Ahad, April 19, 2009

Pikir-pikirlah!

(ni kat luar tadi)

(clear shot of Kaabah)

(line kuning tu orang tengah buka puasa)

(masa baru keluar dari hotel)

(3 kubah kat atas bumbung)

2-3 hari ni aku berkesempatan pergi ke Haram. Alhamdulillah. Dalam dok busy-busy, aku lari jugak ke Haram untuk berjemaah dengan rakyat seluruh dunia. Dunia dan akhirat jangan dilupakan. Salah satu pun tak kena jugak. Aku pernah terbabas dulu tapi Allah masih sayangkan aku. Diberinya aku satu laluan yang sungguh lurus untuk aku ikuti selepas tersasar agak jauh....masa aku dapat tawaran untuk kerja kat Madinah 2 tahun yang lepas, pada waktu yang sama aku sepatutnya pergi ke Goa, India. Hari ni aku baca suratkhabar, dia cakap Goa sekarang dah jadi sarang penagih dadah...alhamdulillah aku bersyukur...kemudian masa aku kat airport Dubai nak datang ke Mekah pulak, aku dapat call untuk ke Surabaya pulak. Masa tu aku nak boarding kat Dubai datang Mekah. MasyAllah, rimas aku dok pikir. Mekah, Surabaya, Mekah, Surabaya....aku buat split second decision untuk datang ke Mekah dan alhamdulillah jugak. Pilihan aku tepat walaupun peluang kat 2-2 tempat tu memang tak kurang. Packagenya...tak payah ceritalah...

Kadang-kadang tu Allah membantu kita dalam berbagai-bagai cara. Dugaan yang Allah bagi pun pelbagai. Cuma kita kena pandai buat pilihan. Ikut kata hati, apa choice yang kita nak buat. Dibukaknya jalan kat aku tatkala aku mencapai umur 40 tahun. Aku tahu yang umur 40 tahun ni masih muda (aku rasalah..) tapi peluang yang dibagi ni datang cuma sekali seumur hidup. Aku bersyukur!

Dalam facebook aku tengok kawan-kawan aku dah duduk merata dunia. Ada sorang budak dari KL (junior aku dulu masa kat tempat ski tu) sekarang dah jadi orang besar kat Dubai. Hotel jugaklah...and soon will be going to Australia. Ada sorang pulak kat Hawaii dan sekarang ada kat Melbourne. Ramai ada kat US. Asia jangan ceritalah...ada sorang lagi dai Iceland sekarang kat Miami dan dari dulu dia cakap kat aku teringin nak ke Asia. Welcome Ice....I know you can do it! Kembang hidung baca cerita pasal budak-budak ni. Huh, ada lagi sorang, dia ni waiter aku masa kat Renaissance KL dulu. A very good boy. Smart, alert and very quick with his work. Aku suka budak ni. Selalu tanya aku macam-macam soalan. Itulah, inilah, how to improve on certain areas lah...then tiba-tiba dia resign dan pergi kat Sheraton Imperial. Lepas tu dia kerja kat Tarbush Ampang Point. Masa kat Sheraton jadi Captain kalau tak silap aku. Eh bukan bawak kapal aje Captain tau! Kat Tarbush jadi Manager. Dum-dam dum-dam, dia hilang lagi. Tiba-tiba masa aku jumpa dia kat KL dulu dia cakap dia dapat offer kat New Zealand! Pergh biar betul budak ni. Sejak dari hari tu budak tu selalu hantar news kat aku dari NZ. Dia pun dah jadi Manager kat sana dan aku dengar, bos Mat Saleh dia cukup suka kat dia. Good for you bro! So orang macam nilah yang aku suka. Very adventurous. Jenis tak takut merantau dan tak peduli apa kata orang. Selalunya orang kita (tak semua la) kalau nak pergi tempat orang merantau, benda first yang dia cakap, dia miss Malaysian foodlah....sedih nak tinggal kampunglah...macam-macam lagi...eh janganlah macam tu dik...kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh...

Ada sekali tu aku terserempak dengan budak kita kat stesen keretapi kat Akihabara, Tokyo. Dia bagi salam kat aku, aku jawab. Kami bersembang sekejap kat kedai kopi kat tepi stesen keretapi. Dia budak Penang tapi aku dah lupa nama dia. Dari Tanjung Bunga. Aku kat Tokyo Bay Hilton masa tu. Aku tanya dia buat apa kat Jepun? Dia cakap dia jual batu cincin, gelang, rantai etc. Aku terkejut! Biar betul budak ni..dia angguk-angguk kepala. "betul bang...tengoklah ni", dia tunjuk kat aku beg besar dia. Aku nak describe beg tu aku tak tahu tapi empat segi dan panjang siap ada stand lagi. Nak kata beg double bass tak jugak. Aku tanya dia, apa dalam beg tu? Dia bukak dan tunjukkan isi kat dalam beg tu. Pergh...memang banyak batu Gurkha! Aku tanya mana dapat? Dia cakap dia baru balik dari Nepal...dia pergi Australia dulu jual kat tepi jalan then bila habis tempoh, duit jual batu tu dia apply visa masuk Jepun dan berniaga kat tepi jalan kat Jepun pulak. Aku respect kat budak-budak yang macam ni. Ini kes berani mati...kalau kat Malaysia mungkin orang akan pandang sebelah mata tapi bagi aku, budak-budak yang macam ni lah yang akan berjaya nanti! So to both Azli and budak kat Jepun tu, aku ucapkan selamat maju jaya. To Azli, jangan lupa baju Dan Carter (NZ All Blacks) aku...heh3.....

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

saya sedang berfikir ....

Makcu berkata...

eehh..40 thn muda lagi..
hehehhe.. interesting stories bout ur fren..

Uncle berkata...

heh3.....

Uncle berkata...

Macam-macam ada Makcu, tapi semua cerita tu untuk kita pikir-pikirkan. Yes, very interesting tentang survival budak-budak kita kat hotel!

ms. legolas berkata...

Salam Uncle,

Ogenki desuka?

Utk pengetahuan uncle(Hie2,ok ke panggil cam ni,terasa lak diri sy jauh lbh muda wlpn umur sy nak masuk 40thn gak)..FYI,sy pernah bljr di Shinshu daigaku,nagano jpn 16thn yg lalu..
sy teringin nk berkwn dgn isteri uncle.. blh la sy asah balik nihongo sy yg dah berkarat ni..lgpun sy nk brtukar2 fikiran especially dlm hal kodomo sodatenokoto...I hv 4 kids.sy mmg respect cara org jepun didik anak2 mrk..hrp uncle blh beritahu e-mail addrs Wakana..Now I am working in one of nihon no kaisha..mmg la ada nihon jin kat sini,tp for sure tak de onnano hito no nihon jin...Sy baru je jumpa blog uncle ni seminggu yg lepas. I really enjoy reading your blog and thank u for give me a lot of inspiration to feel alive.keep writing k coz one thing for sure, it can bring smile to sad face..mata ne... yoroshiku

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Kono namae wa, ano, nihonjin no namae des ka? Chigaimas ne....Ja, okusan no e-mail address? Daijobu des demo....dekireba, Legolas san no e-mail address oshiete kudasai..

By the way, thanks for reading my blog. Heh3...

Uncle

siti tanjung berkata...

soo..interesting! sy hrp sy pon dpt merasai pgalaman bekerja and merantau ni..insyaAllah

Uncle berkata...

Siti mesti cekal dan tabah. Uncle ada ramai (former classmates) kawan pompuan yang buat lagu tu. La ni depa dok merata-rata kat US.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...