Selasa, Ogos 25, 2009

3rd day posa..

(pralines pun ada tau, jangan jealous!)

(baklava aku yang disusun cantik)

(tengok nama juice tu, amacam kenal tak?)

(kamaruddin tu yang kaler kuning!)

(dah ramai dari semalam)

Horey...dah 3 hari kita posa. Aku tumpang seronok sebab bulan posa ni aku rasa perjalanan waktu memang cepat. Sat-sat dah zohor, sat-sat dah asar, then maghrib then isyak then satu hari lagi dah habis. Tak terasa pulak dah nak masuk hari keempat. Tapi part yang aku terasa tu bila jemaah untuk berbuka dah bertambah ramai. Dari 200 dah jadi 400 then 600 orang. Amboi macam kenduri kahwin anak Mak Esah!

Hari ni aku masukkan lagi gambar-gambar pembuka selera especially makanan-makanan yang famous kat middle east ni. Memang geram tengok tapi jangan dok tengok selalu. Mau kena kencing manis nanti!

Time-time macam ni aku teringat masa kecik-kecik dulu, 2-3 tahun lepas. Aku masa tu baru nak start puasa. Since aku terlampau bersungguh-sungguh nak puasa sampai semua benda yang aku terbuat, aku tulis dan balik tanya kat mama. Apa yang aku tulis?

1) kalau tampar nyamuk, batal tak?
2) kalau pinjam pensel kawan tapi tak cakap, batal tak?
3) kalau cikgu tanya tapi tak dapat jawab, batal tak?

Aku tulis kat kertas dan simpan dalam poket baju sekolah. Balik rumah, aku tanya mama. Mama gelak sakan kat aku. Mama explain dengan panjang lebar sampai mulut aku melopong! Masa aku kat Alor Setar aku selalu pergi kat depan Taman Intan ataupun Pekan Rabu beli makanan. Kalau tak pun aku pergi kat Hospital ataupun Stadium Darulaman. Suasana memang meriah masa tu. Kalau kat Penang aku pergi kat Gelugoq. Tepi pejabat pos tu. Kalau kat Melaka, ........mmmmm part ni aku lupa sebab dah lama sangat dah. All in all, bulan Ramadan masa zaman kanak-kanaklah yang paling happening sekali. Penuh dengan misteri dan magis! Kalaulah aku dibagi kesempatan, aku nak bercuti sebulan bulan Ramadan dan seminggu bulan Syawal. Sebulan Ramadan tu aku nak layan anak-anak aku saja. Pergi pasar Ramadan sama-sama, bukak posa sama-sama, pasang panjut sama-sama, main bunga api sama-sama, sahur sama-sama....tapi mengenangkan yang aku kerja macam ni, aku rasa tak mungkin lah kot. Kalau dah ada masa nanti, anak-anak aku pulak dah tak duduk rumah!

Actually aku baru balik dari Hospital Noor kat Mekah ni. Melawat colleague aku yang tiba-tiba nak rebah, sakit dada semalam. Dalam sakit-sakit tu dia talipon aku mintak bantuan. Masa tu dah pukul 2 pagi. Nasib baik aku tengah dok ronda untuk sahur. Dapatlah tolong apa patut. Dia masuk emergency semalam jugak. Quarantine kat ICU untuk 2-3 hari lagi. Esok kena buat ECG lagi sekali. Alamak, serious jugak nampak gaya. Beberapa kali aku talipon dia hari ni bertanya khabar. Bunyi ok tapi nada agak berat. Aku tak boleh masuk ward tadi tapi cuma sempat tanya apa dia nak makan atau minum. Aku beli air dan makanan sikit kat dia dan wife dia. Kesian jugak aku kat dia. Aku doakan semoga dia cepat sembuh dan kembali ceria melayan aku minum kopi.

Cerita kat atas tu memang cerita benar. Tak ada tokok tambah. Moral of the story is, kesihatan mesti dijaga dan jugak, kebanyakan penyakit kita ni berpunca daripada makanan. Bak kata orang Jawa, "You Are What You Eat!" Selamat berpuasa!

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beli cucuq kt pekan rabu & stdium mmg best..
meriah+org pnuh smpai tokong indu kt trfik tu kn uncle..
tp pndai gk ek org jawa ckp omputih.. ahaksss..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

terliur baklava!

Uncle berkata...

Dear UP.
Orang Kedah ka? Kat mana tu? Yan? Balin? Guaq Chempedak? Tualang? Gurun? Bakaq Bata? Titi Siam? Heh3...tokong indu tu pun tau ka? Uncle dulu training takraw untuk Kedah U12 tahun 80 kat situ la! Mangkaq no!

