Jumaat, April 10, 2009

Maghrib

(tempat sa'e masih under construction)

(kaabah waktu Maghrib)

(aku dan ketayap putih)

MasyAllah, aku diperingatkan balik untuk kembali berjemaah di Haram. Siang tadi Azli ajak aku ke bumbung. Aku tanya dah bukak ka? Dia angguk. Aku pun kata, "Ok malam ni kita pi sana.." Maka bermulalah ekspedisi aku dengan dak Li memanjat sampai kat bumbung. Hah...tengok lah sendiri pemandangan dari atas bumbung. Macam aku selalu tanya, eh ni bulan April ka bulan Ramadan? Aku dengan dak Li berkira semalam, entah-entah sejuta tak? Mungkin betul telahan kami. Ramainya manusia, yarabbi! Dan aku panjangkan doa untuk rakan seagama yang aku tumpang sembahyangkan jenazah mereka semalam. Dan semalam jugak semasa aku membaca Arab News, ada tertulis yang 5 jemaah umrah Malaysia meninggal dalam perjalanan ke Madinah. Al fatihah untuk mereka dan takziah untuk keluarga mereka.

Kembali pada Haram. Memang crowd tak pernah putus-putus nampaknya. Yang reda sikit cuma hari Sabtu lepas Zohor sebab ramai orang check out masa tu. Jadi off day aku dan dak Li buat masa ni dan mungkin seterusnya akan jatuh pada hari Ahad. Itu lah satu-satunya hari yang occupancy akan jatuh ke paras 65%. Yang lain-lain dalam lingkungan 85% keatas sampai 110% Huuh? Ada ka 110%? Cikgu aku dulu cakap maksimum 100%. Heh3...yang terlebih 10% tu pasal kami selalu bagi allowance lebih sikit, meaning overbook kan sikit pasal nanti towards the end ada cancellation. Tapi kalau tak ada cancellation, hah, masa tu lah kami berlari-lari anak. Ngeri tu! Pagi ni dan macam pagi-pagi yang lain, kami ada 1400 orang datang breakfast. Macam pesta Pulau-Pinang dah jadi..."Siti Tanjong dok pi lagi ka main kereta langgaq?"

Ramai yang aku tengok kat Haram semalam pakai wheelchair. Bukanya tua tapi mungkin ada masalah lain bila sampai sini. Masalah kesihatan dan segala-galanya. Kembali pada 5 jemaah yang meninggal tadi, kepada ahli keluarga, bersabar banyak-banyaklah...ni semua dugaan Allah pada kita. Aku diberitahu yang kedutaan Malaysia sedang menguruskan segala persiapan. Memang cekap, pantas dan tangkas orang-orang Kedutaan.

Malam tadi, dak Mainul (Manager aku) bagi aku kari ikan Bangladesh. Ikan apa, aku tak tahu sebab nampak macam ikan tenggiri pun ada, macam ikan merah pun ada. Tapi tulang dia macam terubok. Ish....kalau dapat terubok bakar kan best, tak pun terubok masin! So aku sms kat Mainul cakap terimakasih. Isteri si Mainul cakap, "awat yang tq kat Mainul? Saya yang masak!" Ah...pulak.....aku pesan kat Mainul cakap tq kat wife dia sama! Ikan kari dia tu rasa kunyit. Macam kita goreng sotong kunyit. Habis melekat kat jari. Punyalah sedap, aku makan sampai naik 1 kilo malam tadi! Memang tak ingat dunia....

Pagi tadi Aunty talipon cakap Yuya tak nak pergi sekolah. Aku tengah tidur lagi. Aku call si Yuya. Dia nangis teresak-esak. Dia cakap tak buat homework BM lagi. Kalau tak buat, cikgu nak conteng muka dia! La....awat jadi lagu tu? Bagi aku, cikgu tu melawak saja. Nak bagi budak-budak buat kerja rumah.....so aku cakap, Yuya kena pergi sekolah jugak walaupun tak habis homework. Sebelum kelas, buat sebanyak mungkin dan bila masuk kelas, terus pergi mengaku kat cikgu yang Yuya tak buat sebab lupa ataupun tak sempat habis ataupun tertidur. Jangan menipu. Yuya cakap ok. Aku talipon aunty pulak bagitahu suruh call cikgu BM dia dan bagitahu. Aunty tak dapat cikgu BM tapi sempat cakap dengan cikgu kelas dan aunty suruh pesan yang Yuya takut nak pergi sekolah sebab homework tak siap lagi. Cikgu tu kata ok nanti dia tolong pesan. Tadi dalam pukul 8 malam aku talipon Yuya lagi. Dia dah tak sedih tapi dok horey-horey tengok cartoon. Aku tanya Yuya, cikgu kata apa tadi? Yuya balas, "cikgu tak masuk kelas pun......" Heh3....Yuya..Yuya..

12 ulasan:

PINATBATE berkata...

ya ampuunn....buat ketaq lutut budak sampai teriak ..dah tu tak masuk kelas pulak..patut lah autie cari tak dak..tak mai sekolah apa cikgu Yuya tu?

Unknown berkata...

Wah, ramainya orang.
But then again, mestilah kan? Semua orang mesti nak ambik manfaat dan kelebihan solat kat tempat special nih :)
Alfatihah kepada ahli jemaah yang meninggal. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

Uncle berkata...

Tak tahu lah Pinat...takpalah, mungkin cikgu BM tu ada urusan lain kot..

Uncle berkata...

Memang sesak. Kepada yang sesak nafas, janganlah bersesak! Lusa dah kuranglah tu...memang special kat tempat ni...

siti tanjung berkata...

keta langgaq??..dak dah..dah besaq2 ni segan dah la uncle..bg can kat anak2 buah pi main top gun lak..hat tu lg pening kepala. "yuya..yuya.." comel la yuya :)
salam takziah kepada keluarga arwah.

Uncle berkata...

La....ada top gun ka? Apa benda tu? Kalau Uncle naik la ni mau sesak napaih kot nooo...

Uncle

siti tanjung berkata...

bukan takat sesak napaih..mau menangih pun ada uncle..ngeri permainan skrg ni

Uncle berkata...

Isyh...isyh..isyh....seronoknya dengaq...uncle setuju betoi. Tapi nanti masa zaman anak-anak uncle pulak tak taulah apa jadi no....dulu uncle dok main ndoi ja kat brown garden depan kedai Pak Imam!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

fuuh..nie dah ramai..penuh macam musim haji..

bumi makkah penuh barakah....

rasanya my time last 2 week taklah sampai penuh macam nie...

Uncle berkata...

Heh3...tu kalau boleh juai lengkong ka, putu mayom ka mesti laku tu!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

agak2 arab minum dak air lengkong..satgi depa kata..air apa nie...bubuh agar2 hitam..

putu mayam..satgi orang singapore marah..jual bihun singapore ngan gula n nyok..

tp kalau pekena putu mayom..nyok ngan gula merah paling sedap..pekena ngan kari pun tak kick macam tu..

Uncle berkata...

Adoi...nak balik! Nak balik! Putu mayom.......karipap hangat Stadium....nak balik...nak balik....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...