Jumaat, Januari 01, 2010

Selamat Tahun Baru

(perbincangan akhir tahun dengan Uncle J and family)

(part of the lobby restaurant)

(not bad)

(quite a nice carpet)

(tadi biru, la ni hijau!)

(budak2 jepun tengah main game kat lobby)

(lobby decor)

(i like the rain shower...bliss!)

(nicely packed..)

(2 budak yang dalam NY mood)

Sekali ni aku memilih untuk beristirehat bersama family di Pullman. Tempat yang agak sunyi sikit. In fact tempat ni aku plan dah lama nak pergi. Sejak aku lunch kat sana dengan aunty lagi...jadi malam tadi aku berkesempatan jugak kesana bersama dengan keluarga.

Aku pergi kesana lepas pukul 2 dan rancangannya nak check in awal tapi memandangkan aku nak ke Jalan Riong untuk buat payment bagi abang menghadiri "klinik UPSR", jadi aku terbabas sikit kat sana selepas berjumpa beberapa rakan-rakan aku kat Jalan Riong. Thanks Mona, Shasha and Nadia for the generous hospitality shown...AWESOME!

Lepas suap mama makan tengahari, kami pun bertolak ke Putrajaya. Tak lah lama sebab jarakpun tak jauh mana...about 30 minutes, kami pun sampai kat sana. Check in was done in less than 10 minutes. Well done! Mungkin sebab tak ramai orang kot kat situ....aku actually terperasan suara yang dialectnya agak lain bila aku talipon ke hotel tu untuk reconfirm malam sebelumnya. Aku dah agak ni kalau tak budak sabah...mungkin budak indonesia yang jawab talipon...ok, masa check in semalam, memang confirm depa dari indonesia. Depa very polite dan mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan kami. Tapi yang menghairankan aku, mana budak-budak kita? Aku rasa budak-budak kita lebih suka horey-horey dan menghabiskan masa dengan benda yang tak berfaedah selain daripada melepak kat Dataran Merdeka ataupun KLCC, habiskan duit mak-bapak, buat kecoh dan kemungkinan besar ponteng kerja keesokan harinya (pada yang bekerja didalam service industry). Sayang sungguh...

Room was comfortable with huge balcony facing the lake. in fact aunty dah plan nak mengadap lake! Romantic sungguh...dengan anak-anak berderet! Heh3... Bila dah masuk petang, aku teringat kat mama. Alamak, mama dah makan malam ka belum? Sapa nak suap dia makan malam nanti? Aku bagitahu kat aunty pasal mama. Aunty mula susah-hati. Aku diam sat sambil dok fikir. Tiba-tiba aunty cakap, "let's go back...i'll drive!" Huh? Biar betul ni...kami dah dok melepak kat bilik tiba-tiba aunty cakap jom balik supaya aku dapat suap mama makan! Masa dalam kereta aku terfikir, apa lah mama dok buat la ni? Mungkin dok melilau pi-balik...pi-balik kat dalam rumah cari aku. Masa aku sampai rumah, suasana senyap-sunyi...maklumlah budak-budak tak ada kat rumah. Kalau ada Yuya dengan Marina, memang kecoh gila...Aku jengok mama kat bilik. Mama senyum tengok muka aku. Dia tanya bila aku balik? Pasai apa balik? Balik naik apa? Bila nak pi Putrajaya balik? Macam-macam mama tanya aku sampai aku tak sempat nak jawab! Aku suruh wiwit panaskan lauk dan nasi macam biasa. Aku bawak makanan mama satu tray, masuk bilik, duduk sebelah mama, bangunkan mama bagi dia duduk dan mula suap dia makan. Mungkin bila aku suap, mama berselera nak makan. Habis sepinggan dia makan. Aku lega. Aku cakap aku nak keluar balik tapi dia pesan suruh aku buatkan susu dia dulu segelas sebelum aku pergi. Aku bancuh susu special formula kat mama dan bagi dia minum. Mama renumng aku dalam-dalam dengan pandangan kosong. Aku sayu. Aku cium pipi mama kiri dan kanan, cium tangan mama dan cium dahi mama sebelum aku lari keluar rumah.

Masa dalam kereta, aku tersandar masa aunty driving. Lega dapat suap mama makan. Lega sebab aunty paham aku. Lega sebab aunty mahu jaga mama walaupun bukan nya senang menantu nak terima mak mertua. Aunty bawak laju terus ke Putrajaya. Aku pandang aunty......aku cakap, "thanks a lot....I love you...". Mata aunty merah...mata aunty berkaca......

26 ulasan:

My Life berkata...

salam.. dear unkel.. bertuah unkel memiliki untie.. susah nak dapat org yg betul2 memahami kita.. boleh menerima family kita...

ja family baik2 unkel..

Uncle berkata...

Dear ML.
Memang sekali lagi percaturan uncle sangat tepat....alhamdulillah!

zainon berkata...

