Selasa, April 21, 2009

Anak perempuan/creative

(hardi jaafar datang training sama abang)

(marina pun nak posing jugak)

Memang dari dulu aku dan Aunty nakkan anak perempuan. Yang mula-mula dulu lelaki. Kemudian nombor 2 pun lelaki. Alhamdulillah yang ketiga kami dapat anak perempuan. Aunty nak letak nama Marina. Aku kata alamak...."sabishii yo.." direct translation bermaksud sunyi. Maksudnya kalau pakai satu nama saja, alamak, sunyilah nama tu..sorry aku tak pandai nak cari ayat yang betul dalam bahasa malaysia untuk perkataan sabishii untuk ayat tu. Bunyi janggal je tapi kalau dalam bahasa Jepun tu depa fahamlah...atau tak pun, mmm...let me think. Huh, kalau letak satu nama, tak sedap pulak. So aku letakkan 2 nama. Aku masukkan Ayumi. Jadi, anak perempuan aku namanya Marina Ayumi. Hah, barulah tak sabishii lagi...Mata bulat, pipi bulat....

Aunty memang teringinkan anak perempuan sebab dia boleh buat baju budak-budak perempuan. Memang Aunty pun graduate dari fashion school kat sana. Jadi pattern-pattern baju budak-budak macam Osh-Kosh tu kata dia senang sangat nak buat! Ah pulak! Ada sekali tu kalau tak silap aku 4-5 tahun sudah Aunty ada buat baju budak perempuan dan aku ada tunjukkan kat kawan perempuan aku kat tempat kerja. Lepas dia tengok aje, dia cakap suruh bagi dia jual kat area Hulu Kelang tu. Aku pun bagilah...aku cakap aku tak nak untung. Asal balik modal beli kain dengan benang dah lah....dia kata ok beres...lepas seminggu aku tanya dia balik, dah jual ke belum? Dia jawab satu pun dia tak jual. Aku heran....dia cakap semua anak dia dah pakai! Heh3....So raya tahun tu anak-anak dia pun pakai lah baju yang Aunty buat.....

Aku actually dah plan dengan Aunty nak buat baju kanak-kanak perempuan. Memang cantik sebab ada banyak style. Cute habis....punyalah creative Aunty ni, seluar jeans aku dia potong dari pinggang sampai atas peha. Depan kan ada zip dan belakang pulak ada 2 poket belakang. Entah macamana dia buat tiba-tiba jadi beg jalan-jalan pulak! Beg tu lah yang Aunty pakai sampai sekarang sebab tunggu aku beli beg TODS tak beli-beli lagi. Then peha seluar aku pulak dia adjustkan balik dan buat baju yang macam tukang cat rumah tu! Hah...yang tu ikut pattern OSH KOSH. So anak-anak aku turun-temurunlah dapat pakai baju dari peha seluar jeans aku! Nanti kalau aku teringat, aku suruhkan Aunty hantar gambar beg jeans tu. Heh3...

19 ulasan:

VimmiYasmin berkata...

uncle

cepat cepat bukak kedai baju!!
saya suker sangat!!

sebab for Wardina susah sangat nak cari baju ...Waheeda pun sama.
Satu terGEMOK satu terKURUS !

saya suka baju budak dari kain cotton yg kembang kat depan tuh.

kalo dah on jgn lupa roger tau!!

kucingorengemok berkata...

pakai baju dari peha seluar ayah, boleh buat hilang rindu tu kot... heheh.

Wakana berkata...

Dalam gambar2 pun Marina pakai baju yg I buat. Red & white blouse dlm 1st photo, I buat dari long sleeve T-shirt I. Sleeve yg dipotong pun tak buang. Itu jadi seluar Marina pulak. Hehehe jimat betul :)

Unknown berkata...

jeans jadi bag???
hebat! :D

Uncle berkata...

Dear Vy.
Memang teringat nak bukak kedai baju budak perempuan. Label pakai nama Aunty atau family name dia. Senang dan sounds Japanese. Mungkin boleh jual kot....kalau tak pun kami gantung kat dalam rumah je lah sebab anak-anak masa tu dah besar!

Uncle berkata...

KOG. Macam tulah selalunya. Seluar Uncle buat seluar, baju Aunty pulak buat yang lain...hilang rindu? mmmmmmm perhaps!

Uncle berkata...

Wakana.
Thanks for reading. Don't finish off all my clothes...nanti balik KL dah takde baju dgn seluar naik Harley Davidson tu pergi pasar. Heh3...

Uncle berkata...

Akmal.
Oh yes...according to Aunty, most of the blouses yang Marina pakai datang dari our old clothes! Yang belum pakai, curtain dengan cushion cover!

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Got it and i'll pass to Wakana yours. InsyAllah she will contact you.

CM berkata...

Salam uncle..Bertuahya uncle dapat aunty yang pandai menjahit..jimat sungguh..

ms. legolas berkata...

sugoi des ne ,

tp kira uncle la yg banyak untung..kan3

I pun nk tempah utk my girls..tp utk pastikan cadar & langsir uncle tak terusik..I will provide the material since byk baju dari zaman kat jpn lg kat store tu..nk buang sayang..nk buat cam wakana san..tak pandai.sy minat buat benda2 creative ni tp bab baju mesti hasilnya tak selesa bila di pakai..nk kena wakana san jadi sensei baru pandai kut..
Cam ni saya cdgkan Wakana San buka kelas menjahit la..
best nye tak sabar nk belajar..

PINATBATE berkata...

hebat!creative..
saya terbayang jeans jadi bag tu sbb pernah nampak org buat dlm majalah..

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas.
Alhamdulillah. Memang jimat setakat ni tapi cuma Aunty je yang takde time nak buat.

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Nak buat jugak ke? Aunty punya kerja semua ni...dulu ada budak Lim Kok Wing Fashion School belajar kat dia sebab budak tu cakap kat LKW pun depa tak ajar as detail as her! Pun ada.....

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Ingat nanti bila nak pencen, uncle dgn aunty nak bukak kedai kecik jual baju je! Boleh bayar ansuran dgn minyak moto jadi lah...

siti tanjung berkata...

a`ah,suh aunty bukak butik la uncle..ley sy pi tempah bju raya sy dgn anak2 buah. mesti lawa, 'Kelas...'hehe

Uncle berkata...

InsyAllah bila Uncle pencen nanti! Heh3...

ms.legolas berkata...

di tempat keja sy ni, every friday ada kelab nona bg pekerja2 pempuan buat sesuatu isi masa rehat yg panjang dr kul 12.45 till 2.30 masa kaum lelaki p sembyg jumaat. So far we all ada belajar buat gelang dari manik,mejahit n so on tp blm pernah buat cam yg Wakana pandai tu.Kalau Wakana San available on that time,blh sy shokaikan kat pihak pengurusan utk jd sensei kita org.We all pun tgh cari sensei baru, since cikgu yg mgajar sebelum ni dah abis contract.Kalau tak silap sy upahnya 90RM/hour. but can negotiate i think base on service that u provide..

Uncle berkata...

Eh ada ka? RM90/hour? Ok tu...anyway, ada yang nak belajar kelas rugby tak? Boleh Uncle mengajar. Heh3.....Skill ada lagi ni...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...