Ahad, April 12, 2009

Dari Riyadh..

(aku dan Azral)

(aku dan kaabah)

(aku dan kaabah lagi)

Azral ialah seorang lagi blogger yang aku kenal melalui dunia siber ni. Sebelum ni aku tak pernah jumpa apalagi bersembang dengan Azral walaupun dia orang Labu dan aku pernah duduk di Seremban selama 5 tahun. Tak pernah jumpa kat padang KGV, tak pernah jumpa kat Wisma Punca Emas, tak pernah jumpa kat Terminal Bas apatah lagi kat jeram Ulu Seperi! Sungguh..aku tak tipu! Beberapa minggu yang lalu ada Azral bagitahu yang dia nak datang Mekah buat umrah dengan keluarga dan perlukan bilik. Jadi aku pun cuba dapatkan bilik untuk dia. Alhamdulillah semuanya ok walaupun bilik tu kecik sikit. Azral sampai agak lambat. Lepas Maghrib. Memang aku agak dah, sebab hari yang dia datang dah bertembung dengan weekend kat sini. Esok paginya masa aku tengah ronda-ronda, dia tegur dan introducekan keluarganya kat aku. Ada baby 3 bulan datang sama-sama. Cutenya....lepas tu kami sambung sembang kat Santos sambil minum teh. Banyak jugak yang kami cerita. Dan malam tadi kami sambung lagi sembang dan sembang dan sembang dan sembang.....so to Azral, thanks for staying with us dan kalau ada rezeki kita jumpa lagi..

Aku pergi Haram dan sembahyang kat atas bumbung lagi. Seronok sebab nampak orang ramai. Tengoklah sendiri. Memang ramai sungguh! Macam biasa, lepas sembahyang kat atas tu kami pun balik lah kat hotel sambung kerja. Sekali sekala jumpa fellow Malaysians amboi, seronok sungguh. Then malam tadi masa dok lepak-lepak sambil pekena tey, ternampak pulak kelibat Z. Z ni famous among artis-artis kat Malaysia sebab dia lah juru pandu kat sini untuk artis-artis kita. Ramai dah artis yang dia bawak..so semalam masa aku tengah dok minum, Z ada dengan beberapa artis tahun 80 an kita. Penulis lirik pun ada sama, penulis novel pun ada sama. Ingat tak Khadijah Hashim? MasyAllah that was the first time aku jumpa KH. Very soft spoken lady. Aku teringat masa kecik-kecik dulu aku selalu jugak baca novel dia. Memang best and now aku bertentang mata pulak dengan dia....tak ka terkejut? Siap duduk makan fries lagi kat Royal Baik! Kelas.....sayangnya aku tak bawak kamera. Aku cuma tumpang si Azli punya handphone. Nantilah kalau dia hantar, aku masukkan gambar kat sini, then barulah tahu siapa artis dan penulis lirik tu! Heh3.....Ni pun macam cerita Jepun jugak. Build up of the story is slow...bagi suspense sikit!

10 ulasan:

PINATBATE berkata...

hehehe..dah tengok kat blog Azlie!

perantau.tt berkata...

Salam Uncle.. Live from Madinah.. :)

Thanx for your hospitality during my stay in Makkah.. My mom memang hepi betul.

memang akan ku promote kan hotel itu pada kengkawan.. :) err VVIP mungkin? heh

err.. jom Santos!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

tak merasa lagi duk atas bumbung..selalu pi tutup!
bila time dia bukak?

Uncle berkata...

Ooooo ya ka....macam ni kalau kena buat cerita lain lah....heh3..

Uncle berkata...

Ya Santos...mari, mari...teh tarik terlebih gula ada....good that your mom liked it. Promote? pergh, meriah...promote lah promote lah....tapi macam biasa, can't afford to pay you, heh3...anyway, thanks again for staying with us. Nipun nak turun pi jumpa lagi Malaysian VIP sat. Depa baru sampai malam tadi and must be really tired!

Uncle berkata...

Tak dan dok ataih bumbung? Depa bukak weekend saja sebab terlampau ramai, on weekdays dia tutup. Kalau nak rasa dok kat ataih bumbung, apakata kalau try masjid Kampung Tunku? Lepaih tu boleh pekena briani kat tingkat bawah. Yum2!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

boleh..boleh no problem...tunggu uncle balik..kita pi pekena skali..pekena sorang2 tak best...

Uncle berkata...

Dulu kat Penang circa 1970's beriani yang famous sekali kat Dawood! Memang kelas.....ingat lagi sekali kalau balik nak kena pi sana lah...amacam ada berani?

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

hehe..tp saya rasa hameediyah lagi best..rempah dia sempoi...bau tak ingat..sampai tangan pun bau tak hilang sehari...

jom kita pekena...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

amboi seronotnya dok cerita beriani circa..hehe
uncle, sy bru dpt bc blog uncle hari ni..addicted sgt2..tp x dan baca..adus!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...