(almost sunset...awesome!)
(satu lagi unpoluted stretch)
(aku terlupa ni gambar apa)
(kalaulah ada slr...)
(cantik cara akulah....)
(cantik sungguh pemandangan ni..)
(bot tengah menghala ke laut...baik2 bawak bot pakcik!)
(paling dekat aku boleh dapat. actually aku nak tunjuk burung putih kat tengah tu!)
(different angle)
(bagi aku, tempat ni cantik..)
Hari ni memang aku buat aktiviti bebas senam robik...bangun pagi tadi aku dah melangut dok pikir apa nak buat. Mandi dan tukar baju dan keluar cari breakfast. Taklah awal sangat dan taklah lambat sangat. Adalah dalam lebih kurang pukul 10 pagi. Aku kona kanan menghala ke pekan. Masuk lorong sebab aku nampak bendang dengan kerbau....errr, actually dah lama aku tak melepak kat tepi bendang sambil tengok kerbau. Aku tengok, kerbau pun melepak sama macam aku aku kat tengah bendang! Malaslah aku nak buat equation.....nanti jadi dekat-dekat serupa pulak...heh3...
Aku berhenti kat tepi petronas. Tanya kat pakcik tu samada nasi lemak ada lagi ka? Pakcik geleng kepala bagitahu yang nasi lemak dia dah habis. Aku kona cari roti canai pulak. Tak jumpa jugak...aku cilok satu lagi kedai. Pukul 10 pagi tapi aku nampak pakcik dok bakar ikan dan siapkan air asam! Alamak....dah nak lunch ka ni? Aku lintas jalan dan cari lagi. Liar mata aku dok cari sasaran. Nampak satu kedai nasi lemak yang ada dua orang budak pompuan dok jual. Kat situ jugak aku makan. Lega sambil pekena teyy tarik for the first time in a week! Yang buat aku kalut cari teyy tu bukan pasal apa, aunty dah perangat bagitahu yang depa satu family tengah dok breakfast kat kayu tepi max value! Panas......
Aku masuk kedai sebelah, beli shampoo, beli minyak rambut dan capai 5 jenis paper untuk aku baca hari ni. PUAS! Pelan-pelan aku menghala balik. Perut kenyang, mata kuyu, stok newspaper dah cukup untuk 1 hari, apa lagi....baliklah! Sampai kat bilik, dengan mata ala-ala "Tidurlah Permaisuri" dendangan Jamal Abdillah, aku saja cari penyakit dan baring atas katil baca paper. Biasalah kalau dah baring kat atas katil.....sambil baca paper......sambil telinga dok dengar radio Era.....hmmmmm, hanyut terus! Sedar-sedar dah pukul 3 petang. Kalut aku bangun dan sembahyang zohor dulu. Buat kopi dan melepak kat depan sekejap sambil dok dengar kicauan burung-burung petang....keelllaaassss.....habis baca metro....
Lepas asar tadi aku tukar baju, seluar, pakai kasut, capai kamera, terus bergerak kearah kampung kat belakang ni. Aku lalu kat tepi anak sungai yang nak menghala ke laut. Aku terpaku kat situ jugak. 10 minit mata aku tak berkelip. Aku nampak bot yang pelbagai kaler, aku nampak jeti kecik, pelantar untuk depa naikkan ikan, aku nampak 2 orang pakcik tengah dok jahit jala. Man....this is awesome. You may say anything about me tapi frankly speaking, aku tak pernah tengok scenery yang very calm macam ni seumur hidup aku. Aku rasa seolah-olah masa tu tak bergerak langsung! Tiba-tiba masa tu berhenti! Seriously...aku terpana....fikiran aku pun terhenti dan aku tiba-tiba dah jatuh hati dengan keadaan kampung yang serba-serbinya sangat simple. Aku lambai tangan kat depa dan depa lambai tangan kat aku....aku janji next week aku nak dok bersembang dengan pakcik-pakcik tu semua dan mungkin belajar macamana nak jahit jala pulak!
Aku lalu kat tepi laut. Pemandangan bot-bot menuju kelaut sangat cantik. Matahari tengah dok menurun masa tu. Aku ambik kesempatan untuk snap 1-2 gambar masa matahari nak turun. Banyal burung putih dok terbang masa tu. Real classic! Aku cuma dapat ambik gambar dari jarak jauh saja....alamak kalaulah ada......dalam pada tu aku nampak ada satu bot kosong tak berpenghuni kat tepi pantai dan depa ikat kat batang pokok. 40 minit aku duduk kat tepi sambil tengok bot tu. Kepala otak aku dah mengelamun teringat masa aku kecik dan arwah bapak masih ada. Aku pun selalu melepak kat tepi pantai di pulau J sambil tengok bot....aku jadi sayu teringatkan pengalaman aku yang dah lebih 36-37 tahun dulu tu. Dulu arwah bapak duduk kat pulau. La ni aku pulak duduk kat pulau....what a coincidence.....lama aku dok belek bot tu. Aku rasa that will be the spot where I will spend my time reading my books....very serene....selama ni aku tak pernah tengok pemandangan-pemandangan macam ni from this angle, if you know what I mean......best...best...best.....that's all I can say!
Kalau lepas ni entry aku jadi berkurangan, aku mintak maaf banyak-banyak tapi aku janji yang gambar-gambar entry aku nanti memang classic!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, Februari 07, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
28 ulasan:
so tak balik Mekah? new offer in langkawi?
berapa lama uncle nak duduk kat langkawi tu? cuti sakan nampak!!!! hehehehe
Hello! hello! Uncle....kat mana tu?
Langkawi...
