(bot2 nelayan diwaktu pagi)
(matahari nak naik...ka nak turun...aku sendiri pun dah lupa!)
Aku kalut dok cari kesempatan untuk memasukkan entry. Memang aku sibuk sikit lately ni. Dengan connection yang tak berapa bagus, aku berlari kesana dan sini untuk mencari sudut terbaik untuk aku bertenggek dan mencurahkan ilham aku yang dok tambah cetek la ni! Panas sungguh bila cuaca panas...tapi macam depa selalu kata, ni panas dunia....err...dalam maksud dia.....takpalah, aku tahan lah sat panas ni.
Baru sekejap tadi aku dapat panggilan dari kawan aku kat Four Seasons Hotel ajak keluar pergi minum. Aku kata nantilah bila senang aku talipon dan kami akan keluar keluar pergi minum sama-sama. Aku kenal Mohan ni masa aku kat KL dan kami pernah kerja sama-sama dulu kat RKL. Dia jaga Fine Dining dan aku jaga Restaurant. Meriah suasana masa tu. Aku ingat lagi ada satu incident yang stewards semuanya mogok tak datang kerja. Ada pulak function besar malam tu. Stewards dah tak ada orang...macamana nak cuci pinggan? Jadi Mohan lah yang jadi bidan terjun malam tu. Aku respect sungguh dengan semangat juang si Mohan ni.
Dah 5 tahun dia kat pulau ni dan katanya akan berpindah ke Bangkok tak lama lagi. Aku ucapkan selamat mengembara pada Mohan dan isteri serta anak dia.......
Semalam jugak aku talipon kat HH kawan aku sorang lagi. Lama kami bersembang. Dia baru dapat baby boy. Congratulations to you.....you must be a very proud dad! Kawan aku sorang ni tak lama lagi akan berangkat ke KSA. Ada projek besar kat sana kata dia kat aku masa last kami jumpa 3-4 minggu sudah! To HH, kalau ada rezeki lebih, limpah-limpahkanlah kat kawan sama yea....
Tadi aku sempat pergi bersembahyang jumaat kat salah sebuah masjid kat sini. Seronok sebab ramai jemaah dan ramai jugak pelancung yang datang bersembahyang sama dengan kami. Aku baru 2 kali berkesempatan bersembahyang jumaat kat sini. InsyAllah akan lama lagi kot....
Katanya musim hujan dah nak datang. Aku pun pening pikir macamanalah agaknya musim hujan kat sini? Ribut ka? Takpa...sama-sama kita tunggu dan tengok nanti. Pada pembaca blog aku ni, aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab aku tak mampu nak masukkan entry baru setiap hari lagi macam dulu disebabkan tuntutan kerja dan jugak connection yang tak berapa elok. Kalau setakat seminggu sekali tu aku berani janji....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Februari 12, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
24 ulasan:
salam uncle..
sy ni ur silent reader..
tiap2 hari sure bukak blog uncle yg byk bg motivasi pd saya utk teus maju dlm hidup..
err nk tya..uncle skrg dah kje kt langkawi ke?
or saja jln2 cari makan kt sana..?
hehehe..
wish u all the best uncle..
salam pd family
uncle keje kat hotel mana?
Uncle..
busy benar nampaknya..
semuga gembira ditempat baru yer..
uncle .. uish panjang cuti uncle this time.
salam
dear uncle
?
uncle kat mana? langkawi ka?
Salam Uncle,
Lama tunggu n3 baru dari Uncle. Walaupun kak lang tak tinggalkan komen, setiap n3 uncle tetap kak lang tunggu dan baca.
Lama ke Uncle kat pulau tu? Tak de balik KL ke? Rindu nak tengok gambar Marina…
Happy belated birthday to you. Semoga dimurahkan rezeki, sihat selalu, dirahmati dan dalam perlindunganNya selalu.
Take care, ok.
dont worry bos, kami sedia menunggu cerita terbaru dan sensasi dari otai. hahaa
Mmg menenangkan jiwa .. kan best if pemandangan tu kat tepi tingkap opis ni .. norlia(kbs)
Dear Tanpa Nama.
Thanks for reading and I appreciate that. FYI, Uncle sekarang ni berkerja kat sini. Doa2kanlah semoga semuanya selamat...
Dear Edi.
Uncle kat Langkawi dan berkerja kat sini la ni....
Dear Pinat.
Thanks....Uncle cuba buatkan yang terbaik jugak disini. Ni kan tempat kerja....satu amanah yang perlu Uncle laksanakan dengan sebaik mungkin!
Dear Rina.
Taklah panjang mana pun....tapi nampak gayanya rezeki Uncle dah kat Malaysia. Senang nak lari balik KL!
Dear ML.
Yes lani kat sinilah dulu...rezeki Allah banyak, cuma kita kena berusaha lebih sikit.
Dear Kak Lang.
Thanks for identifying yourself....nanti Uncle masukkan gambar family lagi kat sini. Uncle lagilah rindukan depa semua!
Dear Lotfi.
Bersabar.....sabar tu separuh dari iman! Heh3...
Dear Norlia.
I'm very sura that we have met before...tolong ingatkan Uncle yea...maklumlah...Uncle Mudah Lupa!
salam
dear uncle..
azie sentiasa ada group ke langkawi.. apa nama tempat uncle keje?
Salam Uncle,
Rindu nak baca celoteh uncle yg menghiburkan. Hope that you are happy at your new working place. take care.
salam uncle
uncle kat langkawi???laaa bestnya uncle kat utara...uncle apa khbr???
Selamat menunai Fardhu Jumaat Uncle. Hari ini penghulu segala hari. Mudah2mudahan dikurniakan kepada kita semua kerahmatan Allah. Amin.
Gambar kedua tu matahari nak jatuh (sebelah barat). Uncle tu kat Pantai Barat Langkawi.
Lepas Solat Jumaat jangan lupa pekena Cendoi & Laksa kat depan Masjid Padang Mat Sirat. Perghhh sodap. Heh3.
Kengkawan Uncle memang mengkagumkan, termasuklah Uncle. Itu lah ciri2 orang berjaya & cemerlang. Boleh bekerja dalam keadaan tertekan. "can work under pressure" yg selalu menjadi syarat temuduga kat mana2 syarikat besar.
Dear ML.
Uncle dah emailkan nama hotel kat azie...please check your email! Bawaklah mai sini!
Dear KN.
Thanks. Cuma saya agak sibuk pulak lately ni. Tapi untuk masukkan entry memang saya akan masukkan cuma kekerapan entry tu mungkin kurang dari biasa!
Dear Ton.
Yes...memang Uncle kat Langkawi la ni...saja mai sini jalan2 sambil kerja sikit...apa salahnya mai sini kalau Ton ada masa!
Salam Mak Aji.
Saya bernasib baik dapat kesempatan berkawan dengan orang yang berjaya. Alhamdulillah! Tapi saya tahu depa berjaya dengan sikap dan disiplin depa yang patut adik-adik kita turuti!
Catat Ulasan