Sabtu, Januari 15, 2011

Air Terjun Sungai Gabai

(marina letih dan lenguh2 badan lepas swimming satu pagi!)

(entah pasal apa abang dok sengih....)

(yuya dok horey2 macam kat jacuzzi!)

(pasar kat hulu langat. ikan tak ada tapi orang ada dijual!)

Hari ni hari sabtu. Malam tadi aku tidur pukul 2 pagi. Mata nak sambung lagi tengok bola nak habiskan 2nd half, tapi asyik dok terlelap kat depan tv, aku ajak abang terus masuk tidur. Pagi ni aku bangun awal jugak. Baru pukul 6 pagi, mata dah celik pikir apa nak buat satu hari ni....Terus keluar bilik jalan pergi-balik 53 kali depan tv....pelan-pelan anak aku sorang-sorang bangun tidur sambil cakap, "Ohayoo Papa...". Aku tengok muka sorang-sorang malas dan senget sebab depa dok ngantuk lagi...since aku bangun awal, anak-anak aku pun agaknya dah terikut bangun awal jugak...

Kami keluar pergi breakfast sekejap dan terus balik rumah. Tengah aku dok leka baca paper, yuya tanya, "Papa, hari ni nak pergi mana?". Hmmm...aku diam tapi kepala otak aku ligat dok pikir apa nak buat hari tu. Lepas 10 minit, aku cakap jom pergi hulu langat....depa tanya, apa aku nak buat kat hulu langat? Aku jawab yang aku pun tak tahu tapi kalau nak explore, jom...kita pi sama-sama...Dengan muka tak mandi walaupun dah breakfast tadi, kami berderet-deret turun ke kereta macam itik tak tentu arah! Heh3...

Aku pandu menuju ke bukit belacan. Sampai kat satu simpang, aku belok kanan dan jalan terus. Bila nampak signboard ke "Lookout Point" aku belok kekiri dan naik keatas....adalah dalam 10 minit perjalanan, aku sampai kat satu simpang 3. Berdepan dengan Agro Resort, aku belok kiri dan memandu terus tanpa tujuan...Budak-budak dok sibuk bertanya, mana aku nak pergi? Aku cakap ikut sajalah sebab aku sendiri pun tak tahu mana aku nak pergi! Aku memandu terus dan melepasi IKBN Dusun Tua. Bila sampai kat IKBN Dusun Tua, aku teringatkan kat roommate aku si Hafiz tahun 91 dulu yang duduk satu bilik dengan aku kat wisma belia sama-sama berkursus bahasa jepun. Hafiz ni jugaklah yang aku jumpa lagi sekali kat IKBN Alor Gajah masa aku dijemput untuk bagi ceramah kat budak-budak hospitality dulu. La ni Hafiz dah jadi pensyarah kanan kat IKBN AG.

10 minit melewati IKBN DT, aku sampai kat satu simpang ke sungai gabai. Lalu dan belok kekanan dan terus memandu. Nampak pulak road sign Sungai Lui. Aku tanya budak-budak, ingat tak dengan sungai lui? Dahi depa berkerut. Jadi aku suruh aunty pasangkan cd aizat. Then depa teringat yang salah-satu lagu aizat ada bertajuk "sungai lui". Yuya cakap, "ooo sini ka?" Abang becok dok bercerita yang dia pernah datang sini lawan bola peringkat daerah dulu masa wakil Hulu Langat. Cantik padang tu.

Sampai kat satu lagi selekoh, aku nampak signboard ke Air Terjun 2km kekiri. Aku belok dan masuk jalan kampung yang sempit. Anak-anak orang asli baru keluar ramai-ramai lepas main kat sungai sambil dok kunyah kelapa! Huh kelapa? Kelapa yang depa belah tu depa kunyah ramai-ramai sambil dok berjalan....heh3...anak-anak aku makan twisties, budak-budak tu dok mengunyah kelapa@nyoq! Aku mula berleter sikit bagi depa sedar diri....

Sampai kat entrance aku bayar untuk parking dan tiket masuk. RM4.....parking kat mana-mana asalkan tak menggangu perjalanan orang lain. Dapat satu parking. Aku ke toilet dulu. Bersih.....suasana agak dingin@nyaman dengan deruan air sungai dapat aku dengar. Anak-anak aku dah tak sabar nak ke sungai. Kami jalan laju ke sungai. Sampai kat sungai, aku dongak ke depan dan nampak pulak air terjun....pergh...lama tak mandi kat air terjun ni! Mata anak-anak aku dah tak berkelip sebab ni lah first time aku terbawak depa ke air terjun! Memang kami tak ada plan hari tu, cadangnya cuma nak survey tempat. Jadi baju extra untuk mandi memang kami tak bawak. Yuya tanya kat aku samada dia boleh mandi dan aku jawab ok. Baju? Aku cakap tak payah pakai baju.....Seluar? Aku cakap pakai aje seluar pendek yang dia dok pakai tu....Kalau basah? Aku cakap biar aje basah......Depa horey-horey dengar aku cakap macam tu.

Ada anak-anak tangga yang menuju keatas bukit. Aku terserempak dengan budak-budak pompuan yang dok turun tangga masa aku nak naik. Depa kata, "Pakcik, kat atas best....ada gelongsor...". Aku tanya depa, jauh lagi ka? Depa kata dah tak jauh....tapi tak jauh depa merupakan jarak yang sangat memeritkan lutut dan paha aku. Rasa macam nak tercaabut tempurung lutut aku. Pemandangan sangat cantik dan keadaan sekeliling bersih. Banyak tong-tong sampah disediakan dan plastik-plastik sampah besar digantung kat tepi-tepi wakaf. Macam ni kalau RM10 pun takpa.....

