Rabu, Januari 19, 2011

Gabai lagi...

(rendam kaki saja kat air panas kat dusun tua tu...kalau kat jepun dah rendam satu badan ni...)

(lepas mandi sampai tak ingat dunia!)

(2 beradik tengah dok mengenang nasib...)

(sangat tenang kat sini,,,highly reccommended for a half day trip!)

(kononnya terra la ni..heh3...)

Aik, patah balik cerita pasal sungai gabai? Yes...memang aku patah balik sebab hari tu cerita tak habis...ala-ala iklan twisties! Pagi tu kami keluar awal (sunday). 7.30am kami dah breakfast kat tepi IKBN DT. Awalnya!! Aku memang tak suka mulakan hari aku lambat...apa-apa pun aku akan buat awal pagi. Pi marrrket pun pukul 6.30 pagi. Samantha baru nak bukak kedai, aku dah tunggu nak beli ikan...bagi aku, kalau even aku pergi pukul 9am, bagi aku half the day is gone! Berbalik pada sungai gabai...hari tu kan kami tak bawak baju, sekali ni kami bawak baju macam nak pergi seminggu...Puas! Minuman panas aunty dah siapkan 3 flasks. Sampai kat air terjun, rupa-rupanya kami kereta nombor 3 yang sampai dulu. Macam biasa, toilet dulu...lepas tu anak-anak aku kalut dok cari wakaf mana depa nak melepak. Bila dah jumpa wakaf yang depa suka, errr, actually wakaf tu aku yang suka....VETO....depa terus terjun sebab baju dan swimming trunk dah siap pakai dari rumah. Siap gantung gogle kat leher lagi. Patutlah anney roti canai masa breakfast tadi dok gelak kat anak-anak aku! Marina makan roti canai pakai "one piece swimming suit!"

Pagi-pagi air terjun kuat. Depa terus redah pi duduk bawah air terjun...macam dok body massage. Punyalah sejuk! Aku pun mula-mula buat-buat malu...tapi tengokkan abang dengan yuya tak mahu nak naik, aku pulak yang turun...taklah lama manapun...5 minit aku dah lari naik dan tukar baju, baca mingguan malaysia. Sejuk ya' amat...sambil baring kat wakaf, atas tikar yang kami bawak, ada pulak bantal satu, aunty bagi lagi milo panas secewen....mulalah mulut aku dok "HOW-HOW" menguap! Dekat 3 jam depa dok berendam dalam sungai dan air terjun. Aku dah mula risau tengok depa. Orang ramai mula dok datang satu persatu. Penuh lah pulak kawasan tu. Dalam pukul 12 tengahari aku pun ajak depa balik sebab yuya ada training bola pukul 3 petang nanti. Kalau balik awal sikit, dapatlah yuya rest sekejap sebelum turun training...

On the way nak balik, kami singgah kat tepi jalan kat sungai lui untuk beli bahulu. Aunty dengan yuya suka makan bahulu. Berhenti dan beli sambil sempat posing ambik gambar sekeping kat depan kedai bahulu. Ternyata bahulu tu memang sedap pasal tak sampai 2 hari balang plastik tu dah kontang! Rupanya marina yang dok nyap-nyap masa sapa pun tak dak kat rumah! Memang aku surrender betul hari tu. Dalam perjalanan balik, kami singgah sat kat air panas untuk rasa berapa panas air tu....bila rendam kaki, alamak, memang "syaannn" (orang penang kata syiok....). Temperature was just nice ala-ala boleh buat half boil egg gitu! Kalaulah tempat tu dapat dibersihkan macam sungai gabai, aku rasa banyak kereta yang akan stop kat situ....betul-betul tepi jalan dan belakang bus stop tepi pagar IKBN DT! Strategic habis....

Macam yang aku dok risau sangat tu, balik dari sungai gabai, kami demam 2 hari! Tu lah, main air sangat...padan muka!

14 ulasan:

Kaseh berkata...

perghh..besh ar uncle..tp kan..kul 7 lebih da sampai sana...awalllnyaaa...
bila uncle dok citer cmni siyes teringin lak nk g picnic..dok terbyg2 aunty bawak bekal semua tuh haishh..beshh..esok coti ni..cam nak je ke sana tapi confirm ramaiii...

Uncle berkata...

Salam Kaseh.
Thanks for visiting again...eh, pi la...pi la... best kalau bawak family pi sana! Not to worry about food sebab ada gerai yng jual macam2 kat situ...in fact kalau makan kat situ pun ok...tapi dah namanya picnic, uncle bawak minuman jugak lah...go early tomorrow and you'll never regret...trust me!

azieazah berkata...

UNCLE...
bila dah balik menetap di KL semula, terus balas dendam. Semua nak pulun buat... Tu yang demam kot. hahaha

Kalu saya, lepas mandi manda gitu, balik mesti semua tertidor. Sedap woooo tidor lepas letih mandi sungai.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Macam tu lah seronoknya bila duduk anak-beranak ni....bila sekali-sekala dapat macam ni, wah...dah tak nak pi mana lagi dah rasanya! Btw, memang ngantuk gila hari tu! Heh3...

dilaOHdila berkata...

salam uncle,
dilla tertunggu tunggu entry GABAI ni
pergh!! Tang jambatan tu mmg asyik aa uncle. ni kalau buat Top angle ni cun nih uncle. kwsan dah berseh. Nature yang asli nih. Tak ada waterfall ke kat sini? rasa macam ada kan

kucingorengemok berkata...

adoi, sejuknyaaa pukul 7-8 pagi dah masuk sungai... mesti macam ais!

PINATBATE berkata...

Berendam 3 jam! maunya tak demam..
hahaha..!tapi lps baca entry ni rasa nak pi Sg Gabai pulak..tengoklah cuti CNY ni...saya siap bekal makanan 2 bakul ...;D

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Dapat rehatkan kaki dalam air panas tu..syoknya..

Agaknya sungai gabai tu airnya sesegar air terjun TiTi Hayun, Yan..di kaki Gunung Jerai...
tapi jambatan kat Titi Hayun lebih artistic!

rezeki berkata...

sesekali jumpa air sungai dan air terjun, apa lagi, lepas gian
mau kecut semua hehehe

Uncle berkata...

Salam Dila.
Gabai tetap ada....memang kat situ kawasan waterfall. Kan ada gambar waterfall kat celah jambatan tu! Naturenya memang fantastic "sembur lap!". Kat wakaf Uncle tu, lumut penuh kat batu...kalau nak ambik gambar memang cantik! Pi lah......pi lah..............

Uncle berkata...

Salam KOG.
Ice Age!!!

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Ala.......baru 3 jam...belum 4-5 jam lagi! I think you should go there. Kalau bawak kamera panjang tu lagilah best...shoot habis...memang ramai yang bawak kamera panjang tu hari tu!

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Memang lebih kurang lagu tu...saya pon dah lama tak pi kat situ....I'm sure la ni lagi bagueh depa perelok tempat tu. Kalau ada gambaq tulong la post kan sama....

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Seronok kami anak-beranak...it's not so much of the airterjun actually....it's more of a quality time spent together...budak2 happy, kami pun tumpang happy sama!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...