Isnin, Januari 18, 2010

Alor Gajah Part 2

(breakfast di ikbn)

(pool kat hotel)

(dalam restaurant di hotel)

(pun di hotel jugak)

(timbalan pengarah Churemi, aku dan senior lecturer Hafiz lepas makan cucoq udang AG)

(paling kiri hafiz dan paling kanan churemi)

(sebahagian daripada peserta)

(masih bersemangat sebelum depa hilang semangat)

(pelan2 nak tergolek)

(banyak soalan depa tanya...nasib baik bukan soalan maths!)

Pagi tu lepas sembahyang subuh, aku ke restaurant untuk bersarapan pagi dulu. Aku minum kopi 2 cawan dan roti bakar 2 keping. Tak boleh nak makan banyak. Nanti Mak Aji complaint...heh3...masa breakfast tu aku teringat kat mama. Selalu sebelum pergi sekolah, mama paksa aku makan telur setengah masak 2 biji. Tuang tokyu setengah botol, lada setengah kampit, telan.....hasil dia, bila aku sampai ke kelas, tidur aku lebih nyenyak! Yang tu aku tak pernah bagitahu kat mama...heh3...

Bila siap, Min bawak kami dengan laju ke Alor Gajah. Perjalanan kat sini memang slow sebab semua pemandu tersangatlah berhemah....very the sentimental! Lebih kurang 30 minit, kami pun sampai. Cepat-cepat depa usher aku ke VIP Lounge. Yes...jangan betulkan pandangan anda! Depa ada Vip Lounge macam kat KLIA tu...depa suruh aku makan lagi tapi aku cuma minum saja kali ni. Aku tolak dengan baik sebab earlier on aku dah makan 2 keping roti bakar.

Pukul 8.30 tepat, emcee buat ucapan alu-aluan. Aku pulak dipanggil lepas tu untuk memulakan sessi pertama aku pada hari Khamis. Sessi pagi berlangsung selama 2 jam. Aku bahagikan masa 2 jam tu sebanyak beberapa bahagian supaya depa tak hilang focus. Aku bercerita pengalaman bekerja aku. Semua cerita aku dalam "mulanya Disini" aku ceritakan pada depa. Sebabnya? Aku nak depa tahu yang aku tak pass periksa...aku nak depa tahu yang aku kerja jadi housekeeping attendant...aku nak depa tahu yang aku berusaha dengan gigih untuk mendapat sesuatu...aku nak depa tahu yang berangan saja tanpa berusaha takkan membuahkan hasil! Sessi tu aku selitkan dengan cerita dongeng aku macam biasa....seronok depa dengar. Banyak soalan yang depa kemukakan dan tak ada satu soalan pun yang tak mampu aku jawab. Muka depa nampak sangat "eager" untuk mendengar penerangan aku. Depa bertanya lagi dan lagi dan lagi....amboi...battery depa baru lepaih charge ka ni? Aku dah nak tergolek sorang-sorang ni....2 kali aku bagi commercial break kat depa. Kalau tidak mahu meletup kepala otak aku kalau tak break! Lepas tu kami ada coffee break. Masa coffee break tu aku sempat bersembang dengan adik-adik yang tak berkesempatan masuk mendengar cerita aku. Aku bersembang dengan depa. Memang depa kebanyakkannya amat berminat nak kerja kat hotel. Tapi cuma tak tahu macamana nak mula....

Actually sebelum start ceramah aku, Timbalan Pengarah dia duduk sekali kat main table sebelah aku. Aku tengok dia, dia tengok aku....aku dah nampak nama dia....aku tanya kat dia, .."Mi...you dulu pergi jepun tahun 92 kan?" Dia terkejut.....lepas 5 minit baru dia perasan yang kami sama-sama belajar bahasa jepun dibawah kelolaan JPA dulu. Churemi la ni dah Timbalan Pengarah di Kementerian. Aku sangat berbangga dengan dia. Perbualan kami tak habis kat situ. Kami sambung pulak ke pekan AG untuk makan cucoq udang. Churemi bawak sorang lagi kawan dia yang jugak kawan aku. Hafiz! Hafiz ni senior lecturer kat situ dan jugak sama-sama dengan aku belajar bahasa jepun dulu. OMG....dah 19 tahun kami tak jumpa! Jadi pada depa berdua, aku nak ucapkan terimakasih sebab melayan aku selama 2-3 hari aku kat sana...anak-anak depa semua dah masuk Universiti....anak-anak aku? Heh3...

