Jumaat, Januari 08, 2010

Hari Khamis

(salah satu bahagian kat Pullman)

(kat depan main building)

(keluarga Uncle J dan kami)

(apalah budak ni buat!)

(kat play room)

2-3 hari ni memang aku tersangat busy. Semalam Yuya bising sebab buku latihan sains dia aku tak beli lagi. Jadi kalau tak beli, cikgu akan denda duduk kat luar kelas. Jadi Yuya akan malu sebab dia pengawas sekolah. Aku yang baru balik hantar aunty terus kalut ke sekolah dia cari buku tu. RM4! Pergh...mahal tu...Minyak motor aku pun RM3! Yuya sengeh macam kerang busuk bila aku hulurkan buku latihan sains tu kat tangan dia. Settle...bila kami dok mengadap makan malam, aku tanya Yuya samada dia dah mula gunakan buku tu atau belum sebab paginya sibuk sangat nak beli sampai nak nangis-nangis! Yuya sengeh lagi kat aku sambil buat muka dan jawab "TAK......"

Tengah malam tadi tiba-tiba letrik tak ada. Aku terus bangun dan talipon 15454. Telefonis menjawab dengan sopan semua soalan aku dan bagitahu yang depa akan hantar orang sebab bukan rumah aku saja yang bergelap tapi kebanyakkan Taman Cahaya...kat situ aku terpikir, apasallah kawasan aku bukan nama Taman Cerah! Selang 30 minit, letrik dah ada balik...part tu aku rasa macam kita ni duduk di tahun 1971 dulu..oleh sebab tidur malam terganggu, jadi bangun pagi pun terganggu jugak. 6.30 pagi baru kami terjaga...kelam-kabut kejut abang suruh mandi. Lepas sorang-sorang bangun mandi, aku hantar abang dulu pergi sekolah. Kami naik motor sebab dah lama aku tak panaskan enjin motor. Abang suruh aku tinggalkan dia jauh sikit tapi aku sengaja tinggalkan dia kat pintu besar sekolah. Laju aku masuk sekolah...yang lain-lain aku tengok, mak aiiii....besarnya kereta!

Petang semalam lepas aku ambik aunty kat tempat kerja dia, kami terus ke KLCC Park. Salin baju dan terus jogging 3 round...berpeluh sakan. Sambil dok pusing-pusing Park tu sempatlah kami bersembang pasal "perkembangan negara". Masa-masa yang macam tu lah baru kami sempat ber"dating" sikit selain daripada menyihatkan badan dan otak...sebab lepas ni tak tahulah lagi bila kami dapat keluar sama-sama lagi.

Masa kat KLCC Park tu aku teringat pulak kat Botanical Garden kat Penang. Seronok pergi kat situ sebab ada banyak monyet. Sekali-sekala kalau aku balik Penang, aku mesti bawak anak-anak aku pergi sana sebab tempat tu memang mengingatkan zaman aku kecik-kecik dulu circa 74-75! Aku ingat kalau monyet tu panjang umur, mungkin dia pun dah umur 41 nak masuk 42 sama aku kot...heh3...ada satu lagi Park kat Penang yang famous. Nama dia Youth Park. Dekat-dekat situ jugak. Dulu ada sungai tapi aku tengok hari tu nampak depa dah buat kolam. Then ada Taman permainan, tapi skating rink masih macam dulu jugak. Kat tepi tu ada padang. Aku pernah training 2 kali kat padang tu. Bukan training rugby tapi fitness training untuk Dragon Boat Race! Habis sakit badan aku bila training Dragon Boat. Nampak senang, cuba pi kayuh kat tengah laut tengok....2 tahun aku kat sekolah Chung Ling, macam-macam persatuan depa, aku join sekali. Seronok. Ada nama William, ada nama Richard, ada nama Wei Ling, ada nama Susan, macam-macam nama depa ada.....apalah jadi kat budak-budak tu semua la ni? Talking about 1Malaysia!!!

6 ulasan:

azieazah berkata...

Salam UNCLE..

laaa baru perasan yg Uncle ni dok Taman Cahaya. Memang dok agak duk area Ampang, tapi tak pasti tang mana..

dekat jugak ler kita..

Saya di Pandan Jaya jerrr...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Yes...dah berbelas tahun tinggal kat rumah burung ni....sejak kahwin!

dilaOHdila berkata...

salam uncle...
sorry dah 2 ari x masuk blog uncle ni
dah miss banyak dilla kali ni...
wah marina ngan buku Budak Nakal
terpandang baju kurung marina, shuntek ayunya dia pakai baju ni
mata bundar...persis uncle lah
macam anak mommy penang ni. gelak 2 dilla dok baca uncle punya cerita ni. Uncle ngan Kak PINATBATE memang johan menulis. bahasa tersusun ayat NYATA lagi.....

uncle
dilla rekomen uncle beli CANON s90
photog shuntek uncle. kecik tapi power. tak yah bawak berat2. photog dah macam DLSR. cuba uncle tengok review ni erk....

http://www.photographyblog.com/reviews/canon_powershot_s90_review/

Kat kay EL RM1400. tapi puashati incle. dilla dah tengok kat bangi semalam. Kenny kata yang belum ada DLsr boleh lah beli yang ni. Untuk Backup dlsr amik CANON S17, mak oi (rm2000) tu. baik ceq beli lens (he he he)

uncle pet..!! berkata...

ankel.. sok chek p de palma.. lh pekena tey klu ankel free..
amacam..?? txt me ek..

Uncle berkata...

Dear Dila.
Thanks for the reccommendation tapi tiba2 Marina jumpa kat dalam kotak mainan dia....Aik? Dalam kotak mainan dia? Jadi hasrat nak beli terpaksalah ditangguh dulu...heh3...

Uncle berkata...

Dear UP.
Esok tu bila? Hari ni (Sabtu) ka esok? Kindly sms kalau mai this area...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...