Isnin, Februari 20, 2012

Family outing

My Fair Ladies!

Malam sabtu yang lepas, kami bercadang nak ke KLCC sebab lama dah tak kesana selain daripada abang pun ada selepas 2 minggu tak balik ke rumah kerana minggu orientasi di asrama. Lepas makan malam di rumah, kami bersiap dan jam 8 malam terus kesana melalui Ampang Elevated Highway. Cuma 10 minit dari rumah! Aku bertujuan nak ke UNIQLO. Aunty nak ke Banana Republic dan anak-anak nak ke kedai ADIDAS yang baru dibukak. Jadi permintaan semua dituruti. Aku sukakan UNIQLO kerana selain daripada harga yang berpatutan, fashion juga boleh dikatakan not bad. Sebenarnya aku ni memang peminat setia UNIQLO semenjak tahun 1992 lagi sewaktu aku di Jepun dulu. Banyak jugak baju-baju UNIQLO aku yang masih aku simpan rapi walaupun kebanyakkannya agak sendat disebabkan "muscle" aku yang semakin terbina...Kalau di Jepun, lokasinya adalah sangat strategic. Selalunya dia akan berada di Stesen-stesen keretapi penting. Jadi aku tak perlu berjalan jauh. Semuanya dalam short walking distance. Manakala semasa aku kat geneva dulu, favourite place untuk aku dan aunty ialah di H&M! Alamak.....kalau lah H&M tu ada kat KL ni.....pergh.....mahu setiap minggu aku window shopping kat situ! Hahahahahahah....window shopping sajalah! Aku suka kat H&M ni dulu pasal pakaian dia bertukar mengikut musim. Kaler dia...mak aiii....syahdu habis! Harga dia not so bad! Kalau makan maggi setiap hari selama sebulan, pagi, tengahari dan malam....aku rasa mampu lah aku kalau nak beli "snow cap" untuk aku pakai masa musim sejuk. Tapi aku tengok budak-budak sini dok pakai sambil jalan kot tengah rembang dengan matahari panaih lit...lit.....berminyak muka depa sambil dok lintas jalan kat bukit bintang dan jalan tuanku abdul rahman....amboih kuat sungguh budak-budak kita!

Marina pakai gelang Brickfields!

Puas kami di UNIQLO, kami masuk ke SWATCH pulak. Yuya berkenan dengan satu jam yang kaler dia HIJAU tua! Fuyooo...hijau tua tuh! Aku kata pasai apa nak kaler hijau tua? Abang kata hijau tua tu kaler yang tengah "in" la ni.....aku guling kepala dan cakap jangan merepek.....Belum habis aku guling kepala kali ke 17, ada sorang budak jantan masuk pakai seluar pendek kaler hijau.....kawan dia sorang lagi pakai seluar kaler kunin ang-ang! Aku kalah.......Yuya senyum meleret kat aku! Grrrrrr.....

Rambut dah cat..

Lepas SWATCH, kami cilok masuk ke GAP pulak. Aku suka jacket kat GAP ni especially yang PARKA tu...aku ada satu...heheheheheheh.....aunty beli masa birthday aku 4 tahun sudah! La ni aku dok pakai pi-balik...pi-balik....naik moto cabok aku! Kelas....rasa macam orang kaya-kaya naik Harley Davidson! Belek sana dan belek sini, kali ni tak ada apa yang aku berkenan.....errr...actually aku tak dak duit pon...hahahahahah.....Dari GAP, kami terus ke BANANA REPUBLIC. Dulu aku ingat BR (bukan aiskerim baskin robbins yea adik-adik!) ni buat kat HK.....aunty jelin siappp...siappp kat aku sambil cakap "US lah...." amboih...sebijik macam mami jarromm! Hahahahahah...aunty sudak nampak satu baju pompuan. Dia kata blouse...aku kata baju.....dia berkenan yang tu. Kaler pink! Fuyoo.....Zup-zap...zup-zap....size 0 takdak kat KLCC yang tu cuma ada kat Gardens. Jay tolong buat booking kat BR di Gardens dan aku kata esok aku ke sana ambik baju@blouse tu....The next day aku ke Gardens dan instead of ambik baju@blouse, aku dah ambikkan "dress" pulak! Omakkk aiiii....since dress ni lagi panjang dari baju@blouse tu tadi, jadi harga dia pun panjanglah sikit dari biasa! Nanti bila kami keluar dan pakai baju tu (aunty lah yang pakai!) aku masukkan kat dalam entry ni. Aunty tidoq malam tadi mata pejam elok...aku pulak tidoq malam tadi dengan mata celik terbeliak!

Rambut belum cat..hahahah..

Dulu ada anak sepupu aunty dari Yamagata Jepun datang ke KL dan kami bawak pusin satu KL sampai ke Kuala Gandah tengok gajah. Kali ni depa mai lagi sebab depa nak lari dari musim sejuk kat Yamagata. Tahun ni macam jugak tahun-tahun yang lalu, salji di kampung depa naik sampai 3 meter! Pasai tu lah bila tiba musim sejuk, depa tak pernah pasang peti ais.....semua ikan dan daging serta ayam, depa jolok masuk kat dalam ais yang setinggi bumbung kat belakang rumah depa! Jimat letrik selama 3 bulan! Hahahahahah...Kali ni bila depa sampai, aku ambik depa dari Royal Chulan Hotel dan bawak makan kat Kampong Baru. Parking punyalah payah...mahu tak mahu aku kena masuk ke "car wash!" Kalau nak pusin cari parking mahu sampai penin kami dalam kereta nanti! Gambar kat atas tu adalah muka-muka 2 orang jepun yang kekenyangan lepas makan ikan pari bakar!

