Khamis, Mac 31, 2011

Warsi

Aku berjalan dari jalan hanuman, pusing monkey forest dan sampai kat padang bola. Tempat tu menarik dengan kedai-kedai branded goods yang sangat menarik perhatian walaupun harganya lebih kurang dengan kita. Tergoda aku nak duduk kat situ. Aku toleh kiri dan toleh kanan, lintas jalan sikit, ada kedai baju Polo Ralph Lauren....alamak...lawanya...baju dia sama macam kat KLCC RM450 after conversion. Sebelah kanan pulak ada kedai CROCS. Aku masuk jugak. Dulu aku kata aku nak beli kat sini sebab kononnya murah...Tapi ternyata aku silap...harga dia RP700,000 which is equivalent to RM250. Sama jugak dengan tempat kita di Pavillion. Opposite the road ada Shisha Bar, Jazz Bar, Buddha Bar dan banyak lagi tempat-tempat menarik tidak termasuk tempat-tempat pertunjukkan acara tarian tradisional dan 5 minit berjalan dari istana raja ubud. Kepala otak aku dah berkira-kira nak duduk kat situ pulak dah. Congak pi congak mai, aku masuk sat pi tengok rumah tu. Alamak...cun jugak ni...boleh lah kalau nak pi tengok.

Aku jumpa tokay dia. Nama Pak Rai. Sembang-sembang dan kelentong sikit Pak Rai, Pak Rai cakap line clear...dan tanya bila aku nak usung beg-beg aku dan duduk tempat dia pulak? Aku cakap, kasilah aku chance nak kelentong rumah lama dulu....sebelum 7pm aku janji aku akan pacak kat depan reception dia. Aku isi borang apa-apa yang patut, nomor passporr lah...international driving license lah...aik? lesen pun ambik jugak? Rupa-rupanya Pak Rai ni sorang-sorangnya kat sini yang buat lagu tu sebab boleh katakan setiap kami ni ada motor samada yang dibeli ataupun dipinjam dan diletakkan di perkarangan rumah Pak Rai. Jadi dia nak semuanya selamat. Pasal dia buat lagu tu, jadi, aku pun rasa selamat..selain daripada situ, di switzerland jugak buat perkara yang serupa dan satu lagi kat suisse, setiap malam registration tetamu di hotel dan nombor kereta atau motor akan diambil oleh polis pelancong yang datang ke hotel setiap tengah malam. List punyalah panjang dan aku kena prepare sebelum pukul 12 sebab dia datang collect pukul 12.30 after midnight.

(ni kat depan rumah baru aku...amacam...klasik kan?)

Aku balik rumah, pack barang, bagitahu kat tuan rumah mulut becok yang buat nasi goreng aku campur semut 3 ekor tu yang aku nak check out. Dia prepare bill kat aku, aku bayar bill dia, staff aku dah tunggu dengan kereta nak bawak aku keluar dari situ dan check in tempat lain pulak...horey! Sebenarnya tak lah jauh pun rumah baru ni dari rumah lama. Tapi sekali ni rumah aku memang mengadap bendang. Tu yang aku ambik gambar pakcik tu masa dia dok tanam padi pagi tadi! Dia pun terkejut tengok aku ambik gambar dia..bila sengih kat aku, gigi dia rongak....cute lah pakcik!

(balcony yang sangat luas untuk aku melepak hampir 2 jam setiap pagi baca buku dan breakfast sebelum pi kerja....heaven!)

Pagi ni aku hantar laundry kat Pak Rai dan aku pesan nasi goreng untuk breakfast. Aku nampak isteri Pak Rai dah siap duduk kat dapur tunggu guest order. Depa prepare satu-satu dan bukannya semua serentak. Sebelah kanan rumah aku ada pasangan lelaki Thai dan istrinya dari Holland manakala kat sebelah kiri aku pulak lelaki amerika dan istri indonesia. Atas aku pulak ada sekeluarga jepun 3 beranak. Rumah di Warsi ni tak banyak. Cuma ada 8 unit tapi antara yuliati, ayu dan yang ini, aku rasa yang inilah yang terbaik untuk aku dan lokasinya yang sangat strategik sekali. I like this place very much. In fact aku kat Warsi ni pun dah seminggu dah....

(anti nyamuk bakar?)

Malam-malam lepas kerja, aku akan duduk melepak dengan partner aku kat balcony sambil sembang-sembang tak tentu hala. Merepet sana merepet sini sampailah pukul 11 malam sebelum kami bid farewell dan masuk bilik masing-masing. Aku masuk bilik dan tengok 1 movie. Jam 1, slamat.....hahahahahah

(alamak....ni sapa yang rambut tiba-tiba hitam ni?)

Minggu ni aku ada plan nak pergi ke tempat lain pulak. Thinking of renting a car and drive to Uluwatu. Saja nak tengok tempat tu yang katanya ada temple kat laut....aduuuuhhh assiiiikkkk.....

13 ulasan:

norh berkata...

awat rasa dengki tiba-tiba tak tau!... :P

Uncle berkata...

Salam Norh.
Dengki pi lah...tak pa aihh.....dengki takpa....jangan denggi...buleh mati tu! Hahahahahahah

Kakzakie berkata...

Bestnya uncle....

Kakak membayangkan apa yg uncle ceritakan. Terasa sepoi-sepoi angin menerobosi tiap ruang.

psssst.... tak rindu auntie ke? asyik kat sana je....

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
memang semua menerobosi tiap ruang...sejuk rasa. Pasal aunty pulak, memang lah rindu. tapi ini kerja dan aunty pun dah biasa macam tu. Begitu jugak saya..orang peranchis kata c'est la vie....maksudnya, that's life!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

waaaaa pindah rumah lagiii
tapi yg mahal tu rambut laaaa kembali hitam,

tq :nal

Uncle berkata...

Salam to you Nal.
Apakhabar? Nal selalu menulis comment disini dan Uncle rasa yang kita pernah jumpa dulu tapi Uncle tak ingat kat mana...sorry Nal...family apakhabar? Sihat? Kirim salam kat orang sekeliling!!!! Hahahahahahahah, kalau orang.....

Tanpa Nama berkata...

salam uncle....

nk pjm gambar ubat nyamuk 2 ble...nk letak kat fb...hehehh comey....hehehe..


-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia...

go ahead!!!!! Tak mahal...

mr. sepet.. berkata...

tobat dengki jgk.. huhhh..

Uncle berkata...

Salam Mr Sepet.

dengki itu indah......................

azieazah berkata...

Kepala penyamun memang jaga kepala dulu. hehehehehe

pic bendang tu sungguh nostalgia.

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Baru nama Kepala Penyamun! hahahahah

Blogger berkata...

With Car Rental 8 you can get affordable car hires at over 50,000 locations globally.

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...