Selasa, April 14, 2009

Nostalgianya..

(kasut kahwin aku tu)

(gambar Riyadh yang lekat kat fridge dari Azral)

(kacang dari Azral...san-kyu san-kyu)

Dulu aku ada cerita pasal aku kahwin 12 tahun dulu kalau tak silap aku. Dan ada jugak aku bagitahu yang petang yang aku nak bersanding tu tiba-tiba aku perasan yang aku tak ada kasut nak kahwin dan naik pelamin! Pening aku pikir apa nak pakai. Takkan pakai selipar Jepun kot ataupun takkan aku nak pakai sandle Bata? Ish...tak pernah orang buat aih....kalau capal tu adalah kot..So petang tu lebih kurang 4 jam sebelum aku naik pelamin, aku pun capai Harley aku, usung aunty sekali, aku pun pergi shopping complex kat belakang rumah Kak Anne. Atria. Kat dalam tu dulu ada kedai kasut HP kat sebelah KFC. Lepas belek-belek dan buat last minute decision, maka aku pun belilah kasut tu siap dengan shoe tree sekali. Masuk dalam kotak, bayar dan balik rumah naik motor dengan aunty. Puas hati finally aku ada kasut jugak. Malam tu masa naik pelamin, aku pun pakailah kasut baru aku tu. Masa aku datang sini tahun lepas, aku tengok kasut tu aunty balut elok-elok kat dalam shoe bag. Aku pun ambik usung datang sini sekali. Jadi tiap-tiap kali aku tengok kasut tu, aku mesti senyum sendiri sebab banyak sangat kenangan kat kasut tu. Aku rasa kalau aunty tengokpun dia mesti senyum...last minute tu!

Dua lagi gambar tu actually cenderahati yang Azral (member blogger aku) bagi masa dia datang 3-4 hari lepas. Macam tahu-tahu je yang aku memang suka makan kacang. Mixed nuts lagi....habis lah diet aku ni Azral ooii....lain kali datang jangan lupa bawak 4-5 peket sekali (just kidding). Bila makan kacang tu aku teringatlah masa kecik-kecik dan zaman remaja dulu. Muka aku ni macam permukaan bulan. Orang lain remaja jerawat kecik-kecik tapi aku pulak species bulan, so semuanya besar-besar! Masa prep malam, lain kerja takde, asyik belek muka je...sampai kawan aku yang lain semua heran. Apalah Uncle ni. Ada pulak member sorang lagi ni, budak Sarawak, nama dia Husin Juni. Dia ni pantang tengok muka orang ada jerawat, si Husin ni siap offer jadi tukang picit. Pun ada species macam ni...so bila prep malam, akan kedengaranlah suara budak-budak lelaki 5 Al Tabari yang mengerang dan menjerit sakit sebab si Husin Juni dah picit sampai bengkak-bengkak hidung kawan. Aku sampai sekarang tak pernah dengar atau baca dalam Guinness Book of World Record ataupun dalam Malaysian Book of Record yang ada jugak species yang suka picit jerawat orang. Heh3...

6 ulasan:

wakana berkata...

Abang dah ada jerawat, tapi I cakap kat dia, jangan picit. Everynight I put some tea-tree oil kat muka dia. wow anak kita dah besar laa. badan besar, kaki dia besar, boot bola pun koyak lagi!!

Uncle berkata...

Heh3...cepatnya...rasa macam semalam dia minum susu botol lagi!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle...
Moga ceria
wah uncle & untie dah anak teruna erk
jap lagi dah boleh terima menantu tuh(hehehehe)

Uncle berkata...

Anak teruna? Bagi habis belajar dulu.. heh3...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

a`ah..ye ye..betul3x..hopefuly jd footballer yg hebat

Uncle berkata...

That's our dream and never stop dreaming! Hopefully Abang will be able to be a good one. We'll send him for J League.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...