(dia tengah pikir, awatlah banyak salad aku kena buat ni?)
(bukak posa dengan masyarakat setempat...maklumlah...Pak Lurah!)
(aku tengah bincang masalah global dengan Assad Harun)
(aku tak letak lagi ayat-ayat "nice to see nice to hold!)
(nabil yang bertunang dulu tu dok drama. Heh3...jangan kelentong la Nabil!)
Hari ni aku lega sikit. Sebab apa aku lega sikit? Sebabnya guests aku happy. Bila guests aku happy, aku lagilah happy. Heh3...biasalah, kan kerja aku ni bagi guests happy! Nanti aku pasang lagu Amy Mastura lagi..."..janji kita, HAPPY!"
Orang ramai berpusu-pusu menyerang kedai kopi aku. Ni barulah aku dapat duduk sat mengenang nasib Sahur pulak nanti. Dulu masa kat Malaysia dulu time bukak puasa, semua orang berduyun-duyun bukak puasa sampai lupa nak sembahyang ataupun langsung tak sembahyang tapi kat sini time bukak posa orang berduyun-duyun pergi sembahyang dulu dan lepas tu barulah makan besar. Kita selalunya terbalik...sampai naik moto pun depa pakai baju terbalik...kalau tak percaya pergi lah kat mana-mana kat Malaysia, semuanya pakai baju terbalik. Yang best tu bila masuk office depa pakai baju elok pulak! Awat tak pakai terbalik? Pakai tie kat belakang ka? Heh3...
Aku pernah posa kat Europe dulu. Memang best sebab masa tu Autumn. Pergh, sejuk tu....bukak posa pergi cafetaria dengan budak-budak lain then sahur aku dapat susu sekotak, juice sekotak, cornflakes sejemput dan yoghurt sepeket. Cukup kenyang aku makan. Ada sorang lagi Malaysian budak perempuan ni pulak, hidung dia very the sensitive. Aku goreng telur pun dia boleh bau...aku masak nasi pun dia bau. Bukannya aku masak beras wangi thailand pun, aku cuma masak nasik Uncle Ben yang dalam kotak merah tu pun dia tahu....Ish...Lilian ni....siap bawak pinggan tengah-tengah malam ketuk bilik aku! La ni Lilian dah kahwin dan anak ramai. Kahwin dengan Swiss dan menetap kat Geneva kalau tak silap aku. Sekali-sekala aku FB dengan dia. Dulu aku tanya dia, apa cita-cita dia? Dia kata cita-cita dia nak kahwin dengan Mat Salleh. Melepaslah kawan aku yang nama Mohd Salleh!
Tapak kaki aku memang dok nyut-nyut lagi ni. Maklumlah banyak berjalan luas pengalaman! Habis satu hotel aku ronda. Pagi aku ronda floor check kot-kot budak-budak aku tak buat clearing sahur tadi. Semua beres. Depa buat. Memang tip-top. Then tengahari aku masuk office check outlook aku kot-kot ada message urgent dari boss aku. Ada sikit. Then pergi Accounts Dept check last night punya revenue samada depa buat posting betul ke tidak. Depa ni pun kalau tak check memang terbabas memanjang. Ok good, semua duit aku masuk.Berapa masuk? Latut-latut libu oooo.....aku senyum kat pintu lif masa nak turun balik masuk office. Security kat sebelah aku heran....heh3...
Ni balik bilik sat update blog sebab nanti kalau tak update, Ms Legolas dengan Uncle Pet akan tanya aku esok apasal tak update? Kepuasan pembaca-pembaca blog aku adalah diutamakan! Jangan risau, aku akan tetap update untuk menceriakan kehidupan anda semua. Walaupun, "....penyu menangis siapalah yang tahu..." Cerita pasal Penyu ni, aku ada Junior kat Seremban dulu yang nickname dia Penyu. Aku pun tak tahu pasal apa nama dia Penyu. Mungkin pasal muka bulat dan mata kuyu kot...nak kata dia dari Trengganu, tak jugak...tak salah aku budak Kelantan si Penyu ni. Sampai la ni aku tak ingat nama betul dia. Kalau jumpa kat mana-mana pun aku panggil Penyu je...actually sekolah aku dulu dah macam zoo pun ada. Ada Nyamuk, ada Katak, ada Cicak, ada Ayam, ada Badak. Cicak dengan Ayam ni pulak kembar seiras! Pergh...parah nak kenal...Aku rasa kalau Datuk Ismail Hutson dengar cerita aku ni, mahu dia meraung sebab semua dah terlepas zoo....heh3....fellow sdarians, jangan marah yea!
Sekarang dah midnight. Hajat hati nak melawat Hilton sekejap sebab nak tengok preparation sahur depa. Kalau rajin aku pi lari sat jenguk. Ok, macam biasa, "Selamat Berpuasa!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Ogos 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
14 ulasan:
Hari2 kena baca news kat sini...ada unsur2 jenaka! ada sejarah ! ada ekonomi ! ada kartun ! ada food & beverages ! ada photographs ! macam2 ADA...
Dear KN...
memang macam2 ada.....bilalah TV3 nak panggey buat dokumentari....orang yang interview saya, Pang Chin Fei...kalau tak pun Karam Singh Walia! Heh3...Zakiah Anas bahaya, nanti masuk 999!
ahaksss.. xpsai2 kena perli dush sejebik..
xpa2 uncle.. jgn dok teriak sdh..
ni uncle jd ka dk jenjln hilton ni..??
apa nama uncle masa kat sdar dulu? dah pernah cerita ke?
kalau pang chin fei interview uncle, boleh lawan kejip² mata, dia suka buat gaya mata tu, hehe
Dear UP.
Memang semalam sepatutnya Uncle pi Hilton tapi tak dan nak pi pasai sahur time Uncle dah kena attack lagi! InsyAllah hari Sabtu nanti kot.
Dear KOG.
Mungkin KOG tak perasan yang nickname Uncle masa kat SDAR tu ialah Uncle. Depa panggil Uncle dari form 1 lagi 1981. Dan 815 tu derived dari tahun Uncle kat SDAR 1981-1985. Jadi kalau kat mana2 orang panggil Uncle, tu bermakna depa budak2 sdar sebab tak ada orang lain panggil nama tu tapi sekarang ni sapa baca blog Uncle akan pangil nama tu jugak.
happening nya uncle bulan posa nih...!! perrghhh...!! boley hilang berat bdan kaw2 punya kalo sepanjang tahun camni... hehe...:)
Dear KM.
Memang turun gila2 ni...HOR LIAO....
sian uncle.. kelam kelibut nk jamu org mkn..
xpa2.. jnji latut-latut ribat.. ahaksss..
Dear UP.
Nasib baik ada jugak orang yang kesian...heh3...semalam tak buleh tidoq sampai pukoi 6 pagi tadi...adoi....ni dok menguap hau-hau ni!
hahaha..mmg kelakar entry ni..mau pecah perut sy sahur mkn nasik kandaq mak sy msk td..Allahuakbar!
Nasi Kandaq? Line Clear? Kassim? Kassim Mustaffa? Ni dok meleleh ayaq lioq ni....teloq ikan tak dak ka?
dak..dak..kalah semua hat uncle habaq tu..hehe ni menu spesel mak masak..buat nasik dagin, dalca, ayaq asam, masamah dagin, acaq timun tak lupa juga papadom..hait!
Tu dia aih...lagi terrrrra! Darrrcha....oh tersiksa batin ku.....
Catat Ulasan