Mata kak jg 'berkaca',kenangkan allahyarham emak yg dah 19 thn meninggalkan kak.
Selagi ada hayat ibu bapa kita, berbakti & berbuat baik lah kpd mrk.
Bila dah tiada,banyak yg akan dikesalkan...

uncle pet..!! berkata...

u married 2 d rite woman.. i saw it..
thumbs up ankel..!!

MohdArshad berkata...

Salam. Semuga jadi anak yg soleh....

rezeki berkata...

salam uncle,

alhamdulillah, hidup suami isteri dalam sebuah rumahtangga saling faham memahami, bantu membantu , hormat menghormati dan memacam lagi, insyallah "BAHAGIA" dunia akhirat
esok2 uncle nak balik SA , tentu mama uncle sedih

tu budak jepun dgn bapak jepun pakai baju nippon sederet he he he
bila spi baju tu ?

My Life berkata...

salam..

dear ubcle

moga2 anak2 uncle bole menjaga uncle dan untie sebaik2nya sepertimana uncle menjaga mama

Uncle berkata...

Dear Zainon.
Saja saya cerita supaya kita sama-sama dapat pengajaran dari situ. Bukan niat untuk menunjuk. Tidak sama sekali tapi niat untuk adik-adik kita nanti sama-sama menghargai pengorbanan mak dan bapak kita...

Uncle berkata...

Dear UP.
Thanks a lot...

mama ju, berkata...

Teruskan jadi anak dan menantu yang baik...

Uncle berkata...

Dear Haji.
Saya masih lagi anak Pak Ali....buat macamana pun tak jadi anak Pak Soleh....heh3....bergurau saja! Haji dan keluarga sihat ka? Salam saya pada semua...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Baju tu semua baru sampai...ngam2 sebelum ke Pullman. Jadi kami bergaya sakan untuk malam tahun baru...baju WC2010 Japan....horey! Rezeki apa khabar? Semoga semuanya sihat...salam pada keluarga yea...

Uncle berkata...

Dear ML.
Part tu Uncle tak pasti lagi....macam2 boleh jadi...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Ni dok try la ni....baru check dalam buku resipi tadi on cara2 nak jadi budak baik! Heh3...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

ankel,

taknak komen, tapi terpaksa komen utk sampaikan rasa hati.

semoga ikebahagiaan akan berkekalan dan berterusan.insya allah amin.

MohdArshad berkata...

uncle anak pak ali...saya pun anak pak ali...tapi bukan adek beradek ya...kami semua Alhmaadulillah...

asyraf78 berkata...

salam dari Ad-Dawhah,

adios...sebelum ni saya cuma silent reader....but Uncle nyer write up kali ni memang touching...tahniah saya doakan semoga terus sabar, tabah, dan jadi anak serta suami yang solehah...Kim salam kat Aunty yer....respect sama orang Japan... semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...

dilaOHdila berkata...

moga kehidupan uncle sekeluarga diberkati..........

Happy new year uncle

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Amboi satu komen yang sungguh ngeri...bahasa seorang pemuitis tersohor.....salam pada penyamun2 yang lain!

Uncle berkata...

Dear Haji.
Bila nak balik sini? Orang Kampung Baru tiap2 hari dok tanya!

Uncle berkata...

Dear Asyraf78.
La...yang pi jadi silent reader pasai apa? Uncle nak jugak kenal-kenal....anyway, selamat membaca dan rajin2lah bagi komen...Uncle suka baca komen2 ni semua!

Uncle berkata...

Dear Dila.
uncle doakan Dila pun serupa....

UncleJ berkata...

yg pakai tshirt no 6 tu tgh nak reply komen kat blog, tapi tak sempat..hehehe

thanks for a wondefrul time , bro
nanti sambung kat lagoon kat costa rica pulak..

wah..gambaq bilik ayaq pun ada jugak tu..

Roslawati berkata...

Salam

Terkedu bila baca entry kali... sesungguh memang Uncle seorang anak yang baik.... alhamdulillah

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Nombor 6 nama dia Ushida....tapi perjumpaan dengan rakan satu "alma mater" tu lebih penting...jadi balas comment tu boleh delay sikit...bukan senang nak jumpa Uncle J! Jumpa Pak Menteri pun tak susah macam tu! Heh3...

Saya memang suka ambik gambaq bilik sebab boleh buat modal nanti...mana lah tahu kalau dapat mana2 nanti kan...kot2 Uncle J bukak hotel kat Bangi nanti...bolehlah apply jadi waiter! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Roslawati.
Your name reminds me of someone yang office dia kat Tasik Permaisuri....hmmmm wondering, "deer lookalike" kot.....

Uncle cuma terkenang balik masa-masa kita kecik dan mak-bapak kita dok pimpin tangan kita....tepuk2 ponggong kita bagi tidur dan nyanyi lagu "suriram" bagi lena.....sanggup ka kita biar kan depa diwaktu tua? Let's put ourselves in their position!

Roslawati....keep on reading!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...