Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Mac 08, 2012
Selasa, Februari 28, 2012
Lurah Bilut
SYAME berperisa oren....terlampau banyak coloring dan terlalu manis!
Kami sampai sedikit awal dari perlawanan. Tekak terasa haus maka kami terus ke gerai berdekatan. Btw, aku tak sangka yang untuk ke padang bola di Lurah Bilut tu kami terpaksa melalui simpang nak ke Fraser's Hill! Ohhh sini ka....baru aku tahu! Hahahahahahah...bijak geography sungguh aku! Minum di warung tu aku ternampak satu botol oren warna oren yang tertulis name SYAME. Aku cuba dan mintak sebotol. Alamak, manis nak mampus.....dan nampak sangat pewarna yang dipakai tu terlalu banyak sehingga menimbulkan rasa ragu-ragu aku pada SYAME. Good try though tapi lain kali kalau nak buat sesuatu, buatlah baik-baik. Falsafah Cheng Ho ni selalu aku pesan pada adik-adik termasuklah staff aku dimana-mana saja. Aku cakap kalau nak buat hotel 2 bintang tak jadi masalah.....tapi buatlah dan jadikanlah hotel 2 bintang tu yang terbaik didalam kategori 2 bintang. Malangnya dalam hal ini, especially business orang kita, depa ni selalunya ada duit tapi tidak mempunyai expertise. Jadi depa senang ditipu kiri dan kanan. Ini selalu berlaku didalam industri F&B. Selalu aku berpesan, nak bukak restaurant ni bukannya mudah. Depa tak percaya....depa kata depa ada duit dan depa kata orang nak makan 24 jam...ya lah aku tahu orang nak makan 24 jam tapi depa tak sedar yang business restaurant ni memerlukan depa berada di site 24 jam jugak! Cashier cilok duit dengan tak punch ke system ataupun depa ambik duit float, kemudian pi beli ayam 20 kilo, 2 kilo hantar balik rumah....satu lagi orang kita cepat gelap mata.....katalah kita pi sign contract dengan towkay ayam selama 12 bulan, towkay ayam akan hantar ke restaurant dan ke rumah, 2 ekor ayam 2 kali seminggu. Tuan punya restaurant tak tahu...Aku pun heran. Yang tu dah terang lagi bersuluh menyalahi etika kerja. Depa tak nampak yang ni semua. Manakala tuan punya restaurant dok seronok bagitahu orang rata yang dia ada restaurant. Dia tak tahu kat belakang dah "bocor". Last-last lepas 6 bulan, tutup! Tu lah yang berlaku selalu....jadi pada adik-adik yang nak buat business makan dan minum ni, berhati-hatilah...mai lah jumpa Uncle yang tak pandai ni. Uncle akan cerita dan ajar dengan percuma. Tak payah hantar ayam 2 kilo ke rumah Uncle! Hahahahahah...dak aiihhh, Uncle ikhlas nak membantu adik-adik yang nak buat business makanan dan minuman. Uncle akan guide dari mula....mai chek mai....bila dah berjaya, ucaplah terimakasih kalau jumpa Uncle...Uncle akan berbangga dengan kejayaan adik-adik semua!
Abang dok tunggu bola! |
Aku teringin nak tengok kejayaan abang dalam pelajaran dan bolasepak. Bukan aku tamak tapi dari segi bolasepak, aku nak dia lebih cemerlang dari aku yang setakat berbangga bila dapat main ragbi dan takraw untuk negeri ke MSSM atau kejohanan lain dulu. Takat tu saja kejayaan sukan aku. Terbantut sekerat jalan sebab sukan tak dilihat sebagai career pada waktu itu. Tapi la ni dah berbeza. Makanya, aku nak abang excel in both dan pelajaran akan menjadi sandaran bila bersara dari sukan nanti. Abang mempunyai bakat dan saiz. Tapi aku rasa masih ada kelonggaran didalam permainan abang. Agak kurang matang lagi. Nah, macamana aku nak "jual" abang ke kelab-kelab ternama? Pada readers yang dok baca entry ni mungkin dia akan tersenyum dan tergelak bilamana aku kata aku nak "jual" abang pada kelab-kelab ternama. Tapi itulah hakikatnya. Aku memang nak "jual" talent abang pada kelab-kelab luar. Being a sportsman is a career now. Aku ingat lagi dulu masa main untuk negeri, aku dapat RM5 duit makan. Tapi la ni gaji dah dekat RM100,000 sebulan. Tak mustahil dan SS dah membuktikannya. Cerita pasai SS ni, masa aku ke KULIM dulu, sepanjang jalan lebuhraya utara-selatan, ada billboard@papantanda iklan scooter SYM buatan Taiwan. Since SS yang jadi duta untuk scooter SYM ni, dia jadikan SYM tu sebagai = Safee Yang Menunggang! Aku gelak sorang-sorang diikuti oleh pemandu-pemandu lain di lebuhraya utara-selatan.....
