(kat depan moroccan lounge)
(adil pakai tarbus!)
(tiba-tiba guest aku panggil suruh snap gambar dia. Aku cakap SR10, dia gelak!)
(budak2 dapur pun nak jugak..)
(aku dgn mainul lepas set untuk meeting tadi)
Hari tu aku janji nak pergi Hilton kan...so tadi bila agak dah lega sikit, aku berlari pergi jenguk sekejap Iftar kat sana. 2 restaurant dan satu lounge, depa bukak untuk Iftar. Saja pi tengok competitor buat apa. Tengok food choices, display, buat sikit price comparison, ala...benda-benda yang biasa lah....esok kalau rajin aku nak pergi Intercontinental pulak. Kalau rajin.....selalunya tak rajin! Heh3...
Aku baru lepas pekena teh tarik dengan boss D'Saji kat bawah. Lama tak minum, sekali-sekala sedap jugak..memang lemak berkrrim...lani aku lari balik bilik sat. Rest dalam 10-15 minit sebelum turun pergi check balik apa-apa yang patut.
Masa waktu Malaysia bukak posa tadi, aku talipon kat aunty tanya depa makan apa kat rumah. Depa jawab hari ni tak masak...aik...wiwit mogok ka? Tak...rupa-rupanya depa pi makan kat Bora Ombak! Wah bestnya...menjerit-jerit aku dengar suara depa kat hujung talipon...seronoknya anak-anak aku..kalaulah aku ada sama...tsk..tsk..tsk!
Bahang masa aku jalan tadi masih terasa, tapi jemaah semua nampaknya sihat-walafiat. Baguslah...memang dah bertambah ramai sekarang ni. Malam tadi aku dapat call dari pegawai kita kat Jeddah jemput datang sambutan Kemerdekaan. Malangnya sekali lagi aku tak dapat jenguk sebab time tu aku sibuk dengan bukak posa. InsyAllah lain kali aku sampai. Aku janji.
Petang tadi aku sibuk berlari nak siapkan pizza counter aku kat bawah. Baru dok buat tent card. Mungkin lusa boleh bukak kot. Sekali lagi aku nak ucapkan pada semua "selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat berpuasa!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, September 01, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
uncle, tahun ni kat tv takdak tunjuk siaran langsung solat terawih from masjidil haram, tapi from masjid nabawi... selalu subtitle tulis english, tahun ni tulis perancis! waaaah, betul majmuk dah malaysia ni, heheh :) dieu est le plus grande!
nanti boleh uncle sambut merdeka pakai baju merdeka mcm cik lie.. hehehhehe
Oui...oui...bien sur..bien sur!
...heh3..kelas....
rata ceruk eh uncle jln no..
punya nk tgk pinggn hidang org.. ahiksss..
uncle.. uncle keja otel pa nama..??
mgu dpn org pmpuan sy cuti semgu..
kata nya nk p umrah..
lh la p brtgur sapa.. on behalf of hsbnd.. ahiksss..
Dear UP.
Uncle kerja kat hotel kecik ja..Nama dia Al Safwah Royale Orchid. Mai la melawat. Kat bawah D'Saji, Uncle kat ataih. Sampai kat lobby suruh depa panggey Shahrir. Budak2 tu kenai kot...
cntikkkk.. t sy hbaq kt ea..
tp xdk la ole2 dr m'sia sbb ea pn keja kt jeddah ja.. kira p trus ja..
Dear UP.
Orang puteh kata, "it's the thought that counts". Jangan bawak apa-apa. Berteguoq sapa dah memadai. Dia orang Guaq Chempedak ka?
oittt.. kluaq dh yg omputih tu.. ahiksss..
x.. ea bkn org guaq.. org kolumpo gk..
insya allah nnt depa p cri uncle..
tu agk2 ada mkn free ka..?? ahaksss..
insyAllah.....mai la...
Catat Ulasan