Lepas morning coffee break, aku sambung lagi dengan topik baru. Sekali ni topik aku berkisar kepada "World Class Service". Banyak topik yang aku ceritakan dan bersoal jawab disitu. Aku sentuh berkenaan dengan pengalaman-pengalaman aku menjaga pembesar-pembesar negara dalam dan luar. Pandangan aku berkenaan dengan industri perhotelan, apa yang kita kurang, apa yang kita boleh supply pada industry dan macam-macam lagi. Sejam setengah aku dok bercerita pasal tu. Then ada afternoon coffee break. Hafiz datang join aku. Aku happy...depa pun happy...aku curi masa berjumpa dengan adik-adik yang lain pulak. Aku cuba menimbulkan semangat depa untuk mencuri peluang yang terbuka luas. Aku ceritakan peluang-peluang yang ada di hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang...jangan putus asa....kegagalan depa sebelum ni cumalah salah satu hurdle yang depa terlanggar masa berlari....jadi, bangun dan sambunglah berlari....yang pi berhenti sekerat jalan buat apa?

Pukul 4 petang aku sambung dengan topik baru pulak...topik aku kali ni, "Handling VIP Guests". Seronok aku bercerita pasal depa memang dahagakan ilmu. Kami bersoal jawab lagi selama 1 jam sebelum topik beralih ke "Current Practise and Technologies in Hospitality Industry". Tepat pukul 5.30 petang, sessi hari pertama aku berakhir. Time ni, tekak aku dah perit....perit bukannya pasal apa, selama beberapa jam tu, penceramah dia cuma aku sorang! Pergh....Fadzillah Kamsah pun kalah kalau macam ni....

Aku tak dinner malam tu sebab letih sangat. Mulut letih, tekak letih, badan letih, kepala otak aku pun letih! Ingatkan nak tidur awal, tukar-tukar channel, ada pulak "American Idol...". Yang suara sedap tu aku tak kesah...tapi yang suara tak sedap tu yang buat aku dok gelak mengekek-ngekek sambil golek-golek kat balcony! Last-last, pukul 12 malam jugak aku tidur!

24 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

baguih dok ada sggh ankel ni.. thumbs up..!!

Ibu n Abah berkata...

uncle,
(tak sesuai lah panggil uncle...)
En Shahrir,
Alhamdulillah... berjaya jugak akhirnya Encik Shahril hendak memberikan/menurunkan ilmu dalam bidang hospitaliti buat anak bangsa kita...
Tahniah...ini adalah satu kejayaan buat Encik Shahrir setelah menghadapi pelbagai-bagai dugaan dalam menuntut ilmu dan pengalaman.
Kenapalah masa kami bodoh-bodoh dulu tak tau nak pilih apa bidang takder orang macam Encik Shahrir?...

Nas berkata...

Salam uncle...
benarlh kata org tua2.. pengalaman adlh ilmu plg berharga.
Tp ngapa ms kecik2 dulu kita wat x tau nsht org tua.. mcm tak amik port jer,bila dh jd pd diri barulah kita btl2 ingat.

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle

Takut makan banyak ye! mesti 72.4kg tu dah beralih arah heh3. Alahaii setakat roti 2 keping tu = 2 sudu tepung aje heh3.

Bepeluh Mak Aji baca pengalaman Uncle berceramah. Tentu dia orang seronok sangat dapat ilmu yang berguna dari Uncle. Mak Aji percaya pengalaman Uncle tu tak semuanya tertulis dalam buku. Banyak ilmu2 tu dari pengalaman Uncle sendiri. Perkongsian ilmu yang berguna, Insya'Allah Uncle akan dapat lagi ilmu2 lain.

Tekak perit, minum air suam + perahan asam limau + madu ... mudah2 mudahan lega.

**Mak Aji sejak 2008, Otai yang diamanahkan untuk memindahkan ilmu kepada adik2 yang baru masuk kerja untuk menggantikan otai2 yang dah nak pencen ... heh3. Debit Credit yang pelik yang takde dalam buku heh3

DadaIQ berkata...

Hi Uncle,
Memang hebat performance Uncle di AG. Lepas ni Uncle boleh jadi celebriti, penceramah motivasi. Go for it Uncle and hope there is no turning back in achieving your dreams in life. InsyaAllah, banyak ganjaran membantu membangunkan ummah, terutama anak2 melayu.

azieazah berkata...

UNCLE..

terimakasih banyakkkk... kerana berkongsi pengalaman UNCLE memberikan seminar dan motivasi. Wpun bidang itu bukan bidang saya, tetapi semangat motivasi dan kegigihan UNCLE juga boleh memberikan semangat kepada saya, dan pembaca lain pastinya..

Kegigihan adalah perlu dlm semua bidang kerjaya. Keyakinan terhadap kebolehan diri.. dsb..
Thanks again.

American Idol? Musim ke-9 sudah bermula. Hahaha... saya pun sama, suka part yang menyanyi ntah apa-apa tu... seronok dan terhibur dengan telatah...

Uncle berkata...

Dear UP.
Semangat untuk membantu para belia tak pernahnya padam.....ni semua adik2 kita....

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Abah.
Tolong panggil saya dengan panggilan Uncle. Lebih rapat saya rasa dan lebih mesra...panggilan encik tu agak menjarakkan kita..

