Khamis, Februari 04, 2010

Jalan-jalan...

(tidoq kat pangkin pun ok ni...)

(alamak, besarnya katil!)

(tumpang tidur kat dining area pun ok jugak ni)

Lollypop girl)

(budak-budak riang!)

Aku sempat jugak berjalan jauh sikit sekali ni. Tak lah kemana pun...Langkawi saja....ambik angin....seronok jalan sorang-sorang ni. Tapi tak boleh nak buat selalu! Masa kat sini semalam aku sempat talipon kawan aku sorang. Aku panggil dia Joe.....Joe Labu! Macamana dia dapat nama tu pun aku tak tahulah....semuanya terjadi masa kat sekolah dulu. Kami berjumpa kat lobby hotel. Terus sambung ke Lounge dan terus sambung sambil jalan-jalan keliling pool 9 kali sampai kami sendiri pening. Bergelak sakan dan bercerita panjang. Sorry, aku lupa nak usung kamera aku, jadi, gambar JL tak dapat aku upload kat sini. JL ni pun bijak bistari. Lepas periksa dah pergi US. Lama sungguh kami tak jumpa. Mahu 10 tahun aku rasa! JL dah jadi pemastautin tetap kat sini. All the best and good luck to you Joe!

Petang tadi aku buat appointment nak pergi tengok Four Season Hotel. Jauh jugaklah nak pergi ke Tanjung Rhu. Sampai kat situ Executive Sous Chef dah tunggu aku dan kawan aku. Ambik satu buggy dan ronda 47 hektar! Huh...ambik kau! Aku tengok restaurant IKAN2 which speacialises in Malay food. Sangat menarik dan cantik. Bilik hotel taklah banyak. Adalah 90 bilik tapi kawasan dia memang meletihkan. Patutlah Chef pakai buggy tunjuk kat aku. Standard kat sini, jangan ceritalah....memang standard sungguh! Everyone greets each other. Knowledge depa jangan cakaplah....sampai kat entrance, staff dah explain satu persatu facilities yang depa ada. Aku sempat melawat 3 bilik dan yang paling murah berharga RM2000 without breakfast lagi! Paling mahal RM20,000 dan masa dah sampai kat depan pintu villa tu, ada sorang butler keluar dan dengan politenya bagitahu yang kami tak boleh masuk sebab bilik tu occupied! Pergh.....macamanalah gayanya kalau aku tidur dalam bilik tu! Bila 2 buggy bertembung, satu buggy mesti berhenti untuk memberi laluan pada buggy yang lagi satu dan lampu mesti dipadamkan supaya guests yang diatas buggy satu lagi tu tak silau! Bayangkan!!!

Kami pergi ke restaurant lain pulak. Pasir pantai yang putih sangat mengujakan aku. Ada 2 khemah kat pantai tadi sebab katanya ada 2 romantic dinner malam ni! Masa aku masuk kat entrance tadi, banyak sumbu api menyala-nyala...aku tanya chef, depa pakai minyak ka? Chef kata depa pakai LPG.....melopong mulut aku! Memang exclusive tempat tu. Beruntung kalau dapat kerja kat situ. 2 jam setengah kami meronda tengok restaurant, tengok 3 bilik dan sempat minum kat SPA. Depa kata depa tengah tunggu laporan tentang kemenangan depa tentang SPA terbaik yang tengah berlangsung kat KL la ni...katanya saingan sengit cuma dari 2 hotel saja. Pangkaor Laut dan Four Seasons....aku mintak-mintak FS lah yang menang sebab depa bagi aku minum iced ginger tea tadi....Thanks a lot chef for your hospitality!

Dalam perjalanan pulang, aku dapat satu panggilan dari kawan kerja aku masa di Hilton dulu. Sabaruddin. Ada aku cerita pasal Sabaruddin dulu. Abang Din ni lah yang dapat kasut boot bola dari pemain Grasshoppers Suiise dulu masa depa datang Malaysia lawan dalam Pestabola Merdeka tahun 80-an dulu...ala....kasut boots yang koyak tu! Lama jugak kami bersembang sampai bettery aku habis! InsyAllah kami akan jumpa nanti.....aku janji. Macamana dia dapat nombor aku? Dia terserempak pulak dengan kakak aku yang tengah dok makan Yee Sang kat Istana Hotel. Abang Din pun actually pergi makan kat situ jugak....alamak....nampak gaya kalau aku nak jumpa orang, kenalah aku pergi makan Yee Sang! Heh3....

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam uncle..
dah bagi hint nampaknya tu...;D
errmm...gossip ni mesti keluar kat sotkabar pagi esok ni..!
Langkawi yer..;P

azieazah berkata...

Salam Jumaat UNCLE..

wah seronoknya jumpa kawan-kawan lama yang berjaya, sukses cemerlang dalam kerjaya...

Nak makan Yee Sang? Mesti tak lama lagi jenoh UNCLE nak pi makan.. tenttu ramai yang akan invite meraikan Tahun Rimau...:D

btw, UNCLE lahir tahun apa? (ikut lunar kalendar?) KAMBING kah?

JHaZKiTaRo berkata...

salam jauh dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking.. rajin2, jemput singgah ke my blog.. :)

Jamal Abd Rahman berkata...

jauhnya hang jalan2 sampai langkawi!balik beli coklat noo...hehehe

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle masih lagi bercuti disini. Ramai jugak nak berjumpa dengan kawan2. Selain dari tu dah 27 tahun tak datang sini!

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Uncle pun dah lama tak makan yee sang ni. Mungkin this year tak boleh nak miss kot. Mesti makan sekali ni....

Uncle berkata...

Dear Jhaz Kitaro.
InsyAllah Uncle akan sampai nanti....

Uncle berkata...

Dear UJ.
Buleh sangat-sangat. Ikan bileh tak mao ka?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...