(kopi mesin aku untuk breakfast)
(omm ali adik-beradik bread pudding)
(kunafa)
Hari ni aku nak cerita sikit pasal makanan aku kat sini. Ada satu yang sungguh menyentuh kalbu. Nama dia "Kunafa". Memang famous makanan ni. Sekali tengok macam "cakaq ayam" ataupun setengah orang kampung panggil "karaih". Selalunya dulu aku beli kat Pekan Rabu Alor Setar masa aku duduk kat Jalan Sultanah dulu (Jalan Day previously) tapi bila datang sini aku tengok eh...ada pulak orang Arab ni makan karaih! Actually dari jauh memang nampak macam sama. Tapi bila tengok dekat-dekat, dia macam kek pun ada sebab kat tengah-tengah dia tu ada pulak macam cream. Taste? Pergh....orang Kedah kata "maneh melechaih!" ataupun direct translation dia, "satu rasa manis yang teramat sangat sehingga mampu membuatkan sebelah kaki terangkat, mata menjadi kuyu dan mulut dalam keadaan muncung." Heh3...translation dari Roget Thesaurus edisi 2009!
Satu lagi pulak nama dia Omm Ali. Omm Ali ni tak kena mengena dengan Shahrir Ali ataupun Azwan Ali. Jauh panggang dari api. Tapi kalau pergi mana-mana pun kat Middle East memang lah terjumpa dessert ni. Ni pun maneh melechaih. Memang 3 kampit gula depa tuang! Aku ingat kalau hari ni makan, tunggulah 2-3 bulan barulah pergi check sugar level. Kalau tak esok jugak dia potong kaki! Makanan ni menjadi idaman dan igauan setiap makhluk dibumi Arab. Kalau tak dak benda ni dalam menu memang sah tak pandai buat menu. Kena belajar lagi Menu Engineering 3 tahun! Ingredient, macam biasa, mesti ada roti dan selalunya depa pakai macam bread pudding kita jugak yakni croissant. Rakyat Malaysia yang duduk kat sini memang lah akan tambah berat badan kalau duduk kat tempat aku ni. Pagi tadi ada satu VIP complaint kat aku. Aku tanya pasal apa? Kot-kot boleh bantu, tapi dia kata sejak dia duduk sini, berat badan dia dok naik. Tak turun-turun. Heh3...amboi, buat lawak noo....
Satu lagi, gambar coffee machine aku yang aku letak kat buffet counter untuk breakfast. Kelas....hah ambik kau, nak minum kopi sangat! Machine ni boleh produce 1000-1500 cups within 3 hours. Amazing kan? Kopi dia is a frozen coffee. Taste? Pergh memang rasa kopi. Tak boleh celen la Hang Tuah dengan Aik Cheong...yang tu jenama kita. By the way, hari ni aku bagi surprise kat VIP guest aku TS, dia panggil aku, dia cakap alamak Shahrir hari ni memang best sebab ada kurma ayam dengan gulai lemak nangka kat buffet! Aku tersenyum malu...........
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, April 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
6 ulasan:
'aku tersenyum malu'.
hahaha..ayat tak menahan...!terbayang muka uncle senyum malu-malu...
kunafa tu kalau makan masa berbuka puasa outomatic terus cergas..banyak gula..cuba uncle korek rahsia Arab ni..apasal kuih-kuih diorang manis-manis lepas tu pakai minyak sapi berlori ..tak kena kencing manis sakit jantung ??
Memang Kunafa tu selalu depa makan masa bukak Posa. Tu yang jadi energetic balik tu. But anyway, FYI, masa bulan posa, depa kat sini tidoq the whole day especially weekend. Guest kat sini lepas Subuh baru tidur. Then bangun sebelum maghrib, terus bukak posa. Kelas depa ni....
Uncle
tu dia aih..smp lagu tu ka penangan kunafa smp muncung mulut2??..hehehe
lagu mn nak pronounce mesin kopi tu uncle..tergeliat lidah sy nk sebut
heh3.....kalau tak salah, masa uncle belajaq kat chung ling dulu, depa ajaq suruh sebut "duwi egg bird". Macam tulah bunyi dia. Awat, nak beli ka? Bouleh meniaga kat gelugoq!
Uncle
boley jugak..hehe..uncle kena posto mai gelugoq la..
Tapi Uncle rasa, ILLY Coffee lagi sedap. Dah try rasa belum? To me ILLY is the best then comes other brand i.e. starbucks etc
Catat Ulasan