Jumaat, April 03, 2009

We are the world!

(Yusuf yang masak mandi)

(Yusuf dengan muka terkejut)

(Order taker aku dalam sangkar)

Memang dah lama aku nak cerita pasal si Usop ni. Usop ni pun Santorian jugak. Kerja lain dia takdak. Memang kerja dia cuma buat mandi dengan kabsah. Amacam best tak kerja macam ni? Kalau kat KL tu mungkin dia ni khas buat beriani gam saja kot...Budak lagi ni. Dalam 22 tahun. Tapi kalau makan, pergh....mahu setalam dia makan. Kadang-kadang aku kesian tengok si Usop ni. Bukannya apa, pasal badan dia besar, bila dia pergi cafetaria makan, dia mesti makan kat dalam store. Malu bila orang tengok dia makan banyak. Ada sekali aku bukak pintu store kat cafetaria, aku tengok Usop tengah dok ratah ayam! Berpeluh-peluh dia....khusyuk sungguh! Kesian budak ni. Tapi si Usop ni baik orang dia. Selalu kalau jumpa aku mesti dia dulu tegur. "Hello Misterrrr..."

Usop suka main bola. Dia position goalkeeper. Aku ingat kalau Ronaldo nak sepak pun siap berhenti mintak permission dulu, baru tendang. Kalau dia tak bagi tendang aku ingat Ronaldo patah balik kot...heh3...Usop minat Barcelona. Aku cakap Al Ahli dia cakap Barcelona, aku cakap Al Ahli dia cakap Barcelona. Lantaklah Usop ooiii...janji "lauk kau cukup masin..."

Yang 2 orang kat dalam sangkar tu order taker aku. Sorang tu Mutawwaf. Berjambang dia, sunnah tu...janji order aku, bill aku, semua ok dan guest tak complain! Yang berjambang tu actually muda lagi tu. Bila cerita dengan aku, mesti cakap "Malayzie miah-miah..." kira baguih la tu! Aku pun ada jugak kawan nama miah...tapi keturunan benggali! Dia kata nak hantar anak dia belajar kat Malaysia sebab kat Malaysia system lebih bagus. Hah...depa pun tahu. Memang tak sabar-sabar nak hantar anak sulung dia belajar kat UIA. Aku tanya dia, anak sulung dia umur berapa yang tak sabar-sabar nak hantar UIA tu? Dia cakap 13 tahun! La.....labu betul lah dia ni. Itu baru tingkatan 1! Memang nak kena starlight budak ni...tak pun aku suruh dia helikopter karang baru tahu...

Macam tulah seronoknya bila kerja kat tempat orang ni. Banyak kali lah jugak budak-budak aku ajak pergi rumah. Ada sekali tu depa ajak pergi makan malam sebab anak dah sunat. Aku tanya dinner pukul berapa? Ahmad Noor jawab pukul 12 malam!

Cerita pasal sunat, aku terkejut ada satu pagi aunty talipon dan bagitahu yang Dr. Amin Tai dan Dr. Haliza (kalau tak silap aku) meninggal. Dua-dua doktor tu lah yang dok jaga anak-anak aku kat APSH dulu. Ada sekali aku buat appointment dengan Dr. Amin pasal Abang nak sunat. A very polite and soft spoken person. Simple je...datang hospital pun pakai selipar...masa abang kecik dulu, dia ada cyst kat bahu. Dr Amin lah yang operate abang. Dr. Haliza aku tak berapa ingat tapi kalau tak salah aku dia jaga Yuya kat ward dulu. To both of them, aku sedekahkan alfatihah dan semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat...

11 ulasan:

PINATBATE berkata...

Subhanallah!Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan pelbagai rupa dan warna...

Unknown berkata...

starlight dengan helikopter? ni bunyinya macam kaki toucher masa kat asrama dulu nih hehehe :D

Uncle berkata...

Memang benar Pinat. Tu yang Uncle seronok kerja dengan depa ni....sentiasa ceria.....

Uncle berkata...

Tu cerita masa zaman budak sekolah tu....24 tahun dulu...heh3...

siti tanjung berkata...

best2..kenal dgn mcm2 org..cuba mcm2 mknn..rasa mcm2 experience..
life is just interesting! :)

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle best tak buku natsuo tu? mcm menarik jek utk dibaca

Uncle berkata...

Siti T.
Tu lah kehidupan kalau kerja kat tempat orang. Macam2 ada untuk kita jadikan pedoman..

Uncle berkata...

Suspense thriller! Uncle tak baca lagi sebab buku Paulo Coelho tak habis baca lagi. Memang tak sabar nak habis kan buku pertama

kucingorengemok berkata...

kalau ada keje kosong utk makan mandi dgn kabsah, saya nak apply :)

ps: bukan KGG (kucing goreng?) la uncle, KOG - kucing oren. hehe.

Uncle berkata...

Dear KOG.
Sorry for the misinterpretation! Kelakar jugak bila ingatkan KGG tu. Heh3..No offence to animal lovers please.......nak kerja? Ala, Uncle tak mampu lah nak bayar!

Uncle

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

berapa ratus kilo dia masak mandi n kabsah? saya tgk kt restaoran yamaan kt wadi qudaih tu peeh penuh periuk 10 gantang...

kabsah n mendy..memang favourite..orang saudi n jugak orang malaysia yg suka pi saudi..

nampak kabsah n mendy mesti confirm terliur.....

punya lah panjang nasi..sedap n fluffy..

usop nie mesti mendy master...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...