Jumaat, April 29, 2011

Beradik-beradik mai...

(malam tadi di twin tower....)

(aunty dan sepupu aunty punya anak dan menantu dari jepun)

(beradik-beradik dari kampung mai bandar besar...hahahahah)

(hasilnya selepas makan macam.............hahahahahah)

Beradik-beradik aku dan aunty dah sampai dari kampung. Seronok tak terhingga dapat sedara dari kampung mai jalan-jalan selama hampir-hampir seminggu ni. Depa pulak check in kat Renaissance Hotel. Hotel tempat aku dok bertapa dulu....lagi lah seronok jadinya. Aku pi jemput depa kat hotel. Sebelum sempat jemput, aku ronda satu hotel macam bapak aku punya hotel pulak....habis semua orang aku pi jumpa. Ramai lagi member lama dan jugak penyamun-penyamun lama yang dok kerja lagi kat situ...hahhahahah

Minum kopi sat, tengok bilik baru yang depa dah renovate harga berjuta-juta tu.....dari satu tempat ke satu tempat aku pi. Alhamdulillah masih ramai yang kenal dan masih ramai yang dok mai bersembang dengan aku. Lama jugak aku tak jumpa dengan depa. Sekali-sekala jumpa, amboi...rasa macam tak mahu balik pun ada! Minum sat, bila Ryunosuke sampai, aku pun stop sembang dengan staff lama dan terus bersembang dengan Ryu pulak. Ryu dan pasangan dia muda trang-tang-tang lagi. Pakar dalam bidang "chiropractic", ala....bab-bab tulang dan sakit belakang ni lah...macam dia tahu-tahu pulak aku ada masalah ni. Pssst, esok-lusa tolong tengok sikit-sikit ya belakang aku ni, jangan buat-buat lupa pulak....hahahahah

Aku bawak pi makan Satay Zaini kat Ampang. Satay dia sedap. Lebih sedap dari Satay Kajang yang kering tu. Satay Zaini ni besaq-besaq ibu jari kaki....aku rasa kalau 5 cucuk tu dah pasti kenyang...aku makan tak lah banyak mana pun malam tu...cuma 23 cucuk ja, hahahahah.....aku tersandaq, aunty tersandaq, marina dan yuya terus menguap! Lepas makan sampai tak ingat masalah dunia, aku bawak depa pi jalan kat Dataran Merdeka pulak sambil dok bercerita yang kat padang tu lah aku dok main rugby dulu sebelum tempat rugby kami ditukarkan ke Kiara, aku cerita pasal pertemuan sungai kat situ, cerita pasal bangunan sultan abdul samad, cerita pasal muzium tekstil yang ada kat tepi tu, cerita pasal masjid india dan asal-usulnya...hahahahahah semua aku tahu...bukan pasal apa, sebab benda-benda tu lah yang jadi modal aku kalau bersembang dengan guests dari obersea! Ternganga depa kalau depa dengar cerita aku.....

Malam tadi pulak, aku bawak depa makan "bot stim@steam boat". Kawan lama aku cakap tempat yang aku nak pi tu dah ubah...aku cakap mana ada? Dia mati-mati cakap dah berubah ke tempat lain...aku mati-mati jugak cakap kat tempat lama....last-last bila aku tanya aunty kat mana, dia cakap memang dah ubah...hahahahahahah aku cepat-cepat sms kat kawan lama aku tu dan bagitahu yang inilah kali pertama seumur hidup aku, aku buat salah! So, to Jacky..if you are reading this.....hahahahahahahahah salute you lah....err, don't forget send my regards to your abang hah!
Sekali lagi makan sampai marina dengan yuya terlena! Sekali ni lepas makan aku bawak depa pi ke tasik titiwangsa pulak. Cerita pasal tasik, cerita pasal lombong bijih timah....cerita pasal Yap Ah Loy, cerita pasal IJN....pergh...aku rasa kalau Ng Yen Yen dengar aku cerita, mesti dapat allowance libu-libu tiap-tiap bulan, tak pun dia tereyak dengaq cerita aku!

Lepas tu aku bawak lagi depa ronda dan sekali ni ke stadium negara pulak. Dia kata apasal ke stadium? Aku pun ceritalah pasal union jack, tunku, mokhtar dahari yang dok sepak terajang kaki Kamamoto masa pestabola merdeka tahun 70-an dulu dan lain-lain lagi...Mulut Ryu ternganga dengaq aku cerita...dia angguk-angguk bila aku sebut nama Kamamoto! Dia pun tahu yang Kamamoto tu lagenda bolasepak jepun.....Dia ternganga dan aku pun ternganga sebab tak sangka aku pandai...hahahahahahah Cikgu Bibah dulu tak pernah kata aku pandai...hahahahahah

Aku zupp-zapp lagi terus ke pudu jail. Aku cerita sejarah pudu jail yang dibina tahun 1895 tu kalau tak salah aku...aku cerita pasal botak chin dan datuk zaman khan....aku cerita pasal mural kat dinding tu....pergh...aku tengok mata dia dah merah...ayaq mata berlinang....aku bagi sapu tangan kat dia....hahahahahahah. Actually cerita-cerita tu semua aku baca dan semua-semua cerita tu aku pastikan yang aku tahu 100% dan cerita-cerita tu semua lah yang aku buat modal bersembang dengan guests-guests aku dari dulu sampailah la ni! Cerita betul tu...bukan main-main...pasal pudu jail tu actually dari pembacaan aku dan jugak pasal abang aku kerja kat situ dulu....tu yang aku tahu sangat. Abang aku pun duduk kat belakang tu sebelum depa robohkan quarters kat belakang tu.

