Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, Januari 20, 2013
Yuya
Anak nombor 2 aku yang sekarang ni darjah 6 nama dia Kamal Ariffin Yuya. Kami panggil YUYA dan nama tu memang senang nak ingat! Ada sedikit nama campuran. Yuya ni sedikit "playful". Tapi kalau di monitor akan menghasilkan result yang sangat menakjubkan. Aku kata begitu bukan sebab dia anak aku. Tidak sama sekali. Dahulunya Yuya agak liat nak ke sekolah ugama yang jaraknya hanya 3 minit menunggang basikal. Banyak alasan yang diberikan. Homework tak buat. Ada jugak ponteng kadang-kala. Aku sibuk dan tak dapat mengikuti perkembangan Yuya selalu. Sedih.....Pelajaran disekolah tak berapa nak elok. Selalunya akan berada didalam lingkungan yang agak kebelakang. Lama aku berfikir. Meneliti buku-buku Yuya satu persatu....cuba mengingati apa-apa yang dah aku lupa. Alhamdulillah untuk pelajaran sekolah rendah, ingatan aku masih kuat lagi! Guru kelas Yuya cuba aku hubungi. Bertanya mengenai pelajaran Yuya dan aku dah dapat mengagak apa yang akan dijawab cikgu. Perlahan-lahan aku mengatur strategi. Pelajaran-pelajaran sekolah Yuya aku ikuti melalui internet yang aku google saban malam. Yang aku tak berapa paham aku cari dan cari sampailah aku paham. Tapi memandangkan aku yang mengajar malam-malam, Yuya agak lambat menangkap. Bila aku hubungi cikgu maths dia, cikgu maths offer untuk menunjukkan dan mengajar apa yang Yuya tak ingat. Aku usaha menghantar Yuya ke rumah cikgu sebanyak 2 kali dengan moto kesayangan aku, Shirley Davidson. Balik kerumah, YUYA kata dah paham. Aku ucapkan terimakasih kepada cikgu Wan Z.
Pelajaran disekolah ugama juga banyak tertinggal sebab latihan ko-ko disekolah selain daripada malas nak kesekolah ugama. Aku tension sendirian. Yang ini juga aku berusaha berjumpa guru-guru yang mengajar Yuya disekolah ugama. Depa explain kat aku apakah masalah Yuya. Bila balik ke rumah, aku melengung sendirian. Mencari idea bernas macamana aku nak positivekan Yuya. Perlahan-lahan aku bercakap dengan YUYA. Menceritakan betapa pentingnya pelajaran dan budak-budak lain semuanya berlumba-lumba. Aku buatkan jadual baru dan bgitahu Yuya yang aku akan personally monitor pelajaran dia. Yuya cemas!
Setiap malam dari jam 8 hingga ke 10 malam aku akan bersama-sama Yuya mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan dan sekolah ugama dah hampir tiba. Lagi dekat nak periksa, lagi banyak latihan aku bagi selain daripada kata-kata perangsang. Peperiksaan bermula dan aku nampak Yuya tekun mengulangkaji pelajaran mengikut jadual yang aku bagi. Setiap hari selepas habis peperiksaan, kami akan duduk berbual dan merangka apakah langkah seterusnya. Satu demi satu kertas peperiksaan dihabiskan. Setelah selesai peperiksaan akhir sekolah kebangsaan, peperiksaan sekolah ugama pula bermula. Sekali lagi aku lihat yang Yuya amat tekun kali ini.
Selesai sudah semua matapelajaran dan kini tibalah masa menunggu keputusan peperiksaan. Kali ini aku lihat Yuya agak resah menunggu keputusan dikeluarkan. Dia talipon kawan-kawan bertanyakan apakah agaknya yang mereka akan dapat nanti. Daris itu aku lihat Yuya telah mula menunjukkan minat. Susah hati menunggu keputusan merupakan satu petanda positive untuk aku. Setelah lama menunggu, aku diberitahu yang result akhir tahun dah pun keluar. Perlahan Yuya tunjukkan keputusan kat aku. Alhamdulillah tak ada yang merah! Aku lihat ada banyak peningkatan dalam setiap matapelajaran Yuya. Nombor didalam kelas juga telah melompat turun lebih kurang 20 anak tangga ke nombor 12! Selang beberapa hari, keputusan peperiksaan sekolah ugama pulak keluar. Yang ni aku tak berani nak cakap apa sebab memang subjek-subjek sekolah ugama, Yuya amat lemah. Tapi sebaliknya pulak telah berlaku. Yuya mendapat 6A dan 2B didalam peperiksaan sekolah ugama. Alhamdulillah syukur aku sekali lagi kepada Allah SWT.
Sebagai meraikan kejayaan kecil Yuya ini, aku tanya apa dia nak makan. Waktu aku balik dari kerja, Yuya cakap nak makan "steamboat" sebab dia tak pernah makan katanya. Kebetulan abang pun ada sama. Jadi malam tu kami semua ke restaurant steamboat di ampang. Depa pilih apa depa suka. Seronok aku tengok gelagat anak-anak. Kami semua berbangga dengan keputusan "kecil" Yuya ini. Ke dua-dua keputusan sekolah kebangsaan dan sekolah ugama Yuya, aku lekatkan di peti ais dirumah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
6 ulasan:
assalam uncle...alhamdulillah....mabruk alaik yuya..semoga terus success..
p/s:cite pasal yuya tapi gambar anak manja yg banyak..memang papa girl...hihihi......
Tahniah Yuya. Tahniah juga kepada bapanya yang sangat prihatin.
Tapiiii.... kenapa gambar Marina yang lebih banyak? :)
Salam ummi_khalish
Eh ye ke gambar Marina yang banyak? Tak perasan lah pulak! Hahhahahaha...
Kakcik Nur
Salam Kakcik...Adoi...you are the 2nd person mentioned about gambar Marina. Hahahahahaha.....Besides, alhamdulillah. Rasanya the point is, kita sebagai ibubapa haruslah menunjukkan minat kepada anak-anak. Barulah depa pun bertambah minat! Tak kiralah, pelajaran ka, sukan ka, apa-apa sajalah!
yuya tu bukan ke sebijik macam uncle? "malas²-nakal" but when it comes down to it, a brilliant person sebenarnya :D
Salam KOG.
Eh ye ke? Tak perasan pulak.....Mana KOG tahu ni? Hahahahahahaha....and the second part of your statement tu mungkin kena.....that reflects the DAD! Hahahahahahaha...
Catat Ulasan