|
Jumaat, Februari 24, 2012
Laura Fygi Live in KL
| With Sheila
Masa aku turun tangga lepas dapatkan signature tu, aku dengar ada orang panggil nama aku. "Shahrir...Shahrir....". Aku harapkan LF yang panggil tapi kali ni sora jantan! Aku cari dicelah-celah orang ramai tu dan aku terpandang sorang lelaki tinggi dan sorang pompuan tak tinggi dengan kaki terginjat-ginjat dok gamit sambil panggil nama aku. Aku kenal sangat dengan orang ni. Azri kawan aku yang sama-sama ke jepun dengan aku dulu kini bekerja dengan Petronas. Bila aku sampai kat dia, dia suruh aku tunggu pulak dan cakap ada someone special yang dia nak introduce kat aku. Tunggu punya tunggu, datanglah penyanyi "Sinaran" menyapa aku. Sheila pandang kat Azri dan cakap, "Oh...inilah Shahrir yang you bagitahu kat I tu....oh...inilah wife dia yang you cerita depa jumpa masa concert Zainal Abidin Konsert Hijau di Bunkamura, Tokyo tu...". "La ni baru I dapat jumpa you Shahrir..." Aku diam dok terkejut lagi....hahahahahahah...Sheila sambung..."nanti I ada buat konsert dengan Zainal dan akan panggil both of you as our special guest...you tunggu Shahrir!" Pergh........aku rasa pemezz sungguh aku malam tu.....sampai kat dalam toilet pun orang kenai aku....tambah lagi dengan Sheila pulak tu......pergh.....confirmed.....aku famous......hahahahahahah...have a nice and productice !@#$% weekend people!
|
Isnin, Februari 20, 2012
Family outing
![]() |
| Rambut dah cat..
Lepas SWATCH, kami cilok masuk ke GAP pulak. Aku suka jacket kat GAP ni especially yang PARKA tu...aku ada satu...heheheheheheh.....aunty beli masa birthday aku 4 tahun sudah! La ni aku dok pakai pi-balik...pi-balik....naik moto cabok aku! Kelas....rasa macam orang kaya-kaya naik Harley Davidson! Belek sana dan belek sini, kali ni tak ada apa yang aku berkenan.....errr...actually aku tak dak duit pon...hahahahahah.....Dari GAP, kami terus ke BANANA REPUBLIC. Dulu aku ingat BR (bukan aiskerim baskin robbins yea adik-adik!) ni buat kat HK.....aunty jelin siappp...siappp kat aku sambil cakap "US lah...." amboih...sebijik macam mami jarromm! Hahahahahah...aunty sudak nampak satu baju pompuan. Dia kata blouse...aku kata baju.....dia berkenan yang tu. Kaler pink! Fuyoo.....Zup-zap...zup-zap....size 0 takdak kat KLCC yang tu cuma ada kat Gardens. Jay tolong buat booking kat BR di Gardens dan aku kata esok aku ke sana ambik baju@blouse tu....The next day aku ke Gardens dan instead of ambik baju@blouse, aku dah ambikkan "dress" pulak! Omakkk aiiii....since dress ni lagi panjang dari baju@blouse tu tadi, jadi harga dia pun panjanglah sikit dari biasa! Nanti bila kami keluar dan pakai baju tu (aunty lah yang pakai!) aku masukkan kat dalam entry ni. Aunty tidoq malam tadi mata pejam elok...aku pulak tidoq malam tadi dengan mata celik terbeliak!
