Rabu, Januari 06, 2010

Aku driver!





(royal chulan hotel...alleycats ada kat situ!)

(giant tv kat ampang park...aku nak beli satu letak kat rumah!)

(hoohooo sampin pink...pengawas sekolah ugama. Macamanalah yuya dapat jadi pengawas ni?)

(marina dalam lrt nak ke miharja horey2)

(sorry...gambar terbalik! dan malas nak betulkan...jangan betulkan tv anda!)

Seronok bila aku dapat tugas baru sejak balik ni. Usung semua orang. Hantar pergi sekolah ugama lah...hantar pergi sekolah kebangsaan lah...hantar pergi kerja lah...ambik depa balik lah...pergi marrket beli ikanlah...whoohooo....bahagia! Lama aku tak buat kerja ni. Jadi sekali-sekala jadi driver tak ada gaji ni seronok pulak rasa. Yang tak seronoknya cuma masa nak kena bayar toll dengan isi minyak! Part tu aku garu kepala sikit..

Marina dah banyak cakap sekarang. Abang kata, sejak aku balik KL, Marina dah cakap banyak...Marina ni pulak manja sangat dengan aunty. Nampak saja muka terus nak suruh dukung...semalam masa aku hantar aunty pergi kerja, aku cakaplah kat aunty...nanti bila semua orang dah tak ada kat rumah, tinggallah kita dengan Marina...then Marina pulak masuk asrama, tinggallah kita 2 orang terkulat-kulat! Aunty terus potong cakap aku dan cakap Marina tak boleh masuk asrama. Aku tanya sebab apa? Aunty cakap nanti dia missed Marina! Heh3...aku sengeh sorang-sorang sambil bagi signal masuk ke Infokraf Centre! Aku dapat bayangkan macamana mama dulu sedih bila hantar aku ke Seremban dulu tahun 1981. Dah lah aku ni bongsu...selalu dok manja-manja dengan mama, then tiba-tiba aku pulak nak masuk asrama....mestilah sedih. Tapi masa tu aku tak rasa yang depa sedih. Mungkin depa horey-horey sebab aku tak ada kat rumah!

Masa aku kat Brown Garden dulu, aku selalu main "chak-pong". Chak-pong ni aku buat dari buluh yang berlubang kat tengah. Dia ada 2 bahagian. Satu badan dan satu kepala. Bahagian badan dia, aku potong elok-elok sepanjang 8 inci. Agak-agak sedap genggam...kepala pulak aku jolokkan batang besi kat tengah lubang ataupun kalau tak ada batang besi halus, aku rautkan buluh tadi dan jolokkan kat dalam bahagian kepala buluh tadi tu. Yang tu pegang dengan tangan kanan. Buah cherry kat rumah Bismillah menjadi peluru aku. Aku masukkan buah cherry kat badan buluh tu dan jolokkan dengan kuat dengan kepala buluh macam gaya menembak. "Pedepong" bunyi dia meletup....habis anak kucing dengan anak ayam belakang rumah aku, kena tembak. Termasuklah anak anjing maknya rumah sebelah aku. Bila dah tak ada sasaran, aku tembak dinding rumah pulak....habis berbekas dinding rumah aku. Mama pun macam biasa, akan "pedepong" ponggong aku...heh3...

Ada sekali aku baca paper pasal sukan SEA yang baru lepas kat Laos hari tu. Aku tergelak sakan bila baca ada sukan "timbang bulu ayam". Alamak...macamana "timbang bulu ayam" pun masuk dalam sukan SEA? Kalau aku tahu sukan ni pun masuk list, dari dulu aku practice. Memang aku pandai timbang bulu ayam ni sebab aku tiap-tiap pagi dok practise main "chap teyy" masa kat Henry Gurney dulu sementara dok tunggu bas Makcik Zaharah bawak aku ke sekolah...mungkin aku boleh dapat gold medal....heh3...