The next day tu aku ingat nak bawak depa makan malam kat Pak Ya Chinese Muslim Restaurant tapi Pak Ya tutup kedai pulak! Ishh...Pak Ya ni....Tapi elok jugak tak kesana sebab Ryosule demam teruk malam tu dan aunty bawak dia pi klinik. The next day tu demam dah kebah dan depa pun balik ke Yamagata naik AIRASIA!

3 beradik!

Oh ya...gambar 3 adik-beradik yang masih muda belia kat atas tu aunty ambik kat kedai aiskerim New Zealang di KLCC. Marina suka aiskerim tu sedangkan aku prefer SWENSENS sebab aku pernah kerja kedai SWENSENS di Damansara Jaya dulu.....nostalgia sikit...hahahahahah...Yang paling kiri baju biru tu nampak paling muda dalam ramai-ramai...rambut pun hitam lagi......dia senyum pun depa kata macam Brad Pitt...hahahahahah....AWANG jangan jelez na.....Have a nice and productive day people!

12 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

hahahaha..
3 beradik yer???
hahahahah...
Memang nampak 3 beradik...

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

Lawak la Uncle ni, ehmm.. ade ke baju untuk Uncle kat Uniqlo tu..., maklumlah dah petang kalau tak senja... Maaflah yea, gurau jer.

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle,
Sat sat, nak gelak jap....mwahahahaha....tapi memang betui macam tiga beradik! Bagus...jiwa muda..auntie n marina pun sama cam kakak sulung dan adik bongsu..mesti best kan outing satu family. Btw Yuya memang trendy sbb hijau pekat memang tengah in sekarang...ala-ala military kaler gitewww.

Uncle tolong tanya auntie tu beghapa dia nak charge kalau saya nak belajar buat wagashi dgn dia...siyes!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

tiba2 saya rasa muda belia.....kalau umur meningkat pon saya nak "gracefully aged!" hahahahahahah...ada ka perkataan tu?

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.

Memang ada banyak kalau kita sentiasa ceria dan berjiwa muda belia macam Uncle....I am a proud 44 year old father of 3 dan Uncle suka dengan pesyen....as long as comfortable, Uncle akan pakai....tua atau muda is very subjective! I have another 20 good years in me (untuk kerja) therefore my mind, body and soul have to be fresh....hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam LW.
rendy ka? Uncle rasa 20 years down the road Yuya akan gelak gulin-gulin bila tengok dia pakai kaler hijau! Hahahahahahahah....

Nak belajaq buat WAGASHI? Apa menatang tu? Nama pokok ka?
Oooo hijau tu t

suhaimi radin berkata...

From: suhaimi md
To: shahrir_a29


Assalamu'alaikum,

1 Saya gunakan bahan tuan utk motivate my students. . . . . .

2 Tahniah

3 Setelah saya fwd kpd blogger ini . . . . .dia respon. . . . .


Forwarded message ----------
From: azieazah azie <azieazah_07
Date: Tue, Feb 21, 2012 at 6:59 AM
Subject: Re: MOTIVASI
To: suhaimi md
Salam,

thanks berkongsi info. I sendiri sentiasa baca blog Uncle Shahrir ni.
Sempoi tapi sentiasa ada nilai dan bermotivasi.

I sendiri pernah jumpa dia masa dia masih Manager di Langkawi dulu. Dengar
sendiri cerita dari mulut dia, memang kagum. Seorang anak kampung yang dia
mengaku tidak sekolah tinggi, tetapi dia berjaya dalam kelasnya yang
tersendiri. Dia bukan jutawan atau hartawan, tapi dia kaya pengalaman dan
semangat juang yang hebat!

Uncle berkata...

Salam Suhaimi Radin.

1.First and foremost saya nak ucapkan terimakasih from the bottom of my heart kerana Suhaimi ada membaca cerita-cerita merepek saya yang ala-ala 1001 malam ni....hahahahah.....
2. Guna pakailah cerita2 Uncle ni dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita ataupun adik-adik kita diluar sana.
3. Uncle pernah ke institusi2 pengajian untuk memberi ceramah motivasi kepada adik-adik yang nak graduate.
4. Jika tenaga Uncle diperlukan, bagitahulah...setkan date dan time, insyAllah Uncle akan sampai untuk memberi motivasi cara Uncle pada adik-adik kita!
5. Uncle pernah berjumpa Azie di Langkawi dulu dan banyak yang kami cerita....blognya pun Uncle ikut!
6. Email address Uncle ialah ali.shahrir@gmail.com dan jangan pakai hotmail sebab dah tak aktif. Kalau Uncle tak jawab disebabkan oleh Hotmail tu, Uncle mohon maaf!
7. All the best to you in motivating the kids! They are our future. Treat them well and they will treat the rest well!

Lady Windsor berkata...

Salam uncle..
aikk...cer tanya auntie...dia mesti tau wagashi..haha..

Uncle berkata...

Salam LW.
Nanti Uncle tanya....bunyi macam sushi...hahahahahah

rezeki berkata...

salam pagi jumaat uncle

lama kita tak jumpa dan outing pekena teh tarik hehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Apa salahnya...let me know if you are in KL! Kita pi kena kat Anak Mami pulak! Hahahahah...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...