Jumaat, Februari 19, 2010

Jumpa lagi...

(but dan beg dari sponsor untuk team abang dan yuya, thanks cimb!)

(ganas habis...)

(lepas dinner, abang makan ni pulak.....misteri ni berlaku selepas abang bersunat...misteri sungguh!)

(ni lah bakal penjaga gol FC Tokyo tak lama lagi!)

(aku kenal sangat budak ni, kat mana aku jumpa?)

(ni sorang lagi....ishhh...isyh...isyh...)

(adik dan abang yang sentiasa lapar!)

Salam kepada semua pembaca blog aku yang aku sayang sekelian. Aku masih lagi sibuk dan kemungkinan akan tersangat sibuk bila dah berada disini. Rambut pun tak sempat nak chat....kaler putih dah mula menyerlah. Kulit aku tak mahu pulak putih! Kalau kulit aku putih.....hmmmm.....

Last few days, aku sempat pergi ke airport kat sini sebab ada urusan. Aku ternampak Starbucks....heh3....boleh jadi tempat melepak aku yang baru ni sambil browsing! Kat hujung sebelah sana pulak, aku terpandang ada kedai yang jual buku. Taklah banyak tapi cukuplah untuk aku beli dan baca satu-satu untuk habiskan off day aku. Kepala otak mulalah melayang sambil pikir apa nak beli nanti? Aku dah terpandang Tony Buzan! Set....nanti aku beli dan baca sampai habis. Heh3...

Semalam masa aku ada kat airport sambil minum teyy tarik kat anjung cafe, aku ternampak satu kelibat yang aku cam sejak tahun 81 lagi. Aku dok perati dari jauh. Laju dia jalan sambil terus menghala ke "departure hall". Aku capai talipon, aku call dia. Hoi...hang nak pi mana? Dia terkejut. Dia cakap nak pi Penang sebab ada training to conduct kat sana selama 3 hari. Pergh...kelas lah Joe Labu ni....kadang-kadang aku heran jugak sebab muka JL tak pernah berubah sejak aku kenal dia dari tahun 81 lagi. Apa lah budak ni bela?

Semalam aku melilau mencari satu pejabat kerajaan sebab aku ada meeting kat sana. Pusing sana pusing sini, last-last aku berhenti kereta dan tanya makcik yang jual goreng pisang. Makcik tu cakap, masuk kiri, keluar kanan, jalan terus, dia ada kat sebelah kiri. Pusing lagi dan aku terjumpa. Wah...pandai sungguh makcik gp ni noooo! Aku naik lif dengan bersemangat. Bukan pasal aku bersemangat nak meeting, tapi bersemangat sebab nak jumpa tuan pengerusi meeting tu, sebab dia pun junior aku setahun masa kat seremban dulu...heh3.....what a small world! Joe Labu cakap actually ada 4 orang semua penyamun tarbus dari seremban yang bermastautin kat sini. Selain daripada tu JL ada jugak pesan kat aku yang dipulau ni pun ada jugak depa main beach rugby on weekends dan dia ajak aku main sama....aku cakap, takpalah...hang main lah dulu joe.....aku takut pinggang aku herot! JL gelak kecik dan aku gelak besar!!!

Aku masih belum berkesempatan nak melawat mana-mana lagi selama aku kat sini. 27 tahun dulu aku dan IQ pernah datang sini sebab makcik aku kerja kat klinik bidan disini. Aku lupa kat mana tapi dekat jugaklah dengan beras terbakar. Tadi masa aku keluar nak sembahyang jumaat, aku tengok rumput pulak terbakar dan bomba sibuk dok padam api. Dalam hati, aku cakap, amboi....lagenda sungguh pulau ni.....beras terbakar, rumput terbakar!

Ada sekali aku keluar dengan staff aku sebab nak cari restaurant untuk makan malam. Kami pergi ke pantai chenang. Aku tengok, banyak sungguh hotel kat situ. Macam-macam restaurant ada dan bersepah kedai makan. Pelancong pun ramai. Aku tengok ada kedai siam satu. Amboi aih...rasa macam kat phuket pun ada! Heh3...

Tadi aunty ada sms kat aku dan tanya, mana entry baru ni? Aku baru perasan, aik, sejak bila dia dok ikut baca blog aku? Jadi, hari ni, bila aku sempat balik awal...10.30pm, first thing yang aku teringin nak buat ialah, updatekan entry aku. Aku rasa sangat bersalah bila sorang-dua ada bagitahu yang depa dok tunggu entry baru. Sungguh aih....cheq sebok sunggoh ni...tak muhong aih.....

Aunty ada hantar gambar anak-anak aku. Aku sayu sungguh tengok muka depa. Aku tak berkesempatan nak tengok depa besar depan mata aku sendiri. Adoi...aih....ni baru kerja macam ni....macamanalah gamaknya PM kita noooo? Kadang-kadang ngeri pun ada jugak. Sampai bila lah nak habis merantau ni? Errr, tapi kalau ada sapa-sapa yang nak datang melancong kat sini, contact lah aku....heh3...