Uncle berkata...

Dear KN.
Baklava tengok saya yang terliur! Heh3...

kucingorengemok berkata...

ada air kamarudin ye? kat melaka ada air pak abas :)

semoga kawan uncle cepat sembuh

Uncle berkata...

Dear KOG.
KOG orang Melaka yea? Kat mana? Air Leleh? Batu Berendam? Semabuk? Pernu? Heh3...Ingat lagi tempat2 tu...tempat main lagi dikenang....inikan pulak Henry Gurney....Telok Mas tu!

PINATBATE berkata...

Uncle....
Baklava inti pistachio tu....!!
sabaq...sabaq..!
meleleh ayaq lioq..

Air qamaruddin tu jus peach kan..?

Semalam anak saya Izzah tanya..
'kalau ber*k,batal puasa tak..?'
Bila saya jawab,tak batal..
dia tanya balik
'apasal kalau masuk sesuatu dalam rongga batal, kalau keluar tak batal pulak..?'
macam-macam karut budak ni...

taj berkata...

salam,

mmg uncle budak nakal yg bayk auta... hehhe
kelakar baca kisah2 lama uncle dulu.. taj dulu nakal gak.. heheh
wah... tergoda tgk pelbagai rupa dan color intri kali ini, dah lah puasa... sabor ajer...
"You Are What You Eat!" Selamat berpuasa! ...plan nak turun 5 kg tahun ini... boleh kut...heheh

Tanpa Nama berkata...

yup.. mmg org kdh pn..
kita dok jitra ja.. tp xla jauh mana pn loq staq ngn jitra..
tokong indu tu smpai la ni pn dok ada lg.. xpndh dh..
tu la satu2 nya bukti yg loq staq dulu pnh bah truk..
smpai abih kuda2 lari nek ataih bumbung.. ahiksss..
oitttt.. xbek2.. bln posa ni..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang sedap air tu...ada campur sana sikit, sini sikit. Patutlah gula kat Malaysia habis sebab semua gula dah dibawak ke sini!

Pasal soalan anak-anak tu, yang tu semualah penawar duka!

Uncle berkata...

Dear Taj.
Masa dulu memang nakal. Elok sangat arwah bapak kerja kat Henry Gurney dengan Pulau Jerejak!

Entry hari ni pulak tak tahu apa nak masuk lagi....tunggu yea!

Uncle berkata...

Dear UP.
Ooooo kat Jenan kot....anyway, AS la ni dah banyak perubahan. Seronok bila balik sana. Selalu jugak pi balik jalan day tengok rumah kat berek lama tu then pergi tempat skating...teringat pulak anak Pak Abas yang duduk kat seberang jalan tepi stesen minyak tu! Arwah Pak Lang uncle dulu drebar MB Kedah. Depa duduk Mentalon..

onna berkata...

salam,

Ni nak mintak tolong, boleh tak uncle tulis dalam 10 hingga 12 paragraph pasal sambutan Ramadan dan kehidupan uncle di Arab Saudi masa Ramadan untuk disiarkan dalam Berita Harian. Nanti kalu dah tulis emelkan ke bhagama@bharian.com.my. Att: Cikgu Yusuf...
kalau ada gambar menarik macam gambar berbuka secara tradisional ke ..menarik gak..kalau setuju harap dapat secepat mungkin untuk siaran minggu depan...

Dari Mona Ahmad (berita harian)

Uncle berkata...

Dear Mona.
I'm honored....thanks. InsyAllah Uncle akan cuba mempercepatkan cerita-cerita tu tapi kalau tak sedap Mona kenalah olah balik sebab cara penceritaan Uncle bukan macam majalah 3 ataupun program2 semacam tu. Uncle lebih kepada santai@nakal....

Salam sejahtera....... berkata...

hehe... kalau tak sedap tambah je baklava n jus kamaruddin...

Uncle berkata...

Dear SS.
Yang kurang cuma juice Sabaruddin dengan Tajuddin...nak kena cari tu!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tu dia mknn lg..mmg senang nk kena diabetis muda2 ni..huhu..kamaruddin mcm nama cikgu sekolah rendah sy ja :P
a`ah, time kecik2 dulu mmgvbest kalo bulan posa n time raya..sy tadika dulu siap jd tukang test kuey raya mak..posa stgh hari..heh

Uncle berkata...

Uncle selalu terkenang masa kecik2 dulu. La ni dok melayan keletah anak lah pulak nampak gayanya!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...