Khamis, Januari 28, 2010

Kenangan lama..

(ni lift khas untuk yang handicapped dan pakai wheel chair...first time aku tengok ada kat hotel!)

(part of the spa)

(spa waiting area)

(salah satu bilik kat spa)

(beautiful pool)

(biggest hotel pool in malaysia!)

(fozi ni geng brown garden ni...)

(oben chau budak dari malaysia timur!)

(depa ni sama lama dengan hotel...dari anak dara sampai beranak pinak!)

(abidin...supervisor berpengalaman)

Sekali lagi aku pergi ke tempat kerja lama aku. Sekali lagi aku pergi berjumpa dengan guests lama aku, encik hamzah dan makcik embun. Seronok aku menghabiskan masa selama 2 jam bersembang dengan depa. Seperti selalu, makanan dan minuman depa, tak payah ditanya. Chef Kenny terus prepare bila Sonny bagitahu yang depa dah sampai. Ada saja yang Chef Kenny cipta! Semuanya kena dengan selera 2 guests ni. Bukannya senang nak jaga guests ni selama 14 tahun!

Chef Siong pulak datang jumpa aku kat restaurant sebab dia dapat tahu yang aku ada kat situ. Dia kata yang ada satu lagi guests aku akan sampai tapi akan makan kat restaurant lain. Guests ni sangat baik dengan kami. Selalu dia bawak buah dari orchard dia dan bagi kat kami semua di hotel. Dia bawak mempelam lah...dia bawak cempedak lah...ada sekali tu dia panggil aku turun kat carpark suruh ambik buah...aku ingatkan buah apa? Rupa-rupanya dia bawak durian penuh satu boot kereta! Hari tu aku bawak balik 3 bijik durian dalam bakul moto aku! Heh3...In fact dari tak dak anak, sampai dapat anak, sekolah rendah dan la ni dah masuk sekolah menengah anak si Rina Lai ni...aku pergi berjumpa dengan Rina Lai. Banyak kami bersembang. Maklumlah dah lama tak jumpa. Aku kagum dengan guests aku ni semua sebab masih lagi setia dengan RKL. Sebab apa depa setia? Sebab layanan dan service yang staff RKL bagi kat depa.

Sebelum aku balik, aku sempat bergambar dengan beberapa staff lama aku kat sana. Fozi budak Penang. Satu kapal dengan aku. Dulu kat Room Service dan sekarang jadi Assistant Manager kat Pool. Seronok aku bersembang dengan dia sebab kami banyak merepek bila bersembang..aku lupa nak tanya Fozi samada dia boleh berenang atau tak...heh3...banyak jugak layout kat pool yang dah ditukar. Well done Fozi!

Then aku turun ke Lounge pulak. Berjumpa dengan Jun. Jun ni aku ambik kerja dengan aku masa umur belasan tahun lagi. Baru lepas SPM masa tu kalau tak salah aku. Jun tahan lasak dan kerja kuat. Dari anak dara, sampailah Jun kahwin, dapat anak, anak masuk sekolah....masa dia start kerja dengan aku dulu banyak kali jugak dia menangis sebab selalu kena marah dengan aku. Tapi aku selalu nasihat, lepas depa kena teruk-teruk dengan aku, depa akan lebih tabah bekerja. Alhamdulillah Jun tahan dengan marah aku. Jun masa mula kerja, sewa bilik. Lepas tu duduk kat flat dan sekarang aku dengar dah beli apartment...good for you Jun dan Jun sekarang dah jadi Supervisor....begitu jugak dengan Yati. Dari kerja part time kat Banquet, sekarang dah permanent kat Lounge. Pun bagus budak ni...ramai guests suka dengan kerja dia dan selalu kalau depa pergi Lounge, guests akan cari budak-budak ni...

Sorang lagi nama Oben. Budak Sabah ka Sarawak, aku pun dah lupa. Dia pun mula dari bawah. Start dengan part time, kemudian jadi permanent waiter. Kemudian berpindah-randah dari satu outlet ke outlet lain dan sekarang kalau tak salah aku dah jadi Supervisor jugak. Then ada sorang lagi penyamun. Nama dia Abidin. Aku ingat lagi masa Raya dan selalunya Abidin akan kerja pada hari Raya. Bila lepas sembahyang Raya, Abidin akan bawak ketupat dan rendang yang isteri dia masak kat rumah. Anak Abidin yang masa tu masih bersekolah rendah akan bawak mangkuk tingkat sampai senget-senget kepala bahu hantar lauk kat kami. Hari tu, aku tanya kat Abidin, anak dia buat apa? Abidin sengeh dan cakap yang anak dia dia masuk 3rd year kat local university! Abidin memang selesa kerja kat situ dan mampu memikul tanggungjawab sebagai manager pada bila-bila masa. Abidin ni boleh diharap dan dibagi tanggungjawab. Masa aku kerja kat situ dulu, tak berhenti-henti kami dok bergelak sebab Abidin ni tahan dikutuk dan kuat jugak mengutuk aku balik! Heh3...

