Aku ambik kesempatan di Public Holiday ni untuk berjalan sikit. Ala...mana aku nak jalan kat sini? Apa lagi, aku pecut pergi Kuah lepas sembahyang Jumaat. Actually pagi tu aku teringat yang buku-buku yang kawan aku si Karen bagi dulu masih tak habis aku baca dan Uncle Pet pun ada pesan kat aku yang buku tu memang best. Jadi di pagi public holiday yang syahdu, sambil pekena kopi 2-3 cewen, maka buku tu pun habis aku baca. Ala....cerita pasal mat salleh hawaian-american yang dok meniaga ganja dan masuk jail kat thailand tu...aku suka baca buku tu sebab bahasa dia santai dan sangat detail. Sampaikan nama orang yang jual dadah kat dia pun dia mention sekali! Huh...hangpa jangan dok cari "tokan" tu pulak....anyway, ni cerita lama, orang tu pun silap-silap dah mati!
Sekali lagi aku pergi ke masjid yang sama untuk bersembahyang jumaat. Aku pun pelik dengan perangai sendiri. Kalau depa tunjuk kat aku masjid tu, maka masjid tu lah yang aku pergi selalu. Masjid-masjid lain memang aku takkan pergi. Part tu aku tak adventurous betul! Lepas sembahyang Jumaat, aku terus ke pekan Kuah nak cari kedai gunting rambut. Bila lalu kat depan kedai, aku tengok kedai bertutup. Aku garu telinga aku. Aku terlupa yang hari tu hari Jumaat dan furthermore memang public holiday pun...alahai....
Langkah aku aku panjang kan sikit terus ke jetti di kuah. Banyaknya kereta. Mat Salleh pun ramai. Rupa-rupanya esok ada Ironman! Patutlah....aku teruskan lagi perjalanan aku. Tiba-tiba aku sampai kat Westin. Alamak, dah hujung dunia ni! Aku teringat masa naik bot dulu aku memang ada teringat hotel ni. Dulu nama dia lain. Aku dah lupa nama hotel dulu....memang cantik. Aku rasa memang berjuta depa pakai untuk membaiki hotel lama dan buatkan yang baru. Pemandangan kat sini memang cantik. Aku tak jadi ambik gambar kat sini sebab security guard tu asyik pandang aku atas bawah....aku senyum kat dia tapi dia tak senyum kat aku! Larik....
Masa aku keluar dari Westin, perut aku dah mula main lagu "caklempong". Kona sana kona sini, terlepas jalan sikit, aku ternampak satu restaurant mamak. Cari parking, tak jumpa. Round sekali lagi cari parking, tak jumpa jugak. Last-last aku parking kat tepi longkang depan kedai mamak. Aku celapak keluar dari kereta. Lintas jalan tanpa tengok kiri dan kanan jalan. Dengan muka confident dan perut yang lapar, aku masuk kedai. Aku tengok lauk. Sedih....lauk dah nak habis tapi depa dah tak tambah. Mamak kat belakang counter pun muka malas macam ikan temenung jugak. Aku suruh taruk kuah banyak-banyak, ayam seketul teyy ais satu. Itu saja. Bila makan, memang tak sedap! Fail betul!! Masa lepas makan sambil dok sedut teyy ais "...srroootttt....srrrooottttt" aku ternampak ada satu pegawai tengah dok letak notis kat cermin kereta. Aku celapak keluar (of course lepas bayar!) dan senyum kat pegawai tu. Rupa dia sama macam pegawai DBKL yang saman aku kat Bangsar dulu! Mungkin kembar dia kerja kat sini...heh3...
Masa aku nak balik, aku dok melilau cari helang giant tu. Mana lah helang ni...Pusing punya pusing, aku nampak dari jauh. Aku kona kiri masuk kat restaurant cina. Dari tepi laut aku ambik gambar. Taklah dekat tapi adalah gambar helang tu...nanti orang tak percaya pulak yang aku duduk kat langkawi ni....
Oh ya, sebelum aku makan nasi tadi, aku ada terbabas ke makam mahsuri. Parking betul-betul kat depan bangunan sebab masa ni orang tak ramai. Bayar RM5 dan aku masuk. Pompuan kat kaunter tu tanya aku, berapa orang? Aku dengan nada sayu jawab "...sorang...". Aku belajar pasal Pandak Maya dan lain-lain adik-beradik Mahsuri....aku dah kenal depa walaupun depa tak kenal aku! Silap-silap pegawai yang nak saman aku tadi pun adik-beradik dia kot...mana tahu! Banyak cerita-cerita sejarah ada kat dalam kawasan tu. Besar jugak kawasan dia. Aku cuma berharap agar depa dapat menjaga kawasan tu dan membaik-pulihkan lagi kawasan tu sebab makam mahsuri memang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Perkara ni ada aku cerita malam tadi semasa aku sempat makan malam dengan salah sorang exco negeri. Dia pun mengaku macam tu jugak. Prasarana haruslah dikemaskinikan dan begitu jugak dengan knowledge para "guide" kita. "Guide" ni semua sangat penting untuk menghidupkan dalam penceritaan depa pada para pelancong. Aku bersetuju sangat dengan dia. Katanya lagi, kalau guide tu seorang yang berpengathuan luas tentang nilai-nilai sejarah dan lain-lain, pokok sebatang pun boleh diolah cerita dan menjadi macam taman yang sangat cantik. Contohnya dia kata masa dia pergi indonesia dulu. Tempat sejarah bukannya ada apa, cuma ada batu tempat orang batak pancung kepala dizaman dulu. Tapi cerita daripada "tourist guide" tu membuatkan pelancong tu rasa macam tempat dan sejarah tu masih fresh dan hidup! Amazing.....
Aku sampai balik pukul 3 petang. Letih longlai sebab terlampau panas kat luar tadi. AC full blast pun rasa macam kat padang pasir kat jeddah nak ke mekah! Takpa....takpa....dalam hati aku kata, "ni panas dunia...". Pelan-pelan aku ambik wuduk dan sembahyang zohor........