Jadi pada adik-adik sekolah yang baca cerita dongeng aku ni, moral of the story, bacalah banyak-banyak. Tak kiralah apa-apa pun. Aku ni memang jenis suka membaca. Dari komik, kartun, mangga, wanita, gelihati, gila-gila, readers digest, Far Eastern, Futurist, Medical Journal, Time, Economist, semuanya aku tibai. 2 hari lepas masa aku berkesempatan menghadiri function Tun pun dia bilang perkara yang sama.....baca jangan tak baca.....

Oklah aku nak balik...aku rasa kawan lama aku dok tunggu tu...ala....dak william dengan dak kate tu.....have a nice weekend my friends....err, monday nak ke kuala gandah dengan beradik-beradik jepun...horey!

16 ulasan:

norh berkata...

wah..kagum la dgn uncle..baca blog pun dah ternganga..kalau dok dengaq cerita depan uncle lagi la luas nganga..ha ha ha

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

salam uncle,

wah, orang kampung uncle nampak macam orang jepunlah.. :)

part pudu jail tu pun saya ada kenangan. Bukan kami pergi shoot akan tetapi, arwah atok saya pernah bekerja sebagai warden di situ suatu masa dahulu. Ayah pun tinggal tak jauh dari situ. kat Flat san peng. Kenangan yang takkan mungkin kembali.. hehe

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle ni kalau crita, payah nak stop. Modal memang banyak tapi kebanyakkannya dah masuk dalam blog, hahahahahhaha. Dan memang betul, Uncle akan pastikan yang cerita2 tu semua genuine dan bila Uncle yakin barulah diceritakan....cuma setakat ni depa cuma ternganga...belum ada yang mati berdiri lagi...hahahahah

Uncle berkata...

Salam Pi.
Uncle pon heran...awat depa macam jepun? hahahahahah

Rupanya Pi pon geng jail jugaklah...pergh....patutlah @jailhouse rock!@

Ghazali berkata...

Uncle ...

I nak tanya , you la ni di Bali kat Hotel mana Uncle?

Uncle;

Org Jepun kata orang kampung apa eh ... macam imamoto or innoko or lupa dah ... ap eh????

And lagi satu, kalau org Jepun nih kalau dia asyik atau terpegun dengar cite , dia orang masih lagi keluarkan suara lagi ker????? macam deram tak deram tuh?

I miss Japan ... and I miss Uncle ....

Uncle berkata...

Salam King Ghaz...
Amboi lama sungguh tak dengar cerita....Unfortunately Uncle tak boleh nak sebut hotel mana...tapi Uncle kat Ubud. Sebulan KL dan sebulan Bali...macam tu lah dok ulang alik la ni! Enjoy what I am doing now....

Orang kampung@ innaka mono tapi bahasa ni jarang digunakan sebab satu bahasa yang kasar. Tapi ini untuk pengetahuan saja....

And yes....depa masih lagi mengeluarkan bunyi2 pelik...I find it interesting. Boleh masuk youtube di Learn Japanese Without Saying a Word with Ken Tanaka...omoshiroi yo....

awang berkata...

salam

saudara mara ramai ....
kena layan leeeee...

PINATBATE berkata...

Best baca...tak sedar lalat masuk mulut...menganga punya pasal..

taj berkata...

Salam Uncle...


wahhhh org kg dtg mai sini naa...
mesti teruja kan membawa depa jejalan...gi jejalan di tempat semua taj pernah pi...nostalgia kan...

depa siyok ka mai sini?

uncle ni byk betui cerita ceriti,,,,taj suka suka wlapun kekadang cam merapu...tak kiralah merapu pun...mmh leh masuknyer, otak taj selalu juge merapu meraban....hahaha

hasliza berkata...

Dah lama tak dengar cita u bos.....we miss u bos

Uncle berkata...

Salam Awang.
Macam tu lah kalau kita ni ramai beradik-beradik....in fact yang tak kenai pun kira ok jugak...

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Kalau setakat lalat ok lah lagi...jangan TENUK sudah! Hahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Taj. Bacalah kerna membaca itu adalah jambatan ilmu. Marina yang umur 4 tahun pun bawak "Lawak Kampus" ke toilet! Hhahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Hasliza.
Thanks for following and reading. I miss all of you too and insyAllah 3-4 bulan lagi akan ada di sana!

Pak Zawi berkata...

Uncle,
Jemu kerja jaga dapur nanti bolehlah jadi Tourist Guide untuk VVIP. Senua Tour bermula dari kitchen dan berakhir dengan sumptous dinner.

Uncle berkata...

Salam Pak Zawi.
Sumptous dinner! Yeay...I like it!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...