Jumaat, Januari 07, 2011

Bali Babak 3

(spanish villa, sempat pi tengok bilik dan ngopi kat situ untuk dapat ilham..)

(depa dok ukiaq batang pokok....tu pun aku dah dapat ilham..)

(lorong sempit tapi kat dalam, villa depa memang macam lagu..."take my breath away..."

(cafe di ubud...look at that mate....aku pun nak macam ni satu!"

(ngopi kat 3 monkeys...)

Beberapa hari aku kat sana, membuatkan aku dah mula berangan nak duduk lebih lama! Seronok duduk kat tempat orang ni. Arwah Mama dulu kata kalau ada "tahi lalat" kat kaki, kita akan jalan jauh....Lepas mandi pagi tadi, bila kali pertama aku belek kaki aku lepas 42 tahun, aku ternampak ada "tahi lalat" ditepi jari kaki aku di kaki kiri dan kanan! Pergh.....mama terra! Jadi, at one time aku ada kata yang kaki aku dah gatal nak jalan lagi....hmmm, tak lama lagi.....tak lama lagi...heh3...

Malam terakhir aku kat sana, aku tak jadi keluar malam sebab malam tu Malaysia nak final bola kali ke 2. Penat satu Kuta aku cari kacang GOOD tapi tak jumpa. Last-last aku order caesar salad sambil tunggu waktu bola start. Sementara bola nak start, aku jalan sat keliling hotel. Aku pi lobby, lobby kosong....aku pi kat pool, pool kosong...aku pi kat restaurant, restaurant kosong....aku pi kat depan hotel mengadap beach, aik, beach pun kosong! Mana depa semua dah lari? Aku lepak kat lobby sat selama 20 minit sambil cari ilham. Aku tengok bumbung dia, aku renung lama-lama...aku tak perasan ada berlaku kebocoran walaupun hujan turun dengan lebat bagai nak ribut. And to tell you the truth, malam sebelumnya, hujan turun paling lebat pernah aku rasa siap dengan bunyi macam typhoon lagi...tapi masih tak bocor@tireh. Aku berani kan diri menjengok ke belakang reception counter yang aku tahu, staff dok tunggu waktu siaran langsung bola! Aku panggil sorang staff nama Made dan aku tanya apa material depa pakai kat bumbung tu. Made kata depa pakai lalang yang dianyam. Dan katanya lagi, lalang yang kering dan dianyam, boleh tahan sampai 10 tahun dan tak perlu ditukar dan tak bocor. Maksudnya, lalang tu memang "bocor proof!". Aku kaget....la................awat kita tak buat lagu tu? Pikirkan, orang kalau susah, macam-macam cara dia buat....sangat creative....tapi bagi kita yang bila celik mata semua dah ada depan mata, lalang tu memang tak dak value apapun! That gives me an idea of the next project yang dalam perancangan la ni!

Aku patah balik ke bilik sambil kepala-otak dok pikiaq pasal lalang tadi....Tiba-tiba aku teringat filem Hussin Abu Hassan di tahun 70-an yang berjudul "Bunga Padi Berdaun Lalang!" Heh3.....Rupa-rupanya HAH sorang saja yang pandai guna lalang! Kat situ jugak aku terbayang senyuman gatal@crook si HAH di poster panggung odeon kat penang road (odeon kalau tak salah aku, la ni jadi kedai letrik didepan Line Clear!).

Perjalanan balik ke bilik mesti melalui balcony-balcony ataupun beranda guest-guest yang lain. Kami menyapa walaupun tak kenai sapa....tapi yang pasti majority are australians. Depa pergi bercuti dari X'Mas sampailah ke tahun baru. Dari situ aku cuba bandingkan antara pulau bali dengan pulau langkawi. Apa bezanya....apa yang depa boleh buat tapi kita tak boleh buat....forget about clubs, girls, etc....just focus on products and services rendered....dia pun macam siam jugak. Satu kampung satu product. Pelancong berlumba-lumba pi tengok depa dok buat kerja kat tepi-tepi jalan. Pelancong kecoh dok snap gambar. Pelancong kecoh dok buat booking nak tengok "Kecak" dan "Barong". Kita pun ada menari lagu tu...i.e zapin etc...tapi pasai apa kita tak buat betul-betul? Anyway, aku dah dapat satu idea lagi....nanti hangpa jangan dok tiru naaa.......

