(yoghurt al marai memang number 1 in the world!)
(menu sahur penuh kat dinding kitchen aku)
(satu daripada salad yang ada)
(hummus yang dibuat daripada chick peas)
(favourite aku untuk kembangkan badan - potato salad)
Semalam ada aku cakap yang aku sahur makan yoghurt. Maka nilah 2 peket yoghurt yang yummylicious yang aku dah telan tu. Sungguh mengenyangkan perut aku. Jadi kepada surirumah-surirumah yang tiba-tiba teringat nak diet atau teringin nak kempiskan perut suami, aku cadangkan bagilah makan benda ni tiap-tiap hari masa bersahur. Sah turun 5 kilo di penghujung Ramadan. Tapi hati-hati sikit. Mungkin pada hari ke 23 anda akan dibaling dengan yoghurt-yoghurt ni semua....jadi, berhati-hatilah!
Hari ni jemaah dah bertambah lagi. Maka dengan itu, makanan dan minuman aku pun kena lah bertambah. Preparation berjalan lancar sebab semua orang dah tahu apa nak buat sepanjang bulan Ramadan ni. Hasil kerja dari tahun lepas dan pengalaman sudah. Nasib baik "post mortem" tahun lepas ada lagi. Last year masa aku cerita kat sorang american professor pasal food preparation, dia terkejut bila aku sebut pasal post mortem! Professor tu tanya aku macamana aku prepare makanan untuk 2000 orang dan macamana aku buat menu planning untuk cater semua jemaah haji satu dunia? Pergh part tu memang aku pening, memang banyak planning kena buat. Menu untuk africans lah, menu untuk asians lah, menu untuk middle eastern lah....mana dengan jalan nak masuk mekah ni ditutup lagi. Memang pecah kepala nak pikirkan benda tu semua. Kadang-kadang stok tak boleh masuk mekah dalam 1 kilometer radius...jadi kami terpaksalah usung ramai-ramai. Termasuklah aku sekali. So paper yang aku buat explanation sebanyak 14 muka surat tu dah pun aku hantar ke Universiti berkenaan. Tah dia publish ke tidak aku pun tak tahu. Professor tu dari School of Hospitality. Katanya nak bentangkan pada student. Jangan bentangkan kat kabinet sudah!
Dinding kat kitchen tu penuh dengan menu untuk Iftar dan Sahour. Macam-macam ada....tiap-tiap hari kami tukar. Macam semalam aku letak kabsah ayam, tapi hari ni aku gantikan dengan itik. Jangan tak tahu, itik pun salah satu daripada specialty kat sini. Mana depa bela, jangan tanya aku sebab sepanjang aku kat sini dah 2 tahun setengah, aku tak pernah nampak lagi orang ternak itik ataupun depa jual kat supermarket. Kalau ada, nak jugak aku cari telur itik buat telur masin....ish...bulan puasa ni teringat kat telur masin lah pulak! Sapa-sapa nak datang tu bawak lah 2-3 bijik kat aku yang tengah dok meleleh air liur ni yea..
Demam dah kebah. Pagi ni aku bangun awal walaupun aku tidur lambat malam tadi. Sebabnya aku berskype dengan anak-anak dan aunty. Horey......Marina asyik menari je...aku happy tengok dia menari sambil sebut "oh shiri.....puri-puri" Aku gelak sakan! Apa makna dia, biar kami saja yang tahu. Heh3...Sempat aku bersembang dengan semua orang. Lega dapat dengar suara dan tengok muka anak-anak dan aunty. Hilang rindu. Rasa dah lama sangat duduk kat sini. Kira-kira balik, alamak, baru seminggu!
Malam ni apa aku makan? Bawal goreng, nasi putih sejemput, cabai potong dengan bawang. Tu saja. Macam biasa, aku tak tahu nak makan apa lagi dah! Sahur nanti? Heh3...youghurt al marai lah...apa lagi! Selamat berpuasa!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Ogos 24, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
14 ulasan:
Selamat berpuasa Uncle!
ahiksss.. msti best kn lh skype ngn ank2 n aunty..
lh rse cmna feel ea.. sbb org pompuan kita pn dok sana gk.. ahaksss..
dh lama xmnum laban activa.. jenuh dok tgu bini bok blik je la.. aheksss..
pa2 pn.. slamt brposa uncle..
Dear Uncle,
Tu dia! dah keluar hidangan istimewa yg nampak sgt cantik & pastinya sedaaaap!
Hari ni gambar yg lain pulak boleh? heh3...special request!
makan yogurt boleh kenyang ye? saya baru jumpa petua anti-pedih perut juga - buat ice blended susu dgn kurma, sedaaappp!
slmt berpuasa uncle...
ala kabsah jer ke
mendy no?
mendy fii...la..
kabsa itik...wow a nice combination..kabsa n itik...kt malaysia takde...yg ada lamb kabsa..chicken kabsa..
lamb mendy..chicken mendy...
Gi, Good to know you enjoy Skype.
Marina asyik ketawa je sebab you zoom too close to your face. We can see your lubang hidung on whole window. Anyway, Marina was happy to see it!
Eh, finally you ate my pickled ikan masin ya. with nasi goreng, memang sedap :)
Dear Hafitah.
Thanks and you too selamat berpuasa!
Dear UP.
Memang seronok dapat skype dengan aunty dan anak-anak. Lega sikit 2 jam!
Dear KN.
InsyAllah kalau sempat saya akan upload gambar makanan lagi. Memangnya sedap pun, tu yang berat badan tak turun lagi tu!
Dear KOG.
Apa kata kalau blend manggo fruit dengan laban pulak? Try tengok!
Dear Hussain.
Nanti Uncle tengok apa yang ada kat dapur nanti. Rasanya hari ni menu dah lain kot...kalau ada Uncle ambik gambar nanti dan upload.
Dear aunty W.
La...Marina suka tengok lubang hidung je? Ish....dengar dia ketawa pun dah seronok sangat! Kawaiii je....anyway, ikan masin ada setengah botol lagi. Simpan....simpan....ok take care. Love you!
fawakih= buah..betoi ka..aihyoh! b.arab ku terbang kemana mana dah..uncle, pasti kurus la pasni..yeah
Nanti Uncle check balik...Uncle mudah lupa...
Catat Ulasan