Bila sampai kat atas, memang ramai orang dok bbq dan mandi. Seronok sungguh depa. Aku pun sama naik! Yuya sempat mandi sat manakala yang lain cuma rendamkan kaki sebab kami tak bawak baju extra. Pukul 12 kami jalan turun balik. Yuya tergelincir tersentak kat pinggang tapi ok. Yuya nasib baik sebab tangan sempat capai pemegang kat tangga. Nasib baik dia jadi goal keeper, kalau tidak, mahu terlepas masuk gaung! Serious tak tipu!!

Dalam kereta semua sibuk dok bercerita bila lagi kami nak datang lagi sekali kat tempat tu. Depa buat-buat suara sedih....."bilalah Papa nak bawak datang mandi air terjun lagi...?". Aku diam....Lepas 2 minit depa tanya lagi...."Bilalah Papa nak bawak kita lagi ni...?".Aku diam.....". Lepas 3 minit, depa tanya lagi....."Bilalah Papa nak bawak mandi sini lagi...?". Aku jeling kat cermin, aku cakap, "Esok pagi pukul 7 siap cepat...". Horey.............depa menjerit...buat kali ke 13,453......aku kalah dengan anak-anak aku!

21 ulasan:

PINATBATE berkata...

wah! uncle nak pi piknik kat sg gabai esok..!! nak ikutt!!

Kaseh berkata...

uishh lama tak g mandi sg gabai.. anyway salam kenal uncle..nice blog u hv...peace :)

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Tiba2 yuya panas badan pulak....ni mungkin pasal berendam lama sangat pagi tadi kot...kalau dia ok esok, uncle pergi....heh3...

Uncle berkata...

Salam Kaseh.
Thanks for the note....tu first time ke sungai gabai...rupa2nya taklah jauh dari rumah pun!

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

macam bunyi gaban pun ada... hehehe.. memang best ah mandi manda di sungai!! cuma kadang2 tak syok sebab ada kapel2 yg kadang2 bajetnya murah. takleh nak menyewa di hotel, buat wayang kat tempat berkelah..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

yeayyy...nak g jugak :))

dilaOHdila berkata...

wah uncle gi GABAI erk...
shuntek ke uncle view kay situh
nanti shoot banyak2 taw....
nature yang terpelihara...hehe

** yang naik tangga tak tahan tu
macam nak gi BUKIT BROGa tu ke uncle?

azieazah berkata...

UNCLE:
sekali sekala back to the nature, memang best siot. Tak heran lah anak-anak Uncle begitu teruja.

Saya suka sungai compare laut.. sebab air sungai lebih bersih nyaman.

Saya pernah bermalam kat Equitoria area dekat Ulu Langat situ gak, best sbb BBQ dan turun naik sungai sampai kecut!

Jom mandi sungaiii...!

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,
Seronok melihat telatah abang mengurut si adik tu..sangatlah sakit agaknya..
Kanak-kanak ni kalau pasal main air nombor 1. Kat Kaki gunung jerai pun ada beberapa air Terjun..best juga..
Anak-anak mama dah biasa dgn air terjun...petang2 ja naik moto pi mandi ..

Uncle berkata...

Salam Pi.
Gaban=gabai! Heh3...anyway, so far ni lah air terjun yang paling bersih uncle jumpa. Siap ada orang sapu sampah, bersihkan tandas, macam2 lagi...tak sama macam "prawn paste hill!". Tnah kat situ kepunyaan orang2 kampung jadi depa buat satu persatuan untuk menjaga kawasan tu....

Uncle berkata...

Salam KN.
suruh kuey san bawak nanti.....boleh dia dok BOKEH kat situ pulak!

Uncle berkata...

Salam Dila.

Boleh shoot kat situ banyak2...Menarik! Hari ni tak panjat sampai atas sebab takut jammed terus! Kat bawah saja pagi tadi....seronok budak2!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Lepas tu kami ke air panas untuk rendam kaki yang lenguh....kelasssss!

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Lama sungguh saya tak mengarah ke belah situ...Nanti kalau saya pi sana, tulong bawak sat pi sungai....bendang pon ok jugak!

mr. sepet.. berkata...

syoq nya depa.. ankel, PAP ptg jumaat ni ok..??

Uncle berkata...

Salam MS.
Sure...as of now, it's on....apa2pun hari khamis atau hari jumaat kita re-confirm balik, ok!

kucingorengemok berkata...

kalau bawak bekal roti/mi hun goreng/nugget tu laaagi lah syok mandi kan, naik je terus ngap!

Uncle berkata...

Salam KOG.
Satu cadangan yang sungguh mengghairahkan.....harus dibuat minggu depan! Heh3...Memang ramai orang bawak bekalan dan buat BBQ. Banyak tempat BBQ disediakan dan tiap2 hari dibersihkan. Tengah pikir ni, minggu depan nak pergi ke tak? Kalau tanya anak2, minggu semua nak pergi lagi!

CATZ berkata...

eh..cutenya marina. comeiiii!

Uncle berkata...

Pak dia lagi cute....lagi chomeiii...

Jom Pusing-Pusing berkata...

salam...
kami disini ingin meminta izin daripada saudara untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai entry ini didalam blog Final Projek kami...

kami telah ditugaskan untuk mempromosikan tempat2 yang menarik di hulu langat dan kami tertarik dengan entry anda....

harap saudara izinkan...
kalau sudi, jenguk2 lah blog kami ini ya...^^

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...