|
Rabu, Februari 15, 2012
Special tribute to Cikgu Gandhi
| Lepas ni cikgu gandhi naik angin...hahahahahah... |
Cikgu Gandhi merupakan seorang ibu tunggal yang juga merupakan pesakit cancer. Selain daripada menjadi seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak lama dahulu, beliau bertungkus lumus cuba membesarkan anak lelaki tunggal dengan sebaik mungkin. Siang dan malam Cikgu Gandi hanyalah diabdikan kepada melakukan kerja-kerja tuition dan menjaga anak lelaki yang kini sudahpun menjangkau umur 16 tahun. Itu semua diceritakan kepada kami. Beberapa bulan sekali Cikgu Gandhi akan menaiki bas untuk ke sebuah hospital untuk suntikan kimo. Apabila ini dilakukan, Cikgu Gandi akan menalipon kami untuk menangguhkan kelas ke hari lain kerana badan menjadi terlalu lemah katanya. Ini berlanjutan sehingga ke beberapa hari. Kami memahami sangat kesusahan dan kesukaran yang Cikgu Gandhi hadapi. Beliau bernasib baik kerana anak tunggalnya itu merupakan pelajar pintar. Anak tadi sedar akan kesukaran ibunya lalu bertindak mengikut Cikgu Gandhi kemana saja Cikgu Gandhi pergi mengajar. Selalu datang ke rumah aku dan dia sama-sama melakukan tugasan sekolah dimeja yang sama dan apabila keletihan akan berbaring disofa rumah aku. Terlelap disofa aku selepas melakukan homework menguatkan telahan aku bahawa anak tunggalnya ini akan berjaya suatu hari nanti. Aku juga berharap yang anak tunggalnya itu akan mampu membalas segala jasa baik ibunya dan terus menjaga sepertimana beliau dijaga.
Untuk datang kerumah aku, Cikgu Gandhi akan menaiki bas ataupun berjalan kaki sebanyak beberapa kilometer semata-mata untuk tidak membazir wang! Aku terguris rasa bila mengetahui perkara ini lalu bertindak menghantar Cikgu Gandhi pulang sampai kerumah setiap kali beliau selesai mengajar! Kalau aku tak berkesempatan, tugasan menghantar Cikgu Gandhi pulang akan digalas oleh aunty. Ini telah kami pesetujui dan lakukan hampir 2 tahun.
Dihujung minggu pula Cikgu Gandhi banyak menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja amal dengan mengajar anak-anak setempat yang tidak berkemampuan beberapa matapelajaran penting. Cikgu Gandhi sangat humble. Pernah aku diajak kerumahnya untuk sama-sama makan tengahari sempena Deepavali. Kami sekeluarga pergi kerumah Cikgu Gandhi untuk makan tengahari. Katanya kami special. Jadi waktu itu cuma kami sekeluarga saja yang ada disitu selain Cikgu Gandhi dan anak lelakinya melayan kami.
| Cikgu Gandhi yang sangat dedikasi.. |
Riak wajahnya sewaktu mengajar banyak menunjukkan ciri-ciri seorang ibu, guru dan mentor yang baik kepada anak-anak aku. Apakah cara untuk aku membantu Cikgu Gandhi selain daripada menyambung kelas-kelas tuition anak-anak aku daripada abang dua tahun dulu, menyambung ke Yuya kini dan Marina akan datang? Aku berharap agar sumbangan aku ini (dengan menyambung kelas-kelas tuition anak-anak aku) mampu meringankan sedikit-sebanyak bebanan Cikgu Gandi! Kepada Cikgu Gandhi, aku nak ucapkan selamat maju jaya, jaga kesihatan dan semoga masih mampu untuk membantu anak bangsa Malaysia yang memerlukan expertise seperti yang beliau ada. Anda merupakan seorang model terbaik bagi aku, seorang ibu yang cekal membesarkan anak.....serta seorang isteri yang setia dan tabah walaupun sudah kehilangan suami.....To Cikgu Gandhi, this is my way of paying respect to you!
