Isnin, Januari 04, 2010

Tahun baru...

(jumpa meriam kat tepi semak!)

(marina memang membantu!)

(handyman ikea pun kena baca manual!)

(beli almari buku dapat sekali dengan tukang dia...2in1)

Masuk yang ni dah 500 entry aku....heh3...horey......yak-yak yay! Aku berjaya memecahkan rekod sendiri dengan cerita-cerita terpesong lagi dongeng purbawara yang mengalahkan majalah MAD,UJANG dan APO! Tak sangka pulak aku dah banyak ni entries aku....aku mula tulis blog ni dari Madinah lagi. Ni semua pasal aku geram tak dapat balik KL dulu walaupun aku dah nak sampai ke airport jeddah...dari situlah aku mula belajar menulis dan menulis sampai sekarang. Macam-macam yang aku tak reti. Tapi lama-lama kira oklah jugak walaupun gambar masih tegak dari atas ke bawah....gambar kat atas sekali blog aku tu aku dah tak reti nak besarkan.....blog yang aku ikut dah tak reti nak add in lagi dah....tapi dalam pada tu aku nak ucapkan terimakasih jugak pada beberapa orang yang membantu aku untuk tambah sana dan sini. Jadi pada depa, aku nak ucapkan terimakasih tak terhingga!

Semalam lepas hantar abang ke Muzium Negara untuk bersama-sama mengikuti Klinik UPSR, aku dan lain-lain terus ke IKEA. Lama tak pergi dan mungkin IKEA pun dah pindah ke Batang Kali pun aku tak sedar! Fuhhh...nasib baik masih di Mutiara Damansara. Aku sampai awal jadi kami ke KAYU dulu. Aku parking kat mana? Betul-betul depan KAYU....heh3...memang kayu sungguh! Hantar lgi 2 orang budak kecik tu main kat "playroom" depa, aku dan aunty lari naik keatas. Cilok satu measuring tape dan catalogue, terus ronda sampai lembek lutut! Macam nak borong satu IKEA.....tak sedar diri yang duit minyak motor RM3 pun hutang kat Petronas Taman Dagang!

Aku beli almari baju dan rak kasut. Rak kasut? Sebab abang ada 2 pasang but bola, 3 pasang kasut sekolah...sama jugak dengan yuya. Marina ada sepasang kasut "boya" dan kasut-kasut "princess" lagi...aku pulak ada banyak selipar sebab yang tu yang aku mampu....manakala aunty pulak ada banyak kasut yang "tiang" tajam-tajam tu....kalau "tiang" tu kena mata, mahu jadi kassim selamat!

Minggu lepas, lepas aku pergi dinner tu, aku dapat hadiah berupa koleksi buku-buku daripada penulis terbaik kita, Siti Zainon Ismail. Thanks a lot...dan sekarang aku tengah baca buku bertajuk, "Delima Ranting Senja". Pergh...menarik tajuk tu.....aku tak tahu apa cerita dia lagi sebab aku baru lepas baca kulit buku!

Hari ni anak-anak aku dah mula sekolah. Horey! Depa akan menjadi remaja yang paling sibuk didalam dunia manakala aku pulak akan menjadi bapak budak-budak yang terlampau sibuk dalam dunia...lari jumpa ustad, lari jumpa cikgu sekolah, lari jumpa cikgu tuition, lari jumpa MPAJ bayar cukai...dan segala. Amboih aiih, sibuk sungguh no...dan Marina? Akan tetap aku usung kat tempat-tempat dekat didalam bakul motor Ali Davidson aku....heh3...

24 ulasan:

Mak Aji berkata...

Assallamualaikum Uncle, Selamat Tahun Baru untuk Uncle sekeluarg. Moga tahun 2010 ini hidup kita lebih ceria.

Tahniah, Uncle adalah penulis blog yang teraktif sepanjang Mak Aji melayari blog. Ngalah kan blog surat khabar, setiap hari update. Syabas. Banyak nasihat yang berguna boleh dijadikan panduan.

Pagi2 mata Mak Aji berkaca2 pabila membaca entry uncle, dah syok2 bersantai kat hotel 5 bintang, lantas teringatkan ibu yang belum makan, lantas berdesup balik ... fuhhh ... Inilah anak dan menantu yang soleh. One in a million.

