(makan tengahari ditahun baru keluarga aku..)
(mouthwatering traditional new year japanese food cooked by aunty. Kids and me suka sesangat!)
(nak jugak tidur dalam khemah marina...errrr best jugak!)
Aku tahu yang aku dah terlambat. Terlambat nak mengucapkan selamat tahun baru pada pembaca yang budiman sekelian...aku sayang dan hormatkan pembaca-pembaca aku semua. Terimakasih kerana membaca. Pada malam tahun baru yang lepas, aku bawak anak-anak aku dan aunty untuk menonton "Siti Di Alam Fantasi" di Istana Budaya. Budak-budak seronok tak ingat dunia sebab inilah kali pertama depa nak menonton theater. Nak ke istana budaya ni taklah jauh dari rumah aku. Naik highway ampang, turun dan masuk tun razak, bikin u-turn zupp-zapp, kona kiri, dah masuk parking IB. Memang senang dan cepat ala-ala masak maggi. Bila aku bukak pintu nak turun kereta, aku perasan ada sorang lelaki yang bertubuh perkasa sedang dok memandang aku. Aku turun jugak walaupun dalam kepala otak aku dok pikir macam-macam....Baru tutup pintu kereta, aku disapa lelaki perkasa tadi yang datang bersama isteri dan anak kecik depa. Katanya, "Err, abang ada tulis blog dari Mekah dulu kan?". Aku terkejut, aunty terkejut dan anak-anak aku bertambahlah terkejutnya depa! Aku angguk-angguk dan bersalaman. Tak sempat nak ambik gambar masuk dalam entry ni. Nama pun aku tak ingat. Jadi pada adik sekeluarga yang menegur aku pada malam tu, aku ucapkan terimakasih kerana perasan dan aku mintak maaf banyak-banyak sebab tak ingat nama.....By the way, kalau kita jumpa lagi, tolonglah tegur sebab Uncle ni cepat lupa....maklumlah rambut pun dah putih!
SDAF malam tu memang menarik. Anak-anak aku gelak mengekek-ngekek bila tengok si Johan yang jadi pokok dalam cerita tu. Seminggu jugak depa dok mengulang dialog SDAF. Marina pun sama naik jugak! Ni lah satu-satunya masa yang membahagiakan aku. Bila dapat duduk sama-sama ni, merasai nikmat hidup berkeluarga, amboi syukur aku! Mana nak cari saat yang macam ni? Malam tu kami tidur lambat sebab seronok melangut tengok bunga-api (kembang api di indonesia). Pukul 1 pagi, yang sedar cuma aku dengan abang. Yang lain-lain dah "Stairway to Heaven".....
Pada hari tahun baru, aunty bagitahu yang dia akan masak special. Kami pun pergilah susun kerusi dan meja kat tepi kolam itik kat depan rumah. Perut dah lapar gila dan kami tak sarapan sebab nak tunggu tengahari. Maklumlah kami ni kan perut unta....makan hari ni boleh simpan sampai lusa...heh3...Yuya dengan Marina dok kalut tolong aunty kat dapur. Masak nasi lah, potong sayur lah, lap pinggan lah...abang pun sama naik jugak. Sama-sama kerja keras sebab nanti nak makan banyak...
Bila semua dah terhidang dan lepas doa, kami terus serbu makanan macam singa tak makan seminggu! Amboi mak, cepat sungguh kami makan. Tak sampai 20 minit, main dishes dah selesai...salad dah habis....semua tersandar kat kerusi. Heh3...Aunty puas sebab masakan dia laris kat tepi kolam!
Kami tak ada apa aktiviti pada hari tu selain daripada melepak saja anak-beranak sambil tengok tv dan bersembang. Tu pun aku rasa dah cukup bahagia! Heh3...Selamat Tahun Baru!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
14 ulasan:
hehe, uncle memang top sebab cerita pasal penyamun² kat mekah dulu tu!
selamat tahun baru, uncle & family :)
Selamat tahun baru dihari ke 13, 2011 untuk Tn Haji. :)
Salam KOG.
Btw, Uncle masih lagi berhubung dengan penyamun2 tu semua.....dan depa macam biasa, masih menyamun!
Salam Kakcik.
La....dah 13 hari ka? Lupa nak check...tak lama lagi dah nak bessday! Horey!!
bestnya makan tepi kolam..
uncle femes, pi mana pun org kenal.
:)
tambah best kalau makan dengan family kat tepi kolam tu sambil tengok itik2 berenang! Heh3...
uncle,
UNCle dah jadi FOFULAR lar ! (hehehe)seluruh dunia baca BLOG uncle. Uncle pun ramai peminat, cayalah uncle
Sedap jek aunty masak. Emmmm nyummy!
nanti kalau saya terserempak dengan uncle saya pun nak tegur jugaklah..seronok agaknya dapat jumpa orang yg top mcm uncle ni..byk pengalaman:P
UNCLE... bila Uncle bercerita jer pasal Aunty dan anak-anak, saya dok bayang Uncle sengihhhh jer sepanjang masa, kan?
Maklum, kerja berjauhan rindu bukan kepalang. Dapat duduk sembang pun dah rasa nikmat dahhh..
Saya tingin nak masuk IB tengok teater.
Salam Dila.
Eh bukan fofular la....tu kebetulan orang kenal....tapi mungkin pelanduk 2 serupa! Heh3...Pasal masakan tu memang aunty dah pandai masak....err, tiba2 teringat nak suruh masak nasi tomato dengan darrrcha pulak!
Salam Pinat.
Eh kalau terserempak, tolonglah tegur..itu untuk tambahkan hubungan silaturrahim namanya...tak salah...
Salam Azieazah.
Memang seronok sungguh bila dapat berkumpul anak-beranak...cuma orang yang selalu jauh dari keluarga yang paham nikmat dia....tengok muka anak-anak yang dok tidur pun rasa tenang!
IB tu seronok jugak...Uncle berkesempatan tengok CATS dan GREASE (kalau tak silap) dan ada satu lagi yang dah lupa.....tapi yang tak seronok bila orang sebelah dok sms, cakap, datang lambat dll....mungkin depa tak paham dengan adab menonton theater! Then kalau kena tegur dengan petugas, boleh marah pulak! Kelasssss....
patut pun tersedak sampai terbatuk2.. hahaha. duk ngumpat dalam nih rupanya. hahaha..
hari tu duk sembang ngan mamu (hj halim noor), dia habaq pasai bali memang tempat inspirasi utk para 'hotelian' macam depa nih nak dapatkan idea, barangan dan macam2 lagi. hehe. betui noh?
ni, ankel bila nak mai sini lagi. saya insya allah, 21st ni sampai KLIA, terus ke Kedah utk 11 hari. hope insya allah boleh horey2 ngan ankel nanti. apa2 saya akan contact. insya allah!!
ps : kawan tu tak mintak sign otograph ker? hehehe
Salam Pi.
Tak tahu lah bila nak sampai sana lagi. Buat masa ni rezeki lebih kat belah sini. Insyallah satu hari nanti sampai balik kat sana. Anyway, call bila dah ada kat sini nanti....
Catat Ulasan