Apakah Uncle dah ke sini ....nak jahit jala segala...confuse KN! ke uncle keje kat langkawi ... heh3!!
Salam UNCLE...
bagi saya semua besttt...! semua pic tu sangat menarik.. Saya pun suka gambar kampung, kehijauan dan sebagainya..
wahhh.. mau ralit kalu duk kat tepi pantai tu lelama...
Salam uncle,
macam ku kenal ini tempat daaa... yalah inilah tempat yg pernah ku duk mengalamun, melangut, melepak sambil menikmati keindahan sambil baca buku sambil berangan dan bermacam2 sambil la... itulah perkara yg akan taj lakukan bila pi langkawi ka @ mana2 pantailah...
view mmg cantik dan mengasyikkan....
bila ptg dah mula redup, taj duk baring kat pantai dan merenung ke langit...fuhhh yooo mmg best...
pada sgguh auntie dok perangat tey kt ankel no.. ahiksss..
Dear Tanpa Nama.
Mungkin tak balik kot.....currently my family is what I wanted....insyAllah kalau ada rezeki mungkin kat Malaysia dululah for the time being...rezeki tu mana-mana pun sama saja!
Dear Edianuar.
Berapa lama tu tak tahulah lagi. Kalau ada rezeki lebih, insyaallah lama kot....doakanlah untuk Uncle ni...
Dear KN.
Again, rezeki ada kat mana2....and again, saya rasa eloklah kalau saya ada dekat dengan family sat....
Dear Azieazah.
Memang Uncle sendiri ralit dengan pemandangan kat sini. Sangat menawan....banyak lagi tempat yang Uncle akan explore nanti...kalau cari kat brochure pelancongan mungkin takkan dapat! Heh3...
Dear Taj.
InsyAllah nanti Uncle akan cari tempat lain pulak untuk Uncle kongsikan sama-sama!
Dear UP.
Memang pada sunggoh dia buat lagu tu!
salam uncle
pemandangan yang sungguh menikam kalbu
memang best uncle
de beautiful one, I like It!
uncle
boleh bagi email tak
dilla ada edit bot sampan uncle tu....
my email :ohdilla@yahoo.com
tq uncle
Dear Dilla.
Thanks a lot. I can be contacted at shahrir_a29@hotmail.com
Assallamualaikum Uncleeeeeee
Lama tak mengacau Uncle heh3. Pemandangan desa memang menawan, sesuai dengan jiwa kita yang cintakan ketenangan. Waduh, jiwang le pulok heh3.
Mak Aji seronok dengar uncle nak keja kat M'sia. Dekat dengan Mama, Aunty & anak2 uncle. Langkawi best, tak de traffic jam macam KL. Mudah-mudahan Uncle dapat keja kat situ ye. Tiap minggu boleh balik KL, lebih kurang 1 jam aje perjalanan.
Salam uncle....
btllah mcm ulasan uncle kat sini, family lebih perlu n memerlukan kita..
mcm gak sy lbh sparuh usia nie dah jd perantauan.. teramatl rindu n perlukan family..
moga2 beroleh rezeki n kberkatan
tq uncle....
check email ya...:-)
salam uncle
try to contact u several times by phone, tapi tak dapat . takde line kat sana kot
Dear Dila.
I've checked the email....memang cantik! Nanti kalau ada masa, Uncle masukkan gambar baru! Thanks!
Dear Mak Aji.
Diharapkan begitulah....doakan saya sama yea! Saya rasa buat masa ni biarlah saya duduk dekat sikit dengan keluarga walaupun taklah dekat mana tapi at least kalau terkejut-tergempar, boleh lari sat jenguk2 depa!
Dear Rezeki.
Thanks for trying. Memang kadang2 line tak clear ataupun tak dapat. Internet pun sama....hopefully lepas ni kita boleh in contact! Number is still the same..
Salam Uncle,
Pilihan yg tepat. Keluarga lebih utama,anak2 semakin besar & yg penting luangkan masa2 berharga buat Mama. Jgn nti,'dah terantuk,bru terngadah'....
Salam Uncle....
Ape kabar???lamer sayer x jengok blog uncle nie.....
uncle dh keje kat sini yer........
x per la rezki tue ader di mana2..
mgkin masa nie anak2 uncle mmg perlukan uncle....lgpun diaorg kecik lagi nk pisah jauh2...
so biler lg uncle nk smbg buat program dgn Kem. belia dan sukan tue?
Dear Uncle,
Ms.L pun setuju dgn decision uncle tu.Apatah lagi Mama Uncle amat memerlukan Uncle di saat2 ini..
Semalam 2 hari Ms.L training power point, lps ni bling2 la presentation Ms.L,btw pengajaran yg paling terkesan di hati bila trainer(Indian Man) tu said that every amount yg dia dpt dari setiap project, dia akan bagi sikit pada ibunya, baginya keberkatan ibu tu amat penting..
terpana Ms.L bila seorg non muslim berkata begitu.
Dear Zainon.
Terimakasih sebab bagitahu pilihan saya tepat. Saya mintak2 pun macam tulah...
Dear AMZ.
Uncle memang sayu kalau teringatkan depa. Walaupun di malaysia tapi tempat masih tak sama!
Dear Ms. L.
Setiap orang adalah sama. Mungkin fahaman yang berbeza tapi realiti kehidupan adalah sama!
Salam & Hi Uncle
I think that would be a wise move - to be around your family. Aunty would surely love the idea of you having stay put in M'sia!
We let go some - we would surely gain some elsewhere. What counts is what matters to us most. Every decision has Pros & Cons.
Oh shall we focus on the good sides?
Take care.
Rina
Catat Ulasan