Semalam aku bawak anak-anak aku pergi ke kedai basikal. Depa nak beli lampu depan. Aku terlupa yang basikal la ni tak dak lampu! La....beli sampai 400 tapi takdak lampu? Lampu kena beli asing. Hari tu aku beli lampu belakang kena RM30...lepas tu semalam aku beli lampu depan kena lagi RM50. Pergh...dah rasa macam naik Air Asia la pulak! Nasib baik masa beli basikal tu dia ada bagi sekali handle dengan seat basikal...kalau tidak aku kena beli asing-asing....jenuh la macam ni....aku rasa concept yang macam ni aku nak kena buat kat hotel la....kalau datang makan, semua duduk bersila. Kalau nak kerusi, bayar RM5...kalau nak meja, bayar RM5 lagi....sudu RM1...garpu RM1...air aku bagi free tapi gelas kena bayar RM0.50! Amacam? Ada yang setuju dengan aku? Silap-silap esok jugak aku keluar paper front page. Heh3...

Hari ni aku tak kemana. Tunggu call kalau-kalau ada meeting kat kawasan ampang nanti pukul 3. Masa aku dok type ni, Marina tengah dok horey-horey main dengan Kak Wiwit di bilik belakang. Sekali-sekala aku dengar Marina gelak mengekek-ngekek tapi yang selebihnya aku dengar Wiwit yang dok gelak mengekek-ngekek.....heh3....

19 ulasan:

mama ju, berkata...

Salam Uncle.
Kalau ada N3 baru tak sah rasanya tak ke sini...Bahagiakan tgk anak2 kat keling kita..Yuya tu kecik lagi cikgu dah nampak agaknya bakat pemimpin mcm bapaknya..he he..dia dah baik betul ke...takut nanti apa org kata ,bentan!

kucingorengemok berkata...

yuya pengawas? waaahhh! tepuk tepuk tepuk...

Aunty W berkata...

susah nak cari sampin warna pink! cari satu kawasan Ampang takde, pi ulu klang pun takde... finally I have to make it myself! semalam Yuya marah bab I buat satu sampin saja. dia kata masa rehat dia makan dan makanan dia selalu jatuh. jadi sampin dia pun dah kotor. dia marah " kenapa mama buat satu je!? Yuya tak suka pakai kotor2!!" kecoh gila...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

ankel,
saya rasa wiwit pon nak masuk jugak dalam belog ankel. hehehe e

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

KN pun main jugak timbang bulu ayam masa kecik2 dulu...kah3!

uncle pet..!! berkata...

ankel.. jom men chapelom.. ahiksss..
lpaih kita kaler umah bintik2, msti auntie ligan kita.. hak3..

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Yuya tu rasanya cikgu silap pilih kot...tak pun orang lain semua tak nak dan yang nak cuma dia sorang saja...heh3...dan memang uncle seronok bila depa ada dikeliling Uncle. Rumah dahlah kecik, senang nak tengok depa! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Heh3....like father like son.....jangan dia kerja macam Uncle sudahlah....letih!

Uncle berkata...

Dear Aunty W.
Memang budak kecik tu selalu kecoh...esok pagi nak sekolah, esok pagi baru cari baju! Errrr...on that part, definitely tak ikut Papa!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Wiwit tengah diet ikut Dr. Rozmey....kalau dah turun nanti, dia pun nak buat blog jugak.....heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.
Pergh...biar betul ni, KN pun main chap teyy? Ada lipat tak?

Uncle berkata...

Dear UP.
Jom.......kita main kat belah2 ampang point tu amacam? Buleh main achilot sekali..."eskiu-eskat pak aji tukang chat!"

syitah berkata...

uncle, bukan cak pong laa, caplong, sy pun dulu tau jugak. ikut abang2 main..hahaha

rezeki berkata...

salam uncle

bawak harley tu bebaik, karang tercabut lagi rantai tu he he he

azieazah berkata...

UNCLE tak join sekali ker depa bergelak di bilik belakang tuh? hehehe

Kalu nak lepak main aci lut kat Ampang tu, keloi lerrr.. nak joinnn...

Uncle berkata...

Dear Shitah...
Oooo nama dia "chaplong" ka? Baru tukar ka? Ala....janji benda tu serupa...apa kata kalau kita buat team untuk masuk next SEA Games?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Bukan rantai yang tercabut, ni pinggang pun rasa macam nak tercabut dah pun...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang sekali-sekala join jugak...la...cheq nak main sama ka? Buleh sesangat...heh3...

damiamikhaila areesyasofea berkata...

uncle.. Kat kedah kami panggil "capplong"

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...