Salam semua. Dibawah adalah petikan daripada keratan artikel tentang salah satu daripada projek-projek yang sedang dijalankan. Banyak lagi yang akan menyusul. Tunggu saja pengumumannya nanti samada di blog ini ataupun di akhbar2 tempatan serta luar negara....hahahahahahahah (gelak orang kaya yang sombong dan lupa diri!!!)
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Banglo berkembar, Jeumpa d'Ramo yang terletak di Bangsar di sini, kini membuka pintunya kepada pelancong-pelancong tempatan dan asing untuk menikmati konsep penginapan eksklusif ala Aceh.
Jeumpa d'Ramo menyediakan 18 buah bilik dengan tiga pilihan iaitu standard, deluxe dan suite selain kemudahan lain seperti kolam renang, dapur, bilik mesyuarat dan ruang majlis yang luas.
Pengurusnya, Shahrir Ali berkata, Jeumpa d'Ramo sesuai sekali untuk pelanggan menganjurkan majlis keraian dalam kelompok kecil seperti majlis pertunangan, perkahwinan dan majlis persendirian.
Katanya, Jeumpa d'Ramo unik kerana ia menawarkan kepada tetamu yang hadir suasana seperti berada di rumah sendiri selain berpeluang menikmati dekorasi Aceh yang jarang-jarang dijumpai.
"Banglo ini mampu menampung sehingga 300 orang tetamu pada satu-satu masa dan antara artis tempatan yang pernah mengadakan majlis di sini adalah Elyana dan Siti Sarah.
"Lokasi Jeumpa d'Ramo sangat strategik di tengah-tengah Bangsar menjadikan hotel mini ini sebagai pilihan tetamu yang mahukan suasana penginapan yang bebas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Shahrir berkata, kemudahan yang disediakan di Jeumpa d'Ramo setaraf dengan hotel empat bintang tetapi harga yang ditawarkan jauh lebih murah.
Katanya, antara keunikan menginap di Jeumpa d'Ramo adalah tetamu boleh bersantai di ruang tamu, perpustakaan mini, di laman mini dan memasak sendiri di ruang dapur yang disediakan.
"Kebanyakan tetamu yang datang secara berkumpulan amat gemar dengan konsep yang kami tawarkan kerana lebih bebas berbanding hotel.
"Reka bentuk dan peralatan di Jeumpa d'Ramo juga sangat cantik dan sesuai pasangan mempelai bergambar di setiap sudut rumah terutamanya di bahagian tangga utama,'' jelasnya.
Mereka yang berminat untuk menginap di Jeumpa d'Ramo boleh menghubungi talian 03-20944522 untuk tempahan.
26 ulasan:
Tahniah.
Ada potongan harga untuk kenalan ke? (Inilah mentaliti orang Melayu, kan? bukan nak bagi sokongan pada perniagaan kawan2, asyik fikirkan diskaun je!) ;-)
sakan eh depa la ni.. alhamdulillah..
salam uncle
nanti saya datang dan menginap kat sana ya hehehe
tapi dalam bulan nov je saya ada balik kl hehehe
salam uncle,
ader la terbaca tajuk berita tu tadi, teringat dah pernah baca kat internet pasal konsep nih, lupa pulak terbaca dlm blog uncle... nanti tengok balik sbb sepintas lalu ader nampak gambar 2 org depan banglo tu...uncle la tu kot...hehhee
Wah... kakak pulak yg rasa gah sebab macam kenal kononnya. Kalau kakak stay dapat diskaun tak? Seronok juga bila ada anak bangsa berjaya macam ini kan...:)
Salam Kakcik.
La....saya baru ingat nak charge extra pasal kawan-kawan.....hahahahahah!
Mailah tengok tempat...kot2 nak buat menikah ka, kenduri kendara ka....memang sheshuai sangat2!
Salam Mr. Sepet.
Biasa-biasa ja......."find food@cari makan!"
Salam Rezeki.
Please let me know bila nak datang. Location is really excellent.....bilik macam kat hotel!
Salam Ma Yusuf.
Mungkin pelanduk 2 serupa kot!!!! Hahahahahaha.....and yes so far, sambutan memang terhangat dipasaran! Setiap minggu ada function
Salam Kakzakie.
Kalau orang lain boleh buat mengapa kita tidak? KITA BOLEH!!!
Owhh uncle kat situ ek? Last month kawan saya ada menginap di situ...anyway kalau nak promote food..roger2 lah lady gaga..eh bukan itu kakak tiri saya, roger saya aa...hari ni datang floristika tak?
kena korek tabung la, nak pi menginap kat hotel uncle.. :)
Salam Lady Windsor.
Sapa nama kawan LW? Mungkin saya terserempak dengan dia hari tu....Floristika tak jadi hari ni sebab ada hal penting kat putrajaya.....
Salam Norh.
Eh jangan la sampai korek tabung...korek telinga sudah lah!!!!
Alamak.....
Salam Uncle,
Wowwww kena melawat tempat ni tapi insyallah tahun 2013 lah:)
All the best Uncle!
salam,,,pak cik
waaaaa, memeaaaannnng hebat,
dah keluar surat habaqqq,,,esok lusa keluar astro pulakkkkk,,,,,
hehehehe...
tq" pk
Salam NR.
You are most welcome to visit....Don't wait till the next Visit Malaysia Year!!!
Salam PK.
Biasalah Pakcik ni....(gelak gaya sombong lagi bongkak dengan tangan dok sapu2 perut!)
wah, sampai 300 org sekali masuk...
besar tu!
Saya nak tinggal kat hotel ni dan nak order kari tanpa santan blh Uncle masak?
Salam Mama Noriz.
Tak lah besar sangat. 300 tu "turn over".....orang masuk keluar...boleh lah...hahahahahah!
Salam Deen setia.
Yang tu kena "pre-order..." mahai tuh.....hahahahah!
Salam Uncle..
slmt hari raya...
wah....best best la uncle....
suatu hari taj pun mau menginap disini...saje saje nk santaikan diri..hehehe
Salam Taj.
Lama tak dengar cerita. Yes kindly come over. Kalau tak menginap pun datang lepak2 sambil ngopi pun ok jugak. Tak ada masalah! Let me know!!
okeh uncle saya nak p menge'teh' lah sana jumpa uncle bleh? hihi...tak pun uncle mai menge'teh' kat jalan riong...
Salam LW.
That's a brilliant idea! Let's do it next week! I don't mind visiting you and the rest there...tapi kalau LW nak datang sini pun apa salahnya!!!!! Boleh pasang lagu raya....sempat lagi kan....hahahahahah!
Catat Ulasan