Isnin, April 04, 2011

Uluwatu

(breathtaking...)

(monkey with my world cup rugby cap that I bought in Tokyo!!!!!! Gone!!!!!)

(satu lagi pemandangan menarik temple disana..)

Bangun di pagi Ahad, cuaca sangat mendung. Aku cukup suka kalau cuaca mendung di hari minggu. Boleh aku bermalas-malasan...pukul 7 aku sambung baca biography pemimpin sebuah negara di depan rumah sambil minum kopi bali yang pak rai hantar sebelum breakfast aku dihidangkan di balcony. Hujan lebat mula turun dan air disawah dah melimpah. Asyik aku tengok. Dulu rumah makcik aku kat alor setar mengadap sawah tapi la ni dah naik kawasan perumahan. Pangkin kat bawah pokok cheri dah dibuang dan pokok cheri dah kena tebang. Sambil hirup kopi sambil aku bayangkan masa abang dan yuya masih sekitar 1-2 tahun dulu, aku dok bercerita kat depa dibawah pokok cheri tu sambil bersila kat pangkin. Aku ceritakan yang buah cheri tu lah aku pakai sebagai peluru untuk main tembak-tembak. Depa seronok sambil gelak mengekek-ngekek. Lamunan aku terhenti bila pak rai datang dengan tray dan bawakkan breakfast aku. Sambil makan sambil baca buku...habis jugak 4-5 chapter. Hahahahahah...

Aku ke tempat kerja kejap. Check apa yang patut, termasuklah e-mail just in case kalau ada yang penting dari head office. Nothing...had a cup of capuchino, tinggalkan pesan sikit kat staf-staff yang ada, start kereta, cabut ke Uluwatu!

(beautiful temple, only Uluwatu has this..)

Aku cilok ke denpasar dulu mencari ink cartridge untuk printer aku. Nampak pulak mc donald. Aku makan sampai tak toleh kiri-kanan. Burrp 13 kali, basuh tangan dan keluar cepat-cepat. Hujan mencurah-curah. Aduuh...kena bawak pelan-pelan ni. Aku menghala ke bandara (bandaraya udara@airport). Zass...aku membelah jalan basah. Zupp kona kanan ikut signboard. Priapp naik bukit sikit. Laju aku bawak ke atas. Tak banyak kereta yang lalu-lalang kat situ. Bagus ni. Aku masuk parking dan kena RP5000. Pandu terus sampai ke parkir. Macam biasa, aku ngopi dulu. Monyet datang curi kacang yang depa letak kat atas meja. Aku renggah gelak kat makcik tu sebab dia kejar monyet yang lari dengan kacang dia....hahahahahahahah very funny!

Beli tiket dan beli selendang yang diikat dipinggang. Makcik tiket tanya samada aku perlukan "guide" apa tidak. Aku cakap tak payah....aku sombong masa tu. Tersangat-sangat sombong! Aku masuk ke dalam. Menuruni anak tangga yang tidak berliku....straight beberapa anak-tangga menuju kebawah, aku nampak ramai tourists dok sibuk ambik gambar dan bila sampai kat tepi tangga, aku tengok dari kejauhan laut Hindi yang sangat luas terbentang kat depan mata aku. Horizon nampak begitu cantik dan panjang sekali. MasyAllah....sangat indah! Aku nampak tourist dok berdiri kat tepi tebing sambil dok ambik gambar. Aku tak mahu ambik gambar depa berdiri kat tebing...tapi aku akan ambik gambar depa kalau depa jatuh dari tebing...hahahahahahhah very funny!

(ingatkan nak terjun...nampak macam laut kat henry gurney telok mas melaka...hahahahah)

Aku dah nampak temple yang kat atas tu. Keciknya....dan aku rasa kalau aku sampai kat atas tu, mungkin aku akan nampak temple tu besar. Yang jadi kecik sebab aku tengok dari jarak 500 meter jauhnya. Aku snap sana dan snap sini. Pemandangan yang terindah di bali setakat ni. Tebing yang curam dan tinggi serta air laut yang kebiruan membuatkan aku nak duduk lebih lama kat sini. Tourist berduyun-duyun datang dari Jepun, Spain, Italy, Korea dan kami dari Malaysia! Bila aku sampai kat atas, ternyata temple tu tetap kecik.....hahahahahahah very funny!