Di kampung-kampung pulak depa ada package memasak makanan kampung. Pelancong berlumba-lumba nak belajar masak dari the locals. Sorang sampai RM150! Masak sendiri dan makan sendiri....program macam ni ada aku bagitahu dulu kat tempat lama aku...tapi...macam biasalah....even makcik-makcik kat kampung yang buat, bukannya kat hotel! Amboi, kaya-raya makcik tu....dan yang paling famous disana, ada satu program masak kat kampung yang sangatlah berjaya pun! Sapa yang mengajar masakan bali@indonesian ni? Surprise-surprise...an australian!!! Heh3...

Sampai waktu untuk aku berangkat balik dengan 1001 kenangan, cerita dan ilham yang aku dok simpan kat dalam poket la ni. Masa kat epot bali, rupa-rupanya masa nak keluar aku kena tax pulak....dah lah aku dah tukar currency, tapi dia kata, RM pun boleh Pak....waduh.......RM85 lesap di epot Bali......

16 ulasan:

kakcik berkata...

Seronoknya dapat pergi sana sini walaupun atas urusan kerja, kan? :)

PINATBATE berkata...

sedapnya jus alpukat tuu...kepingin jadinya!

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Sememangnya kita terpesona dengan keindahan di sana.
Mama nadz suka yang ukiran batang pokok tu..kalaulah bebudak kita mahu mengukir sampai mcm tu..(sampai dok atas batang kayu)senanglah cikgu mengajar seni..garenti Principal A

Uncle berkata...

Salm Kakcik.
Amboih aih...lama tak dengaq cerita ni...Kakcik pimana lama tak mai singgah rumah! Thanks for coming..heh3...

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Nampak gaya kena beli dan perah sendirilah jawabnya...the best thing is, kat rumah tak pernahnya buat pun!

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Batang pokok kat tempat kita, dok buang kat tepi jalan saja....maklumlah celik mata semuanya dah ada depan mata!!! Sayang kan?

rezeki berkata...

salam uncle

heheh kalau 85 trilion rupiah , mau tak balek hehehe

psss kalau taik lalat kat telinga hehehe

Kuey san berkata...

Salam, hi Uncle. Gambar macam dalam filem Eat, Pray, Love yg ada Julia Roberts tuh. Nak2 gambar #3. Pehh~

dilaOHdila berkata...

banyak pengalaman uncle berada di negeri orang ni
boleh sharing info yang amat berharga

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Kalau kat telinga rasanya lepas ni jadi spy kot........heh3.......

Uncle berkata...

Salam Kuey...
Fuyoo...lama tak dengar cerita nih! Memang kat tempat tu lah Julia Ziegler (Roberts) berlakon...heh3.....ingatkan dia ada lagi tapi rupanya dah balik.....kalau nak pergi honeymoon bagitahu yea!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang rasanya Uncle kena buat buku macam Lonely Planetlah gamaknya.....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

airport tax! hehehe...buat2 lupa lak..hiks

Uncle berkata...

Salam KN.
Saya rasa ni lah satu-satunya tempat yang saya kena tax masa nak keluar dari bali! Selalunya saya bayar masa nak masuk...macam tol penang bridge tu!

catz berkata...

uncle,

tu jus alpokat kah? sedapnya tgk.terliur.
kat indon ni mana2 epot dia bila nak kuar mmg kena bayar tax.harga berbeza2 dari epot ke epot lain. mula2 masa catz sampai indon, catz rasa bengang..eh..apesal plak kena bayar? kan kat tix dah termasuk epot tax.cihhhhhh. rupanya sana semua mcm tuh.
and kat philippines pun sama.
huhhh..duhettt je kan.

Uncle berkata...

Salam Catz.
Memang itu Jus Alpokat. Nyaman dan sedap rasanya. Cari kat sini tak jumpa2...mungkin ada kat Wong Solo! Pasal tax tu, I have to be more careful next time. Thanks though!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...