(sampai tertidur princess aku!)
(tengah pikir nak buat style apa...Rihanna ka...Lady Ga Ga ka....)
Aku cukup seronok kalau dapat duduk dengan anak-anak aku ataupun melayan kerenah depa. Bila abang cakap yang dia nak gunting rambut, Marina pun kalut nak gunting rambut jugak. Kata dia "princess" mesti cantik. Aku pun angguk-angguk....tak sangka pulak Marina pun nak jadi princess. Ikut sukalah Marina....aku rasa budak-budak lain sebaya macam dia pun mesti dok cerita benda yang serupa! Pening mak-bapak depa....termasuklah aku!
Last Thursday, aku berkesempatan pergi dating dengan aunty. Dari pagi kami dah keluar rumah. Pergi minum dua orang.....pergi makan dua orang....pergi KLCC, Pavillion dan Ampang Point pun dua orang....PUAS! Selalunya kami memang tak berkesempatan nak buat lagu tu. Masa kami dok makan dan minum kat Dome di KLCC, tiba-tiba ada Guest Services staff by the name of Liza datang dan tegur aku. In fact dia ambik order aku sekali. Lama aku tak jumpa Liza. Lama jugak kami bersembang sambil dia dok berdiri kat sebelah aku. Liza ni pernah kerja kat hotel yang sama. She has a very good PR. All the best to you Liza!
Lepas tu aku terserempak satu kedai yang jual beg tangan kanak-kanak perempuan. Terus aku teringatkan Marina. Setengah jam kami dok belek last-last kami pilih yang warna pink! Balik tu kami bagi kat Marina. Amboi posing sakan dia kat depan TV. Seronok sungguh! Masa dia nak tidur, dia gantung kat door knob bilik. Senang nak tengok...heh3...sama macam aku kecik-kecik dulu.
Berbalik kepada cerita aku berjalan-jalan dengan aunty, kami ke Pavillion lepas KLCC. Baru dok jalan kat food court lepas park kereta, aku terserempak dengan Joe pulak. Joe pun pernah kerja kat RKL dulu. Kami tak sempat nak bersembang lama sebab Joe had to rush to work. Habis satu shopping complex kami ronda. Last-last kami pergi minum kat Loaf. Aunty cakap kat aku yang last sekali kami pergi situ, masa dekat-dekat tahun baru cina tahun lepas....la.....sekali ni pun dekat tahun baru cina jugak...what a coincidence! Actually kami betul-betul terlupa yang kami datang tahun lepas pun musim CNY jugak...heh3...
Cadang nak tengok Sherlock Holmes...tapi lambat la pulak....finally we decided to head to Ampang Point sebab nak pergi mengurut. Aku pesan kat orang tu jangan tekan kuat sangat belakang aku....Hospital Ampang Putri dah dekat...phobia aku nak masuk kat emegency jumpa "Bahagia"....heh3....masa sakit mana nak bahagia lagi dah! Nasib baik aunty pun ada sama kat sebelah aku....
Aku rasa hari Khamis lepas memang satu hari yang kami sangat perlukan. Once in a while kami perlu keluar berdua. Selain daripada kami berjogging sama-sama lepas pick up aunty balik kerja, bila berdua macam tu, banyak yang kami dapat bersembang sebab selalunya anak-anak ada sama....bila anak-anak nak masuk tidur, kami pun masuk dan tertidur sekali...heh3....habis cerita!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Februari 01, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
salam uncle
comelnya marina
masa utk berdua-duaan walaupun dah ada anak2 mmg penting dan mustahak utk suami isteri dlm mengekalkan kemanisan hidup berumah tangga, bukan sebelum ni tak manis, tapi nak topup je lagi he he
tapi tulah, uncle sebelum ni terpaksa berjauhan demi pekerjaan, nak buat mcm mana, redha jelah
tapi insyallah, satu hari nanti rezeki uncle tentu ada di bumi malaysia
Salam Uncle,
Wah! dating sakan norr...
hi uncle,
comel princess itu ye..sampai tertidor tu..
so lady gaga ke rihana?
:)
asyik dating je ye uncle..
:)
uncle,
lama tak singgah blog uncle nie...
bz sikit lah!... hahahaha
seronok balik mesia nie? bila nk balik mekah?
Saya kalu dapat lepak dengan hubby makan roti canai dan teh tarik di hari minggu pun dah rasa seronok sangat dahhh...
salam uncle...
marina dah potong rambut ka?
cam tak takut erk (he he he)
kalau budak2 ni kan bawak jek gi saloon terjerit2 takut tengok gunting tu....
Dear Rezeki.
InsyAllah satu hari nanti Uncle akan dapat kerja kat sini jugak...apa lah nak jadi ni?
Dear KN.
Ala...sekali-sekala nak jugak rasa macam 20 tahun dulu....heh3...kalau ada wakaf kat depan rumah, bolehlah makan dan melepak kat situ selalu....
Dear Catz.
Lady Ga Ga? I rasa Marina nampak macam KajaGoogoo! Tu actually group tahun 80an tu...heh3...
Dear Edi.
Thanks for reading. Balik Mekah tu tak tahulah lagi....
Dear Azieazah.
Memang seronok even kalau makan roti canai...."it's the quality time that counts...."
Dear Dila.
Mula2 dulu memang takut...tapi la ni dah tak mahu aunty gunting...macam2 ada!
Catat Ulasan