Selasa, Februari 07, 2012
Warung Eropa
| Tulisan nama hijau itu ialah Pak Bakri....boss besar Safee Sali |
Kata Tania, Warungnya ini akan diperbesarkan lagi dengan tambahan tingkat atas sebagai ruang makan keluarga manakala dibawahnya akan dijadikan Piano Lounge. Aku terpegun dengan perancangan restonya dan aku juga sangat terpegun dengan villa-villa mewah miliknya. Aku dijemput menginap di salah sebuah villanya malam tadi tapi aku tak bersedia. Pakaian aku semuanya di Ubud. Villa yang dimaksudkan itu menepati citarasa aku apabila dibawa melawat disebelah siangnya. Swimming pool besar di depan villa dan bathroomnya yang besar serta tatarias kamar mandinya yang sedikit nakal menepati citarasa aku yang juga masih lagi sedikit nakal! (wink!).
| Tak akan terlepas pandang!
Kepada teman aku sejak dari tahun 1994 ini, Tania Arlene, aku tahu yang dia akan melangkah lebih jauh didalam bidang yang diceburinya dan aku juga tahu yang beliau akan lebih berjaya setelah mampu mengharungi fasa pertama didalam kareernya. Nah...kepada yang akan berkunjung ke Bali dan ingin merasakan kehebatan masakan rakan aku ini, sila hubungi :
Tania Arlene Warung Eropa Petitenget Street No 9D Kerobokan Bali email: warung.eropa@ymail.com
Besok insyAllah aku akan pulang ke KL........have a nice public holiday people!!!
|
Khamis, Februari 02, 2012
Little India
| Bought these in Brickfield. Yang dalam paket tu sedap...only at RM4.40 |
Dalam perjalanan pulang, aku masuk ke satu mini marrrket 2 tingkat yang ada kat situ. Kami suka tengok rempah. Lepas kami belek satu persatu, aku capai satu paket kurma sayoq yang ready to eat dan belikan marina gelang sepapan sampai ke lengan dan terus bayar. Pelan-pelan kami jalan keluar mencari moto yang aku park atas divider depan kedai DVD! Hahahahahahah....pelan-pelan aku bawak motor 30km/j. Kalau aku bawak sorang-sorang, aku bawak 70km/j tapi yang ni pasai aunty dok kat belakang, jadi kena bawak pelan-pelan la...lambat sikit sampai.....teringat macam 15-16 tahun sudah.....hahahahhahahahah!
| Ishhhyyy, sapa lah yang sebelah kanan tu!
Seperti yang aku dok cerita dulu. Aku bercita-cita besar hasil daripada membaca 2 buah buku, yakni "The Magic of Thinking Big" dan "How To Get To The Top!". Kedua-dua buku ni aku baca lebih daripada 24 tahun sudah. Waktu aku mula berjinak-jinak dengan bidang perhotelan. Alhamdulillah cita-cita aku tercapai dan kini aku sedang melalui fasa ke-2 hidup aku dengan cuba mencapai cita-cita baru aku. Aku nak buktikan yang bangsa kita, Malaysia mampu berjaya ke luar negara. Membawa jenama tempatan. Bawa kehalusan hospitaliti kita. Tak payah perlu jauh. Cukup kalau dapat dibawa jenama syarikat kami ke bali, myanmar dan lain-lain. Mana tahu tak lama lagi jenama kami juga mampu menembusi pasaran hospitality di london? Aku rasa tak mustahil...wink!@#.....doakan usaha aku dan lain-lain berjaya......
|
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Ini merupakan route saya pergi dan balik kerja setiap hari. Dah lama saya nak berhenti dan ambil gambar tetapi oleh kerana jalan aga...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
(aku nak buat macam nilah kat pintu bilik aku!) (terpacak dessert aku) (traditional fool@ful container) (cold cut biasa2 ja) (entrance aku) ...