Semoga Uncle & Aunty sekeluarga berbahagia dunia dan akhirat.

Mak Aji berkata...

Selamat kembali ke sekolah untuk Abang & Yuya. Belajar sungguh2 ye anak2, macam Ayah.

Fuh, tengok Abang & Yuya makan, boleh tahan ek!. Cepat lah besar & tinggi anak2 uncle nih.

Jangan bagi dia orang gi bukit bintang. kat sana banyak unsur2 negatif. Anak2 melayu kita melepak sampai pagi kat sana. Tidur kat tepi jalan. Hari2 Mak Aji tengok, sedih betul.

azieazah berkata...

Salam UNCLE..
tahniah, dah 500 entries yerrr...

Ya, saya baca dari mula lagi (wpun saya jumpa blog Uncle ni baru sebulan). Saya ikuti bagaimana Uncle transit kat Dubai 15 jam rasanya, dan tidor di setiap pintu di airport.. seronok betul baca pengalaman sepanjang nak buka hotel di Jeddah.. dengan pelbagai ragam pekerja dari seluruh dunia..

Tahniah juga.. anak-anak sudah mula bersekolah dengan penuh semangat..

Kali ni tak berkisah tentang Mama? Sihatkah dia?

*sentiasa menanti cerita seterusnya...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Yay dah 500 entries....cerita pasal mama akan Uncle masukkan dari semasa ke semasa.

Anak2 mula bersekolah hari ni. Aunty dah hantar abang ke sekolah kebangsaan manakala yuya ke sekolah ugama...marina ada dengan Uncle tengah main sorang2 kat depan tv....lepas ni nak bawak marina kayuh basikal kat depan rumah then suap mama makan pukul 10. Then bawak marina naik motor pergi Hero...lepas tu tunggu yuya balik sekolah ugama...abang balik sekolah kebangsaan...yuya pergi sekolah kebangsaan, abang pergi sekolah ugama. Bagi marina makan...petang bila depa balik dari sekolah, kami nak pergi kayuh basikal pulak...ho yeah.......penuh tak activity Uncle? Heh3...bahagia!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kita....pesanan Mak Aji akan sentiasa saya ingat. Terimakasih Mak Aji....errr...Pak Aji pakai boots kaler kuning ke hari ni?

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.

Cuba ingatkan masa kita kecik dulu bila kita lupa nak bawak bekal pergi sekolah....mak kita lah yang kelam kabut tahan beca pergi hantar kat sekolah walaupun dia tengah sibuk dok basuh baju!

Masa kita demam, sapa yang selalu dok tuam celah ketiak dengan celah paha kita? Mak kita lah jugak? Macamana kita boleh lupa jasa2 mak kita?

Saya mintak sangat pada adik-adik kita supaya kenangkan jasa depa....nanti bila dah takdak, barulah kalut dok cerita kat orang pasal mak kita...then setahun sekali (kalau pi) kita dok kalut pakai baju baru pi kuboq....alahai........

kakcikseroja berkata...

Salam Sdr...

bila nak sibuk kat dapur hotel semula??? Apapun kakcik memang enjoy baca catatan Sdr. :)

Mak Aji berkata...

Uncle, tahun baru Pak Aji dapat lah boots baru topi baru hehehe.

Ye Uncle, teringat jasa2 ibu bapa kita ek. Berlinang air mata bila terkenang. Masa dulu hidup tidak sesenang sekarang nih.

p/s terpilih menjaga ibu terlantar 3 bulan sakit kanser hati & ibu mertua sakit kanser hati 6 bulan. Syif malam lak tu, sebab siang keja .. Alhamdulillah.

kucingorengemok berkata...

bagus jugak banyak berlari tu uncle, berat boleh maintain (if not turun sekilo dua) heheh

rezeki berkata...

salam uncle,

jasa kedua org tua kita tak terbalas walaupun segunung emas kita lambakkan

saya pun tinggal ibu je , tapi itulah . Puas kami mengajak tinggal bersama, namun dia tetap mahu tinggal di rumah yang dibinanya dulu bersama arwah ayah
sekrg hanya maid yg jaga, kami adik beradik bergilir2 balik ke kg

minggu lps masa balik, ibu asyik cerita yang ia bermimpi dgn arwah ayah dan katanya rasanya dia tak lama di dunia dan dia redha dan bersyukur

sedih pulak saya dgr dia bercerita, hanya saya cakap sabar je mak , setiap yg hidup tak kira tua atau muda , pasti akan kembali

mama ju, berkata...