Masa tu ada orang yang boleh membantu tapi mungkin depa pi bantu kat kawasan lain kot....

Uncle berkata...

Dear Nas.
Uncle rasa 75% yang Uncle ceritakan tu tak dapat even kalau belajar kat Universiti sekalipun....kebanyakkan 1st hand experience Uncle sendiri!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Sangkaan Mak Aji tidak meleset sama sekali! Heh3...bila tekak dah perit tu, saya bantai lagi dengan teyy tarik 3-4 cewen.....tu yang sampai la ni dok gatal tak habis....tekak saja yang gatal yea Mak Aji...saya tak gatal lagi...heh3...

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Uncle rasa dah tiba masa untuk Uncle membantu mana-mana yang Uncle tahu. Didalam scope yang Uncle mampu buat. Bahagian lain2 tu biarlah orang2 lain pulak yang buat. Thanks for the encouragement...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Percayakan diri sendiri, be yourself, ikhlas dalam membantu. Jangan iri, dengki dengan kejayaan orang. Dengki dalam ertikata positive adalah digalakkan....Uncle doakan Azieazah dan lain2 akan berjaya didalam apa juga bidang yang Azieazah lakukan.

catz berkata...

salam uncle,

wah busy sungguh uncle ni..kulu kilir..lama lagi ke kat tanah air nih..
kita sokong usaha uncle..
baguslah....kita diri tepi padang pegang pom-pom mcm kog.
catz setuju gak apa yg uncloe tulis dlm entry2 sebelum ni...adik2 tersebut perlukan bimbingan. gagal exam atas paper tak semestinya dunia gelap. malaysia ni dipenuhi oleh pekerja asing dlm segala bidang hospitality.bagus kalau anak tempatan yg mengisi jawatan tersebut sepatutnya.dari melepak tak tentu hala, baik usaha cari rezeki. pasti ada peluang tingkatkan diri.
bravo uncle.
moga usaha murni membawa perubahan kepada ramai adik2 tersebut.
go uncle go!

Uncle berkata...

Dear Catz.

Uncle akan teruskan usaha Uncle ini selama mungkin dan selagi adik-adik perlukan!

PermataMutiara berkata...

MACAM BEST JERRR CERAMAH UNCLE..
MCM MANA SY NK DGR YERK..
UNCLE BLEH JOIN DATUK FADILLAH KAMSAH KOT..

My Life berkata...

salam uncle

alhamdulillah.. moga semuanya dipermudahkan..

moga 1 hari azie boleh jumpa uncle dan family,,

Mak Aji berkata...

Uncle, bila uncle free tu gi le ronda2 kat hotel kita orang. Kat Coffee House ke, counter ke, tengok2 bebudak yang keja tu.

Boss besar hotel tu pernah kerja kat luar negara. Setia betul dia kerja kat hotel kita orang tu, wp hotel 3 bintang aje. Jarang keluar perkataan melayu dari bibir dia. Speaking London sesaja heh3.

Uncle berkata...

Dear PM.
Uncle rasa ceramah tu memang berhasil sebab semuanya terus duduk tegak walaupun Uncle tak pasti dalam kepala otak depa ada apa! Kata pegawai KBS, ni lah satu2nya ceramah yang mendapat sambutan...Heh3....alhamdulillah....2 malam lepas, orang penting sms cakap "Well Done!". Uncle lebih bersemangat!!!

Uncle berkata...

Dear Azie.
InsyAllah kita akan jumpa nanti. Mungkin Uncle ke KB ke ataupun Azie datang ke KL ke...one day...for sure!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Ada message yang lebih mudah difahami bila kita speaking london. Uncle pun tak dapat nafikan yang ceramah Uncle di AG pun banyak menggunakan bahasa london sebab banyak perkataan "hotel jargon" yang tak dapat Uncle alih bahasakan walaupun dihantar ke FINAS! Heh3...

InsyAllah Uncle akan sampai ke hotel2 tu nanti untuk tengok sendiri kegiatan seharian. Uncle suka pergi tengok dan buat ulasan untuk diri sendiri sebagai pengajaran supaya yang tak elok tak diulangi dan yang elok di baiki lagi untuk kerjaya Uncle.

Almond London!

Mak Aji berkata...

Jangan jadi "American Warewolf in London" hehehe ... teringat lah pulok movie tu ... eeeeee

Uncle, nanti Mak Aji email uncle website hotel kita orang ye!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Amboi gambar tu romantik habis.....that's the way, Mak Aji! Website tu Uncle dah tengok. Menarik..tertarik....

Nek Rock berkata...

Yoooo Uncle dear salam,

Aalamakkk bravooooo Uncle YES YES you can do it, that's the way aha aha you can do it!!

Congrats Uncle and wish you all the best.

Salam from Phoenix,
NR

Uncle berkata...

Dear NR.
Amboi...lama sungguh tak dengar cerita! Ingat nak pi cari kat Kosas! Heh3...you rock!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...