Ahad, April 26, 2009

Dream on..


(kalaulah verandah aku macam ni..)

(kalaulah garden aku macam ni..)

(atau macam ni ka..)

Masa aku dok jalan-jalan kat luar hari tu aku ternampak sikit decoration yang agak menarik perhatian aku. Nak kata extra ordinary tak lah sangat, nak kata extra terestrial (E.T) pun tak jugak! Jadi sambil aku dok jalan menghala ke Haram, aku pun mengelamun sekejap. Ish....bila pencen nanti, anak-anak pun dah takdak kat rumah, masa tu lah aku nak buat sikit rumah aku bagi cun. Aku teringin nak buat rumah Jepun. Very zen.....Rumah aku kecik, laman aku kecik so aku rasa ok lah kot. Pagi-pagi aku boleh duduk kat beranda depan sambil baca paper, minum kopi dengan Aunty dan cuma bersembang-sembang kosong lepas subuh..anak-anak balik rumah cuma weekend sebab depa semua duduk rumah sendiri. Masa tu aku dah nak masuk 70 tahun la kot. Masa untuk berehat dan memperbanyakkan amal ibadat yang dah lama tertinggal! Bila matahari dah naik sikit, aku pakai topi mengkuang yang Ah Beng selalu pakai masa tanam sayur tu, aku pun trim lah pokok-pokok bonsai aku tu sambil Aunty dok memasak breakfast aku kat dapur. Lepas trim pokok bonsai aku lepak balik kat verandah sambil minum ocha yang Aunty buat. Lepak sekejap, baca paper, mengenangkan masa depan, masa silam dan masa-masa yang aku selalu tak buat apa tu! Bila anak-anak datang, duduk bersembang dengan depa, cerita itu cerita ini, layan cucu, heh3....then lunch sama the whole family. Amboi syoknya....lepas tu malam pulak dinner kat tepi pool sambil tengok cucu-cucu mandi kat pool yang sekangkang kera tu. Kelas.....macam orang kaya-kaya...Ish, ish, ish....seronok sungguh berangan.

Yang buat aku teringinkan rumah yang zen tu bukan pasal apa, rumah Aunty kat sana tu taklah besar mana memandangkan lokasi dia kat tengah-tengah Tokyo. Tapi aku sukakan elemen-elemen traditional yang masih tebal diterapkan dalam rekabentuk rumah tu. Masih pakai sliding door, masih pakai tatami mat, masih pakai futon untuk tidur yang kemudian dilipat masukkan dalam almari, ada genkan walaupun kecil untuk letakkan kasut bila masuk dalam rumah. Ahhh bliss! Tapi jangan terkejut kalau tengok peralatan yang ada kat dalam, toilet dia yang jenis tekan butang-butang tu. Ada yang kasi panas, ada yang kasi sejuk, ada dengan dryer sekali untuk kasi kering selepas habis urusan. Atas seat dilapik kain bagi comfortable lagi...patutlah budak-budak Philippine aku dulu panggil toilet tu "Comfort Room". Memang comfortable! Tempat mandi, asing dengan toilet. Then aku suka rumah tu sebab rumah tu dibuat daripada kayu. Good wood I would say. Bila berjalan ada bunyi sikit "kriok...kriok...". Pergh traditionalnya...bila time makan pulak, kami akan berkumpul makan ramai-ramai sambil duduk kat lantai dan ada meja rendah untuk letak semua makanan. Kalau nak makan pun ada caranya. Semua tu aku cuba praktikkan bila kat sana. Of courselah yang tak bercanggah dengan kita.

Kemudian kat garden tu pulak aku susunkan batu-batu putih dalam bentuk pusingan sekata. Tengah-tengah aku letak satu bongkah batu besar ataupun pokok rendang to add color. Alamak...mati berangan lah aku...entah sempat entah tidak. Dulu aku ada bagi cadangan kat Aunty. Aku cakap nanti bila kami dah pencen, apa kata kalau kita settle down kat sana? Kalau tak pun kita pergilah duduk sana 3 bulan masa spring then 3 bulan masa Autumn. Apa lagi nak buat, anak-anak dah takdak, kalau tidak pun depa dah tak nak ikut lagi dah...semua buat hal sendiri..then bolehlah pergi jalan-jalan kat tempat yang kami selalu pergi dulu masa muda-muda. Pergh bestnya berangan....

20 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam uncle..
berangan tak salah..ia permulaan cita-cita..mudah-mudahan akan jadi kenyataan nanti,Insyaallah

Unknown berkata...

Uih, rumah macam ni memang puas hati uncle. Teratur, kemas, dan nampak agak simple. I mean, takde la nampak macam extravagant sangat; just something semua orang buleh buat.
Sapa kata simple tak cool? :)

Uncle berkata...

Memang semuanya start dari berangan. Macam ada satu buku yang uncle pernah baca dulu, "The Magic of Thinking Big!"

Uncle berkata...

Uncle memang sukakan something simple. I guess ZEN is something for me. The layout, the architecture, all about it...ooo man....kalaulah banyak duit.....(berangan lagi!)

PINATBATE berkata...

uncle..
jemput ambil award kat my blog yer..

Uncle berkata...