Wah sempat jugak nak tgk buku?Bagus,saya suka tu..

Bila baca komen azie,saya pun nak jenguk2 balik N3 lama uncle..Ada lagi yg saya tak baca!

Terimakasih jadi wartawan percuma kepada kami.

Uncle berkata...

Dear Kakcik S.
InsyAllah Uncle akan sibuk balik bulan Februari nanti. So, for the time being....."Hidup Mesti Sedap!" Heh3...keep on reading!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Pergh...boots baru....topi baru....mesti tak tidur malam tu....malam2 masa tidur, tangan mesti dok jangkau kat boots dgn topi tu. Heh3...macam nak raya!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Berat badan masih maintain walaupun agak mengerikan sikit....malam ni aunty gatal tangan nak buat "tempura soba" la pulak! Ranap!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Anak yang kat KL amacam? Sihat? Bila nak datang lagi ni? Please advice kalau terbabas kat celah2 ampang ni...

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Kita yang arrangekan masa kita....jadi uncle cuba buat sebanyak mungkin dalam satu hari. Termasuklah bawak Marina naik LRT dari stesyen Ampang ke stesyen Miharja pergi balik pagi tadi lepas suap mama makan...moto tinggal kat stesyen ampang...heh3...nanti yuya balik nak ronda naik basikal pulak dengan dia...horey!

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

Lama KN tak komen...but I do read every new entry!! Tahniah uncle...dah reach 500 entries.

Sibuknya uncle layan family...u r simply a responsible person! hari tu dok sibuk layan jemaah2 haji..

Take care and all the very best to you and family.

rezeki berkata...

salam uncle,

yang kat KL alhamdulillah,sekrg dia tinggal dgn nenek&atuk, katanya duduk asrama tak sedap. yang kat KT pun dah balik asrama,
jadi horey2lah kami berdua setiap hari, "i tgk u, u tgk i, hari pun malam " he he he

rasanya chinese new year baru ke KL, tapi masa tu uncle dah kat Makkah

UncleJ berkata...

dah 500 entries? wah..ni dah masuk kategori blogger tegar! congrats and keep on writing..

hari ni pakai tshirt biru tu lagi ke? agaknya tshirt tu sedap pakai kot, sampai tak tukaq2 masa kat pullman hari tu..hahaha

ms.legolas berkata...

Dear Uncle n Wakana San,
Shin nen omedeto gozaimasu..
kotoshi mo yoroshiku onegaisimasu..

Uncle..
FYI, Ms.L baru je create my own blog..tp umpama buah cempedak di luar pagar.. byk yang nak kena belajar.. hrp2 uncle sudi tlg jolokkan opps tunjukkan..

Semoga 2010 membawa lebih keberkatan dalam hidup kita semua..Amin.

Uncle berkata...

Dear KN.
Thanks for reading, still....terimakasih kerana masih memberi sokongan moral pada saya...macam biasa, saya cuba menjadi anak, bapak dan suami yang terbaik dan kalau rasa masih tak cukup baik...sila bagi pandangan yea....heh3...

Uncle berkata...

Dear Rezeki. Bersyukur sebab "I masih tengok you dan you masih tengok I". Bayangkan kalau dah tengok "others"...kan ka kacau! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Uncle J.
Horey! Dah 500 entries...tadi saya beli satu buku bertajuk "Budak Nakal!"...mesti Yuya happy!

T-shirt biru tu cuma boleh pakai pada malam tahun baru saja...jadi kenalah saya tunggu malam tahun baru yang baru! Pergh...lamanya!

Uncle berkata...

Dear Ms. L.
Wah dah start blogging...well done...tak sabar nak baca your entry! Rajin-rajinlah menulis dan masukkan gambar pakai kamera canon sekali tau! Heh3...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...