10 ulasan:

dilaOHdila berkata...

waduh uncle....
tempat kenangan lama ka ni
uncle ni memang ramai kawan rupanya
alhamdulillah....kemana hala pergi uncle tak sorang2
kawan tetap ada dimanamana

PINATBATE berkata...

salam uncle..
kenangan lama mengusik jiwa..perghh!!

Suprise!!
hari ni saya berjejak kasih dgn Cikgu Azlina-wife kawan uncle..Jamal Abd Rahman...ex SDARIAN..Cikgu Azlina tu ngajar satu sek dgn saya..

zorro berkata...

Boss,
Ini kes mengimbau kenangan silam ni...hari tu ada lepak kat renai nya lobby lounge jumpa ramai budak lama...la ni zulaina pun dah incharge kat lounge, amir pun dok ada kat mezzo....hehehe...

rezeki berkata...

salam uncle

tempat jatuh lagi dikenang ...
alhamdulillah, selagi ada kemahuan, disitu ada jalan. Walaupun semuanya bermula dari bawah, akibat dari keazaman dan kemahuan dgn izin Allah jua, mrk semua telah berjaya dalam kerjaya . Bidang perhotelan ni sebenarnya banyak peluang utk pergi lebih jauh dalam kerjaya sekiranya kita tahu apa yang nak kita kejar dan capai. usaha,tekad,doa, tawakkal salah satu ramuannya .insyallah

azieazah berkata...

Salam UNCLE...

Wahhh.. seronoknya.. The Good Old Days.!

gumbira dan sayu juga tu, jumpa geng-geng lama di tempat cari makan, kan?

Paling best, sebab depa tu semua meningkat maju, kan? Dan Uncle antara orang-orang yang menjadi pendorong mereka...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Kemana-mana Uncle pergi, Uncle suka buat kawan. Jaga hubungan dengan kawan, know the borders dan lain2 lagi. Bukan senang nak cari kawan yang sanggup sama-sama susah....alhamdulillah selama ni Uncle selamat berkawan dengan orang. Penting, jangan iri, dendam, sombong dll yang negatif. InsyAllah akan sentiasa diingati dan disayangi kawan2....

Uncle berkata...

Dear Pinat.
OMG.....what a small world....kami dok melepak sekali masa malam tahun baru kat Pullman hari tu....kirim salam kat cikgu azlina yea....

Btw, Uncle tengah dok cari cikgu BM untuk abang for upsr. It's a 1-1 session, once a week. Subject lain dah start dah cuma BM tak dapat2 lagi....Pinat kalau ada kawan2 kat area ni tolong bagitahu yea...

Uncle berkata...

Dear Zorro.
I met Zulaina last week masa pergi RKL. It was fun! Dok cerita bagai nak gila.....bila nak pekena teyy?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Bidang perhotelan memang besar scopenya. Cuma kita masih ingatkan KFC dan McD ataupun jadi tukang masak ataupun waiter....malang sungguh. Semalam Uncle pergi minum kat DOME KLCC dan berjumpa dengan former staff kat sana. She's doing very well dan dia kata for a waiter's post depa bayar basic RM500 dan 4 points. Satu point dapat RM200. Jadi total ialah RM1300. Kerja 5 hari seminggu. Uncle pikir kalau adik2 yang dok melangut tak buat apa lepas SPM, eloklah pergi situ kerja...tu belum masuk OT RM5/jam....Kalau umur 18-19 tahun dan dapat RM1500 sebulan campur OT, Uncle rasa berbaloi tu....lepas kerja situ, tanya diri samada minat atau tak. Kalau minat, cari peluang belajar untuk improvekan diri....macam tu lah kita ni dulu...betul tak?

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Uncle seronok jumpa depa dan tengok perkembangan depa. Tambah seronok bila Uncle dapat memesongkan depa....heh3...tapi kadang2 depa pun ada nasihatkan Uncle.....sama2lah kami peringat-memperingati!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...