Heh3...kelakarlah....dulu tahun 76 dapat hadiah pelajar Matematik terbaik SR Francis Light Penang. Lepas tu yang dapat cuma award rugby ja...

Nek Rock berkata...

yoo uncle salam,

teruskan angan2 uncle tu dengan izin ALLAH, insyallah

nek dulu2 kat mesia, hari2 tengok travel channel sambil baring berangan one day aku nak duduk tempat2 ni, alhamdullilah few years after that menjadi kenyataan bila nek melangkah keluar dari msia with only 2 luggages and start a new life disini:)

pada nek berangan menjadi kenyataan bila kita berusaha ke arah angan2 kita tu:)

Uncle berkata...

Dear Nek Rock.
Thanks for sharing your experience with me. Uncle dulu pun berangan masa waiter dulu, ish..kalaulah dapat jadi Manager apalah rasanya, then berangan lagi kalau lah itu, kalaulah ini...alhamdulillah like you just mentioned, dengan usaha insyAllah kita akan dapat. That's "The Magic of Thinking Big"

ms. legolas berkata...

Hi Uncle,
I am back.. actually I had training
outside last week. Wakana ada sms.
Thanks to u.
I already mail to her just now
n waiting for her reply..

Regarding your dream.. thats really wonderful..i pun ada bc one book,semakin clear apa yg kita dream(con:smp blh bau rumput yg kat tmn/angin yg berhembus)kira lagi cepat mimpi kita tu mjadi kenyataan.i think sbb kita makin jelas n teruja dng apa yg kita mahukan.. ada byk kali i experiance that.. one of them, pernah 1 hari tu masa d jpn,sambil tgh kayuh basikal, i feel so lonely
that time(sbb sy sorg je melayu kat situ)..so sy berangan ada keluarga angkat smp terbyg sy parking basikal kat rumah jpn yg berlaman cam uncle nak tu.. tup2 seminggu lps tu sy di ketemukan dgn sepasang suami isteri yg until now after almost 20 years, we all still keep in touch n visit each others..nihon no okasan to otosan wa totemo ii hito desu..I so grateful to Allah kerana mengabulkan doa i masa atas basikal tu..so keep dreaming+doa+usaha

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Good to know that aunty has contacted you. Memang betul. Kalau uncle cerita pun mungkin orang tak percaya but i've through all those of course after sheer hard work! Takde yang datang terus macam tu je!

ex-sdarian berkata...

salam kenal Uncle

terjumpa blog ni secara tak sengaja...nice blog, seronok baca cerita org yg dok makkah ni..i really envy u!

rupanya we were from the same school, walaupun saya lebih "otai" dr uncle...

ex-sdarian

Uncle berkata...

Dear Ex Sdarian.
so...glad to hear that you are from the same school eventhough not from the same batch. That doesn't matter! Sekolah tu lah yang mengajar kita erti survival. Met a few ex sdarian here in saudi. In fact Nyamuk in my previous posting was also from my batch. Tadi a father of Fihmi Pathorahman (budak Johor) came and visited me. Man.....can't wait to see you here too. Thanks for visiting. (ONCE A SDARIAN, ALWAYS A SDARIAN) AND "BERILMU UNTUK BERJASA!"

Tanpa Nama berkata...

Uncle

sdarians mmg survivors pun.. you're the living proof, separuh dunia dia dah gi merantau...

kalau ada rezki , insyaallah saya ke sana lagi..this time nak duduk hotel uncle kerja tu..mesti F&B Director dia bagi makan bagus2 nanti kan?

boleh bg saya emel uncle? tq

xsdarian

Uncle berkata...

Dear ExSdarian. I can be contacted at shahrir_a29@hotmail.com atau shahrir@royaleorchid.com

Yattisa Roslan berkata...

Dah lama saya mengikuti blog saudara,ianya amat menarik dan membuatkan saya sentiasa kembali.

Tahniah atas kejayaaan saudara. Alangkah bertuah nya kerana sentiasa berada di Tanah Suci.

Saya doakan saudara sejahtera dan maju ke hadapan.

Uncle berkata...

Dear Yati.
Really? La...kenapa tak cakap? Seronok pulak rasa bila ada orang follow. Terimakasih banyak2 dan daun keladi yea Yati...ada masa bacalah lagi!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle,
oowh, nk buat concept zen ka?..mmg seswai sgt dan lawa utk dipandang bila uncle dok kat tokyo tu nnt..insyaAllah boleh saja sy dgn kwn2 nak design garden uncle. tp, aunty mesti lagi terer..hehe..pure punya!
we specialised in outdoor..tp, indoor buat jugak.for area courtyard.mostly indoor for residential and hotel..apa2 nnt, uncle bgtau sy la na..anytime :)

Uncle berkata...

Yang tu nak buat kat KL la Siti Tanjong oooiiiii. Tapi macam besa la, dok berangan dok 15 tahun!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

owh ya ka..ok2..mana2 pon bley :) uncle..penat! keja byk!! uncle dulu mcm ni jugak ka?..huhu sakit kepala

Uncle berkata...

Uncle dari dulu dok rgeja tak habeh2...sampai ke la ni...bila nak habeh pun tak taulah...sampai anak-anak pun dah tak kenai papa depa!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...