Isnin, April 06, 2009

We Are The World Part 2

(mulyadi dok organise katil aku)

(mulyadi pening katil aku besar sangat)

(ahmad si butcher aku)

(abashi dari Egypt dok potong ayam aku)

Kat Mekah staff datang dari pelbagai pelusuk dunia. Ada pelbagai rupa dan ragam. Aku suka bercerita pasal staff-staff aku sebab depa nilah yang menceriakan aku kat sini walaupun memang berserabut kalau kerja dengan depa. Aku kena hati-hati dengan setiap kebudayaan dan latar belakang depa. Kadang-kadang cara kita bercakap atau bergurau tak kena pulak dengan cara depa bercakap atau bergurau. Jadi bila sampai part tu aku selalunya akan google dan belajar latar-belakang kebudayaan depa. Seronok sebenarnya.

Semalam masa aku off, ada sorang budak Indonesia datang kemas bilik aku sebab aku gantung "Please make my room" kat luar pintu. Sehari sebelum tu aku tengok dia jugak dok menyapu kat restaurant. Jadi bila dia datang bilik aku semalam akupun tanyalah nama dia. Dia cakap Mulyadi pak...bila dia cakap aja nama dia aku teringatkan penyanyi Indonesia tahun 70-an dulu yang bernama Mus Mulyadi. Mus Mulyadi tu satu geng dengan Emilia Contessa..tu dululah.....sekarang dah Agnes Monica! Mulyadi cakap dia dah 2 tahun kerja kat sini. Dulu kat Jeddah sekarang kat Mekah. Cari rejeki Pak.....bagus budak ni.

Then ada Ahmad dari Bangladesh kat butcher aku. Dia tak pernah cakap apa pun sebab pendiam. Ada sekali sampai aku ingat dia bisu sebab bila aku tanya pun dia tak jawab! Partner dia pulak Abashi dari Egypt. Pun budak butcher aku jugak. Abashi ni orang suruh potong ayam, 2 hari lepas dia potong jari sendiri! Tak ka haru-biru jadinya...

Tapi itulah, semuanya baik-baik dengan aku....atau mungkin buat-buat baik kot...sebab depa takdak choice, kena report kat aku jugak. But all in all, aku seronok kerja dengan depa. Ada sorang lagi tukang buat sup. Tiap-tiap hari tanya aku overtime. Dari Ramadan tahun lepas dok tanya benda yang serupa.....adoi...letih aku nak menjawab dengan depa ni kadang-kadang!

4 ulasan:

BAGAK berkata...

nasib baik dia tak potong orang...hehehe

Uncle berkata...

Dia belum start lagi tu...tunggu 2-3 hari nanti..

Uncle

siti tanjung balik kpg lg dan lg berkata...

a`ah zaman saya agnes monica..hehe
kot2 keja mcm sy ni ada tak kat mekah uncle?..rindu mekah..

Uncle berkata...

malangnya, perempuan tak dibenarkan bekerja di mekah dan madinah. Ala....apa susahnya siti ooii....kat Komtar kan banyak kerja!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...