Monyet banyak berkeliaran dan dok berlari sana dan sini. Panjat pokok dan loncat tak tentu hala. Masa aku nak masuk tadi pun depa dah pesan kot-kot aku nanti akan terkejut kalau disergah monyet...aku cakap kat makcik tu, takpa-takpa....sebab aku rasa aku yang akan sergah monyet tu nanti! Hahahahahahahah very funny!

Masa aku dok ralit perati tebing curam yang tersangat curam dan sambil dok ambik gambar, tiba-tiba aku rasa macam ada orang tapped kepala aku. Aku biar saja sebab Marina pun selalu jugak tapped kepala aku! Tiba-tiba aku dengar ada suara orang menjerit kat aku. Aku toleh kat depa. Depa toleh kat aku. Aku nampak sekor monyet pegang topi aku dan lari kat celah pokok menghala ke tebing. Aku kejar dia....kawan-kawan dia kejar aku! Aku mintak tolong kat makcik kacang untuk tolong aku ambik balik topi sentimental value aku tu...Itulah topi kesayangan aku tu.....aku beli kat Tokyo tu.....rega mahal tu......original world cup rugby 1999 tu.....monyet seringai kat aku....hangin satu badan....huahhuahhuah not funny anymore!!!!!!!!!!

14 ulasan:

kucingorengemok berkata...

tak sampai hati nak ketawa... tak pulak makcik kacang dengan makcik tiket pesan jangan pakai topi kan

Uncle berkata...

Salam KOG. Memang makcik tiket dah habaq dah pun...tapi Uncle kan sombong lagi bongkak....hahahahahahah!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik


so topi tu boleh kat kera tu kaaaa

hehehehe

tq: nal

Uncle berkata...

Salam Nal.

Memang kera sungguh depa tuh!!!!! Pandai dia pileh topi original!

norh berkata...

tu la uncle, yang pi renggah gelak kat makcik tu pasaipa? he he
lepaih tu, ada niat nak ambik gambaq org jatuh tebing...

p/s: apa kelas peluru cheri? pernah kena peluru bemban? :P

Uncle berkata...

Salam Norh.

Balik kena mandi bunga...hahahahahah! Peluru tu Uncle pakai masa balik dari mengaji Quran dulu...curi kat depan rumah Bismillah dulu tahun 75! Ada tangkai panjang. Nak sakit, cari yang hijau...kalau merah@masak dah lembek...hahahahahah yang rannya, dulu Uncle potong kayu buat senapang dan curi buah cheri...microsoft dapat tahu, depa copy dan buat computer game!!!! Hahahahahahahaha! Sapa lagi terra????

Kakzakie Purvit berkata...

Bijak juga monyet tu. Uncle kena sergah balik dgn kawan monyet dah terpaksa minta tolong makcik kacang.

Nape uncle tak acah monyet dgn makanan lain minta topi tu. Kot dia boleh ditipu.

Kelakar tapi kesian uncle....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Monyet new millenium! Lepaih tu dia curi buku saya pulak....saya lempaq kacang dan dia lepaskan buku tu bila nak sambut kacang!!!

Hish....monyet sungguh!!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle, ni kat BALIKAN
kuil atas tu selalu ada urang shoot ole2 dari bali. Pamos temnpat ni. TOPI tu uncle dapat balik tak? Hehehe adik MON pun dah pandai gurau2 ngan uncle erk.....

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
Uluwatu...
suami akak dah sampai sini..
dan akak belumlah pernah jejak kaki ke Bali...
terima kaseh berkongsi info mengenai Bali. seronok akak membacanya seolah2 akak pun dah sampai kemari...

taj berkata...

Salam Uncle....


hahahahaha wakakakaka ngeh ngeh ngeh....[tersengih sama ni]

memang funny pun...kena sergah...tular duk niat nk sergah dia...:))

Uncle berkata...

Salam Taj..
kalau dia mintak duit, mesti uncle bagi kat dia...tapi topi tu dia tak mintak langsung...main tarik lepas tu lari...

azieazah berkata...

Tukaq peribahasa la Uncle.

Orang sombong selalu rugi. Hahahahaha

takkan asik funny jer manjang. Akhirnya terkedu sendiri. alahai.

Nak ligan pun, tenaga dah tak kuat cam dulu. hehehehe

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Memang tepat sekali semua yang dikatakan. Memang nak hambat dah tak larat....hahahahahaha maklumlah baru 34!!!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...