Sabtu, Oktober 15, 2011

Vienna Boys Choir!

Marina dan Joel the Spiderboy pagi tadi! Pak Joel ada kat tepi...hahahahah...

Aku salah tengok kat website. Aku ingatkan tiket Choir tu mula dijual pada 23 Oktober...rupa-rupanya tiket dah mula jual pada 23 September! Aunty talipon aku bagitahu yang aku salah tengok...aku pun mula kalut talipon merata-rata. Last sekali aku talipon ke Rock Music Ampang Point dan bercakap dengan sorang gadis manis bernama Alween untuk bertanyakan perihal tiket. Alween kata tiket dah nak habis pasal aku tanya tiket paling murah! Hahahahahah. Aku habag kat Alween suruh simpan kat aku 2, nanti petang aku beli dan bayar. Dia kata tak boleh. Aku talipon aunty suruh celapak pi sana lepas kerja....Lepas 2-3 jam, dia talipon kata dah beli....Ho Yeay! La ni aunty dok tanya aku bila nak bayar balik rega tiket.........addoooiii....

Our Vienna Choir ticket....yabedabedoo!

Aku tak tipu aiihhh....tu aunty dok pegang tiket tu! Seat no 44 dengan 45..."Jumpa Anda Disana...". Sekali lagi group ni akan bermastautin di hotel lama aku yakni renaissance kl pasal depa dari austria dan gm situ pun dari austria jugak! Orang kampung kalau mai nak duduk tang mana kalau tak duduk rumah "penghulu!". Masa aku kerja kat sana selama 10 tahun dulupun banyak group-group dari luar negara yang duduk disana. Makanya show depa kat istana budaya, aku dapat tiket discount......bayar tetap bayar okei! Ada jugak aku cerita dulu yang celebrity pun pernah duduk sana dan aku pernah menjaga Sean Connery dan sorang lagi star  yang berlakon sama dia tapi la ni aku tiba-tiba lupa nama dia! Haru sunggoh! Oh yes...Catherine Zeta Jones! Nama melayu dia Khadijah Zain bt Joned!!!! Melayu rupanya budak pompuan nih!! Hahahahahah.....

Marina dan Sarah di IKEA..

Malam tadi aku balik sekitar pukul 8 malam dan aku janji kat Marina nak bawak dia ke IKEA sebab dia nak pi tempat mainan kanak-kanak kat bawah tu. Mati-mati aku ingat dapat balik ngam-ngam tapi tiba-tiba guest aku talipon kata nak jumpa. Sorang Australian, Sorang Malaysian dan 2 orang lagi dari Jakarta. Aku tunggu dan kami bersembang sakan. Aku keluar rumah dan sangkut jammed kat Flamingo. 45 minutes nak terlepas dari Ruz Aladdin ke Flamingo. Aku sampai IKEA pukul 9 malam. Play room tu pun dah nak tutup. Makcik yang jaga tu dok menguap hauuuu....hauuuuu....muka marina dah senget. Tapi sebenarnya aku dah plan dengan kawan aku Robbie dan isteri dia Lya. Depa bawak anak pompuan depa yang namanya Sara. Marina dan Sara memang kawan baik. Bila marina yang muka senget tadi nampak muka Sara, senget jadi straight dan masam jadi senyum. Keputusannya, depa sama-sama tinggalkan makanan dan terus pi main kat tempat makan diatas tu! Last-last Pak Marina yang kononnya nak diet tu lah jugak yang di pakkkksa perabih makanan dia....ustad pesan masa darjah 3 dulu, jangan bazirkan makanan! Hahahahahah....wink...wink...

Yummylicious super-duper..
Cuma orang yang tak waras saja yang tengok makanan-makanan ni semua dengan perasaan "flat dan tak ghairah!". Bagi jejaka waras macam aku, a small bite will do........after 13 small bites, sekeping tu pun habis.....
Wowlicious and melt in the mouth..
Ingatkan nak beli frame gambar yang kaler putih tu sebab aku nak letakkan gambar-gambar bunga yang aku ambik pun dah banyak. Tapi pasal masa pun dah agak suntuk (fyi: friday depa tutup pukul 11 malam), aku terus ke tempat makan saja ditingkat atas.  Maybe next time......

my family and robbie's family di IKEA last night....
All in all, it was a fun gathering for 2 families. Bagi anak-anak main, kami mak-pak ni semua cuma ngopi, ngekek@ngecake, ngeteh sajalah....the kids had a fabulous time! Have an excellent and productive weekend people! Don't forget to watch clash of titans between all blacks vs wallabies on sunday at 4pm channel 816! The winner will meet France in the final RWC 2011. Pssst.....hoping for all blacks to trash the opponent tomorrow....it's about time guys....

14 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Hah Sean connery? Kalau berlakon mesti vogue habesss! Uncle kalau lagi sekali jumpa dia, kim salam eh...hehe!

Uncle berkata...

Salam LW.
Itu masa depa shooting "Entrapment". Insyallah kalau jumpa esok kat kedai nasi lemak, uncle kirim salam kat dia!

Lady Windsor berkata...

Aaa...tak nak! Kalau yg kat kedai nasi lemak tu bukan dia..yg itu huSein Kenari...x mau ahhh!

Uncle, choir Vienna tu best eh? Kalau best I pun nak cari ticket jugalah...

Nek Rock berkata...

Lalalalala *wink wink* kat Uncle and a happy weekend to all!

Uncle berkata...

Salam LW.
Ni semua budak2 macam dalam cerita "Sound of Music" tu....Memang terbaeekkk, jeneh dengaq dan naik bulu roma.....pi lah...pi lah....Uncle tunggu kat tepi bilik ayaq nanti....Dah lama sesangat teringin nak tgk budak2 tu....

Uncle berkata...

Salam NR.
wink3X to you too! Hahahahahahah...tapi jgn wink2X banyak sangat pasal nanti orang kata sakit mata pulak!

rezeki berkata...

salam uncle

kami dapat invitation utk show tu dari bmw white card members, diskaun Rm 100 je utk VVIP hehehe

rm500 per pair

patut members rm50 je hahaha

azieazah berkata...

Bestnya melepak gitu.

Yeahhh orang dalam rumah ni pun dah riuh nak tengok raqbi tu..

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Great...Uncle beli tiket on the 4th.....Uncle punya Charley Davidson ada offer jugak tiket lagu tu....tapi bawak kerusi sendiri duduk kat luaq....hahahahahah!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.....
Ni saya dok depan tv la ni....

rezeki berkata...

tak pi la , nanti gotah takda sapa motong haha

opssss our team go to final and become a champion RWC 2011

game tadi byk yang berdarah sana sini, tapi dua2 team mmg bagus main

sepatutnya depa jumpa kat final

NZ-France anticlimax

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang NZ-France anticlimax....it should be Wales vs NZ!!!! Adddoooiiii.....Wales will be the next team to watch pasal semua masih boleh main during the next RWC 2015!!

Yours truly berkata...

salam uncle

hissh terliur tengok daim cake tu..setiap kali p ikea, asyik habis jek..huhuhu..

Uncle berkata...

Salam YT.
Yesss3X it's called DAIM! Uncle sebenarnya nak letakkan DAMNED tapi takut salah pulak!!! Dan ternyata Uncle salah!! Hahahahahah

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...