempat. Tu pun macam mimpi ngeri jugak tu. Sahur aku tak risau sangat sebab depa tak masuk serentak. Tapi kalau Iftar, masyallah....kiri kanan, depan belakang depa rembat. Tak menang tangan aku. Mana nak replenish food lagi, nak tambah juice lagi, pinggan pulak habis....then guest panggil tanya mana toilet? Argh...bahagia rasa! Aku ingat masa aku tidur pun dok mengigau sakan pasal Iftar! Nasib baik aku duduk sorang-sorang. Kalau ada roommate mahu dia lari tengah malam!

Hari ni aku tak sempat nak ambik gambar food. Next week aku buat lagi, ok? Hari ni gambar cuma suasana di Mekah dan suasana aku nak bukak posa kat belakang restaurant malam tadi. Amacam ada nampak kurus tak? Sebab tu aku suuruh Dollah ambik gambar jauh-jauh...kalau close up, lagilah mimpi ngeri! Ok, selamat berposa....dah ada yang terbakar jari belum kat KL?

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

krm slm ngn mama cik lie ek nnt2..
ahiksss.. seb bek xde roomate ek cik lie..
lari tgh mlm tu.. klakar sgh..
a'aaa.. cik lie dh kurus dh le skit..
n xdgr brite lg org ptus jari.. tguuuu.. ahiksss..

Tanpa Nama berkata...

oittt.. silap org..
cik lie tkar uncle ek.. ahaksss..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Banyak penat ke? Kesian! Tapi itulah pengorbanan uncle utk para tetamu Allah. Insya Allah uncle akan sentiasa dirahmatiNya.

Uncle berkata...

Dear UP
Uncle confuse ni....

Uncle berkata...

Ok...dah hilang confuse...biasalah, melayu mudah lupa...heh3...sama macam Uncle jugak, selalu ingat umur 21 tapi lepas main rugby 10 minit baru perasan yang umur dah 41!

Uncle berkata...

Mintak2 macam tulah KN oooiiii...tapi saya kerja ikhlas tak mintak apa2 pun! Makan apa tadi?

kucingorengemok berkata...

uncle, kejadian aneh no2 adalah kelakar! haha... tu la, semalam eksyen kata muak hari² makan food bangladesh, hehe.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

sahur tadi makan puding & kuih lopis.tak selera nak makan nasi goreng yang KN gorengkan utk anak2.

taj berkata...

salam,

mula2 tgk entri terus nampak muka2 penyamun... nampak masih segar dan senyum memanjang... mentang2 muka nak 'on air'... hehehe

Uncle berkata...

Dear KOG.
Pasal tu depa kata "tak kenal maka tak cinta" heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.
Nasi goreng? Oh tidak....dah sedap sangat2 tu!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Huh? Muka nak on air? Apa tu?

ms.legolas berkata...

Hi Uncle,
mesti u all masa waktu buka,
mkn sikit je dulu
sbb nk kena layan costumers berbuka kan..

anyway sibuk camne pun jgn sampai tak sempat up-date blog ni..
nanti tak sempurna hari kita org..

selamat berbuka...

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Memang betul pun...makan sikit je. Tapi bila dah ada kesempatan nak makan, tak lalu pulak nak makan. Dah kenyang!

Blog masih tetap update...tengoklah dah macam drama bersiri!

Tanpa Nama berkata...

btul3.. kene hapdate gk blog ni..
klu tk, xtenang oooo.. ahiksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Update tetap update....ni pun dah mengalahkan Manjalara....tunggu Mamat Khalid nak offer collaborate buat filem pulak! Uncle memang banyak idea nih!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

kurus kurus!! (betul, ini bukan cobaan)..hehe

Uncle berkata...

Horey....Siti memang baik hari ni...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...