Sabtu, Januari 02, 2010

Pullman lagi..

(marina terlebih posing!)

(jiwa remaja...)

(sorang budak yang tak dibagi makan selama 3 hari 2 malam...)

(semua tu untuk marina)

(ni pun budak2 kebulur!)

(tiny muffins)

(di luar kawasan restaurant)

(bahagian dalam bangunan Pullman)

(pandangan menarik dari sisi)

(dari balcony aku)

Malam tahun baru kami cuma melepak di lobby hotel dan bersembang dengan Uncle J sekeluarga. Kawasan Putrajaya takada apa-apa aktiviti. Jadi kami pun tak buat apa-apa...macam-macam kami dok bersembang dan antara topik yang menarik sudah tentulah berkenaan dengan penyakit Alzheimer. Aku memang suka bercerita pasal ni. Sebab masa aku jumpa Dr Zainal (pakar psikiatri) dulu, katanya, orang yang patut mendapat kaunseling adalah orang yang menjaga pesakit-pesakit ni. Aku bersetuju sangat. Malangnya kita masih dengan pendapat lama yang mengatakan bahawa kalau berjumpa pakar psikiatri, kita kata orang tu ada masalah mental.....tidak sama-sekali! Jadi kat sini aku nak pesan kepada pembaca sekelian bahawa kalau anda semua mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama, marilah kita bercerita dan bersembang supaya kita faham tentang penyakit ni dan sama-sama membantu dari segi moral!

Pagi tahun baru kami ramai-ramai pergi breakfast. Selection taklah sebanyak yang aku sangka tapi cukup untuk bersarapan secara buffet. Ramai keluarga yang tengah dok makan, aku tengok. Ada family dari China dan Korea...wah...depa pun mai sama ka? Lepas breakfast kami beramai-ramai turun ke games room untuk sama-sama berhorey-horey....seronok jugak walaupun aku tak reti nak main snooker....dalam kepala otak, awat depa tak buat games rugby ka? Gusti ka? Tinju ka? Heh3...Finally kami sewa basikal untuk sama-sama pusing Lake Putrajaya. Aku rasa dah lebih 30 tahun aku tak kayuh basikal. Sejam kami dok berkayuh sampai keras betis-betis aku! Pergh...kalah main rugby ni....peha aku yang dah kecut tiba-tiba jadi tegang balik....wah....tak payah sapu krim Oil of Ulay! Terasa muda 5 tahun...heh3....

Berpeluh sakan kami, terus balik bilik, pack barang dan check out. Masa nak check out sekali lagi kami berjumpa dengan family Uncle J dan berjanji yang kami akan jumpa lagi mungkin di Costa Rica! Heh3...

Balik rumah, aku tengok abang aku dengan family dia pun ada sama sambil dok temankan mama. Kami lunch sama-sama sambil tengok cerita PAPADOM.....lepas PAPADOM, aku KONG terus.....letih kayuh basikal...heh3...

14 ulasan:

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

Selamat Tahun Baru ( lewat 1 hari! )

Have a nice time with your famliy.

uncle pet..!! berkata...

dan2 muda 5 thun tu.. ahiksss..

Nas berkata...

Salam...
uncle rasanya persepsi masyarakat bahawa g psiktri tu hanyalah org gila sbnrnya x btl.. lbh banyak kbaikan kalo kita g situ..
Kdg2 doktor perubtn biasa pun x fhm benda nie.

PINATBATE berkata...

perghhh!!
cantik siot Pullman..tempat orang kaya-kaya!;P
uncle..abang dah lebih tinggi drp aunty..tahun depan mau dia lebih tinggi dari bapak dia....

ona berkata...

salam,

jaga orang sakit nie, Allah akan bagi macam2 rezeki tanpa kita sedari, mudah2an kita tergolong dalam golongan yang meredhai apa saja ujian yang diberi dan sentiasa diredhai Allah..Amin

mama ju, berkata...

Salam Uncle

Muga tahun baru menjanjikan hari2 yg membahagiakan . Wah seronoknya terbang dari satu hotel ke satu hotel mewah..itulah nikmat hidup namanya. Nampaknya si abang tu lepas su.. dah tambah tinggi beberapa cm lagi!

Uncle berkata...

Dear KN.
KN punya pasal, lambat pun takpa lah.....saya tunggu.....heh3...kirim salam kat budak yang duduk shah alam tu sama yea....ala.....budak yang selalu dok usung kamera jalan2 tu....

Uncle berkata...

Dear UP.
La ni awat dok gila kayuh basikal tak tao?

Uncle berkata...

Dear Nas.
Ramai yang datang dari "old school...", jadi nak tukar persepsi tu sungguh payah...anyway, i'm lucky because i have a few few good dr friends...depa rajin bagi advice....

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Not bad at all tapi sayangnya hotel tu kosong tak berpenghuni!

Uncle berkata...

Dear Ona.
I salute you dear....take good care of yourself too. Eat well dan bak kata ada satu filem cina tu, "Alls Well Ends Well"

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Memang saya suka tengok hotel lain dan mencari idea-idea baru. Ala...sekali-sekala dan bawak family...saja suka bagi depa horey2!

azieazah berkata...

Sekali sekala jadi muda remaja... mesti bestttt...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Seronok sungguh bawak depa berjalan2....bila lagi nak horey2! Heh3...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...