Sabtu, Januari 29, 2011

Yuliati House

(morning ritual setiap hari)

(mendoakan rezeki cara bali)

(aku jumpa budak ni nangis sebab kena sergah dengan 3 ekor anjing ganas!)

(preparation for dance and procession di istana ubud. Aku ada dalam ribuan orang kat situ...heh3...)

Aku tinggal di Yuliati House. Aku rasa tenang tinggal kat sini bukan sebab harganya mahal dan kelengkapannya lengkap, tapi pasal ada "chemistry" dan "warmth" kat situ. Aku dilayan macam satu keluarga bila aku tinggal kat YH. Kalau tidak masakan orang Jepun sebelah kanan boleh tinggal situ sampai 9 tahun dan balik ke jepun cuma sebulan setahun! Rumah di sebelah kiri pulak dihuni oleh sorang lagi jepun yang sepatutnya duduk bali selama 1 minggu tapi dah bertambah jadi 2 bulan.

Pasal apa percutian selalu ditambah disini? Salah-satunya ialah keramahan orang bali yang anggap kita sebagai keluarga depa. Breakfast dihantar ke balcony aku setiap pagi dan bila aku balik, ditanya samada aku nak minum kopi ataupun tidak. Duduklah melepak dengan anak-anak dia kat ruang depan rumah. Depa pun satu keluarga nanti datang bersembang dengan kita. Even Pak Kadek yang dok kemas bilik dan sapu sampah pun akan bercerita kat kita pasal bali, sejarah, masyarakat dll. Semalam aku tengok Pak Kadek dok mengajar pompuan jepun sebelah kiri aku buat yoga sambil tangan kiri dia masih dok pegang penyapu! Macam tu pun ada...

Nak makan dan minum, aku boleh masuk ke dapur dan buat sendiri. Cuma la ni aku malas nak masak maggi ataupun masak air, so aku makan kat kedai yang memang berlambak-lambak ada kat sini. Pilih saja nak apa, semuanya ada...penyet tak penyet semuanya ada! Nama Yuliati tu sebenarnya nama sempena anak kedua dia yang selalu dok pi menari keluar negara sampai ke jepun, amerika dan eropah. Pak dia ajar gamelan dan lukisan bali, mak dia mengajar menari kat laman rumah dan adik-adik dia semuanya pandai menari tapi masih bekerja di bank-bank di bali. Nanti kalau aku ada masa, aku akan cuba dapatkan gambar anak-anak dia yang dok menari tu. Kawasan depa tak besar, cuma cukup untuk depa buat 10 cottages yang disewakan pada orang mostly on a long stay basis. Simple tapi menarik...isyhhh, awat kita tak buat lagu tu?

Aku keluar rumah dan pergi ke pura@temple yang ada kat tepi rumah. Tengok ramai pelancong datang dengan bas, kereta dan scooter. Yang bayar duit mahal-mahal, dapatlah depa duduk kat kerusi plastik kat dalam kawasan. Aku pulak yang jalan berlenggang, duduk lah kat luar pagar! Awat, tak reti-reti? So aku tak dapat ambik gambar sebab flash aku tak sampai. Dengar cerita cukuplah yea!!!

Tarian depa banyak ceritanya. Mengikut bab dan mengikut hikayat. Setiap tetamu akan dibagi sinopsis cerita sebelum start tarian. Since aku tak bayar, aku carilah sinopsis cerita tadi kat pelancong-pelancong yang dah baca dan letak atas lantai....dengan harapan ada lah angin tiup mai kat kaki aku, boleh aku baca dan paham sama cerita dia...tsk...tsk...tsk...

Pergerakan mata, jari dan kepala sangat ketara. Muka punyalah bengis...mengalahkan muka "warden" aku dulu masa kat sekolah! Aku ingat kalau muka tu duduk kat sekolah lama aku, tak payahkan warden, even cuma patung tu pun budak-budak dah kecut perut! Lepas lenguh belakang sebab berdiri lama, aku duduk pulak kat anak tangga. Mata masih liar dok tengok show pree tu. Bila habis dan pelancong keluar ramai-ramai, aku pun join sekali macam orang bayar Rp75,000 jugak...heh3....

Pada pembaca blog aku yang nak bertanya berkenaan bali atau bertandang ke bali dan ada pertanyaan khususnya pasal ubud, do write to me in the comments nanti and I will answer the questions as much as possible....Jumpa lagi!

10 ulasan:

Kaseh berkata...

uncle..harinih mandi tak? :P larikss...

Uncle berkata...

Salam Kaseh.
Hari ni? Heh3...dah mandi dah...hot shower lagi....kelassssssssssss

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

seronok sokmo!

My Life berkata...

salam
dear uncle

best.... boleh masuk dlam list travel nih...

azieazah berkata...

Menariknya dapat tengok sendiri budaya di Bali tu.

Mesti UNCLE ralit jerrr... sampai nak meleleh ayaq lioq..

hahahaha

Uncle berkata...

Salam KN.
Life is short....enjoy every second of it.....

Uncle berkata...

Salam My Life.
Oh...you should list this down....memang best! Kalau tak best, Uncle dah cakap tak best...tapi kat sini is different. Esok ada upacara di tepi laut dan 1/2/2011 ada upacara besar di ubud. Thousands of people will witness the occasion...fun!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Bukan ayaq lioq saja meleleh, dengan hinguih-hinguih sekali melelah.....saya dok ralit tiap2 hari sampai lupa nak mandi dah 4-5 hari ni...heh3...

Tanpa Nama berkata...

salam

pak cik....lupa nak mandi tapaaa,,,
jgn lupa nak makan....

hahaha

nal....

Uncle berkata...

Salam Nal.
Baik tak makan...boleh diet!....heh3...apakhabaq semua? Sihat? Amboi tanya macam kita kenai.....heh3...errrr, kat mana nak cari pajeri nenaih?

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...