Selama aku kat sini, aunty ada comment yang aku nampak kurus. Part tu aku tak nafikan. Aku dah turun balik. Mimpi ngeri sebanyak 4 kilo dah tamat. Aku lega. Bukannya aku tak makan! Aku makan, tapi aku skip totally makan malam. Budak-budak aku pun ada dok tanya kat mana aku makan? Heh3...risau jugak depa no....tapi aku happy dengan berat aku la ni. Tak gemuk dan tak kurus...."Sedang-sedang aja" bak kata Iwan yang dok menyanyi lagu dangdut dulu tu...heh3....

30 ulasan:

mama ju berkata...

Selamat jumpa lagi Uncle

Bagilah tengok..badan sedang2 tu..he..he.
Kesian kat auntie...

MohdArshad berkata...

Salam...uncle tak balek sini lagi ke.....

Haidar Fuad berkata...

Salam..

uncle dah x keje dkt saudi dah?

olive oyl berkata...

salam uncle

uncle kat 4 seasons ka?wah bestnyaa..

uncle take care ye kat sana...jaga kesihatan..jgn lupa mkn on time nanti gastrik susah.ingat ya uncle..

best baca blog uncle..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Pheeeew!! at last uncle berstori-mori...uncle kat hotel mana??

Ibu n Abah berkata...

salam uncle,
mungkin akak dah tertinggal ketapi... tapi nak tanya kenapa uncle duduk lama sangat kat langkawi? Dah tukar kerja ker?..Maknanya uncle dah kerja kat langkawi dan tak balik Mekah lagi?...

zainon berkata...

Salam,
Dah balik M'sia lg busy memanjang yaa...
Sabo je lah menunggu n3 baru, tp uncle dah kt seminggu sekali nak update kannn

Uncle berkata...

Dear MJ.
Nak tengok? Tunggu Uncle masuk Mr. Langkawi! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Haji.
InsyAllah satu hari nanti akan kesana jugak kalau ada rezeki tapi buat masa ni, mungkin belum lagi kot.....at this point of time, my family comes first....yang tu kena bagi priority dulu walaupun masih jauh tapi taklah jauh sangat...flight pun cuma sejam kalau ada apa-apa emergency! Take care and regards to all!

Uncle berkata...

Dear Haidar.
Macam tu lah kiranya setakat ni...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Bukan 4 season hotel....

Uncle berkata...

Dear KN.
I already sent email to you. Jadi la ni, kat sini lah dulu...

Uncle berkata...

Dear Ibu dan Abah.
You're right on the spot! La ni kat Langkawi bekerja!

Nek Rock berkata...

Yoo Uncle dear,

All the best where ever you are:))

Salam dari Phoenix
NR

rezeki berkata...

salam uncle

walau dimana pun berada, diharap suksess dan berjaya dlm kerjaya uncle

kat mana2 pun, insyallah rezeki uncle ada selagi diizinkan Allah

semoga ceria selalu di tempat kerja dan suasana yang baru

Uncle berkata...

Dear Zainon.
Mungkin pasal I baru lagi kot.....banyak nak kena catch up. Alhamdulillah, semuanya membantu.

Uncle berkata...

Dear NR.
Lama sungguh tak dengar cerita. Thanks for the short note! You take care!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
InsyAllah Uncle akan tetap berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya. Terimakasih kerana memberi perangsang!

Tanpa Nama berkata...

bru nmpak eh ankel la ni no.. ahiksss..
sebuk kn kita.. huahuahua..

Uncle berkata...

Dear UP.
Macam tu lah kita ni....makin lama makin busy...tapi entry tetap akan Uncle masukkan walaupun lambat sikit!

ediannuar berkata...

uncle,

kalau boleh, update kan selalu blog uncle nie.... heheheh

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle....
uncle masih ada kat sini lagi ke:-)

wah yuya & abang memang aktif main bola erk. Marina yang cute boleh jadi pom pom gurl....

Uncle berkata...

Dear Edi.
Uncle akan cuba update tapi tak boleh nak masuk tiap2 hari macam dulu sebab tak sempat!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Seronok tengok anak2. Walaupun dapat perkembangan depa dari jauh...

catz berkata...

salam,

uncle,
wah..sudah bekerja di malaysia..
good luck di tempat baru, suasana baru.
yang penting dekat dgn family kan..
wah..pasni info langkawi dlm genggaman uncle lah ye.
:)

kucingorengemok berkata...

4 kilo apa pulak mimpi ngeri... baru mimpi² sikit je tu, tak ngeri lagi, heheheh

ms.legolas berkata...

Dear Uncle,
nasib baik Auntie ingatkan, kalau tak lagi merana la kita org tunggu lama bebeno entry baru uncle...

btw,baru Ms. L perasan..pasal kulit tak putih tu yg Uncle nampak berkarisma.. cam iras Morgan Freeman pun ada.. Langkawi de ganbattekudasai..

Uncle berkata...

Dear KOG.
Ok...macam tu kalau, bolehlah tambah lagi!

Uncle berkata...

Dear Ms L.

Kalau putih, aunty pulak tak berkenan...heh3...

Uncle berkata...

Dear Catz.
InsyAllah Uncle akan berusaha bersungguh2 di mana juga Uncle berada! Hidup mesti sedap!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...