Isnin, Ogos 17, 2009

Beberapa hari lepas..

(bunga aku)

(bunga matahari abang)

(marina takut guruh)

(family corner)

(selipar baby pun aku snap)

(abang tengah makan sebelum pergi sekolah ugama)

(for take away)

(marina renung aku pulak sambil pikir apasal aku renung dia)

(yuya dan marina dok tengok tom and jerry)

(yuya baru balik sekolah ugama disambut marina)

Beberapa hari yang lepas aku dah mula bersiap untuk balik semula ke Saudi. Hari-hari yang semacam inilah aku kembali menjadi seorang yang agak emosional. Hari-hari yang macam nilah yang aku banyak luangkan masa untuk tengok anak-anak aku dari pandangan jauh. Aku renung depa bila depa makan, aku renumg depa bila depa tidur, aku renung depa bila depa main, aku renung depa bila depa bersiap nak pergi sekolah. MasyAllah dugaan terbesar untuk aku ialah nak meninggalkan aunty dan keluarga di KL. Tambah menyayat hati bila Marina dah mula bercakap dengan petah. Masa aku kat boarding dan depa dah dalam perjalanan nak balik rumah dari airport, aku talipon dan bercakap dengan semua. Marina tanya, "Papa pergi mana, kenapa tak ikut sama balik rumah?" Aduh.....malas aku nak sambung cerita...

Demam aku dah bertambah baik dan menurut Dr Patrick, aku dah boleh balik ke KSA. Lega aku..kalau tak, ngeri jugak rasa..tapi aku risau pulak tentang kesihatan keluarga aku maklumlah sekarang ni penyakit tu dah bertambah-tambah. Pagi masa aku nak balik, IQ dan Dada datang rumah hantar nasi berlauk. Yang ni aku suka. Depa beli kat Keramat. Syukur teringat jugak depa kat aku. Aku seronok dapat kawan yang macam ni. Thanks IQ, Dada...aku really appreciate!

Masa aku tengah beratur nak check-in, ada orang panggil aku dari belakang, bila aku toleh aku ternampak muka Rahman, Saudi staff kat Al Safwah yang jugak nak balik ke KSA lepas bercuti honeymoon. Pada Rahman, aku nak ucapkan selamat pengantin baru walaupun aku tahu yang dia tak baca blog aku ni. Part tu aku lega sebab adalah kawan yang aku nak bersembang nanti bila aku balik. Taklah aku boring sampai tertonggeng teringatkan family dalam flight nanti.

Aku sampai Jeddah awal. Matahari masih ada. Aku lega. Sebab kalau gelap, perasaan aku pun tambah gelap. Aku call rumah tapi aunty kata semua dah tidur dan depa dah tak sedih lagi teringatkan aku. Yang tu aku lega..Aku sampai hotel lepas maghrib. Penyamun tarbus semua happy tengok aku. Aku nyanyi lagu Amy Mastura tapi depa tak faham...Happy! Aku pergi restaurant jumpa semua penyamun aku. Peluk cium jangan ceritalah...part ni aku tahu yang aunty takkan jealous sebab depa semua jantan! Nasib baik depa tak pakai lipstick! Heh3...Ok aku tak mampu nak sambung lagi sebab aku nak check breakfast sekejap. Indonesian Group dok tunggu aku sebab depa ada special breakfast sempena Hari Kemerdekaan dan depa nak aku buat speech sikit. Alamak!

22 ulasan:

kucingorengemok berkata...

selamat kembali bertugas! saya selalu rasa kagum dekat aunty, duduk kat tempat orang dengan anak2 only while uncle keje jauh, and parents aunty pun jauh... TABIK to aunty! :)

Uncle berkata...

Dear KOG.

Memang Uncle pun kagum dengan kesabaran aunty. Uncle bersyukur sebab dapat isteri yang faham dan bertanggungjawab. Memang aunty susah, Uncle faham...thanks from the bottom of my heart for the TABIK!

Tanpa Nama berkata...

slamat brtugas kmbali uncle..
psai apa blik sana xhbaq mai.. nk ikut gk.. ahikssss..
pa2 pn.. hv a nice upcomin' days..

PINATBATE berkata...

Jangan sedih-sedih uncle..
Mudah-mudahan Allah pelihara keluarga uncle dan kita semua..jauh dari bencana..dan sentiasa sihat,gembira..
kami tunggu cerita Ramadan di Makkah pulak..

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

Uncle, tabahkan diri.cekalkan hati.insyaAllah semuanya akan baik hendakNya..selamat kembali ke saudi.n selamat berkerja.take care n jaga kesihatan. pakai jek mask selalu.(ley jd mask rider, hehe) takut kat arab pon ada H1N1 kan..uncle blk penang ritu tak pi kena hameediya ka?

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

lupa lak nak bgtau nama latin pokok matahari tu adalah Helianthus annuus..hehe sedap sekali jika dibuat kuaci

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
Harap2 uncle dah "pulihlah"...ya lah pulih dr demam, pulih tinggalkan famili...aunty...abang..yuya..marina..pokok2!!
KN selalu gelak bila baca part2 nakal yg uncle tulis tu...dlm dok sedih pun masih boleh tulis yg kelakar!

Uncle berkata...

Dear UP.

La nak ikut ka? Kalau tau buleh selit kat poket!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
InsyAllah...macam tulah kalau kena tinggalkan family....sedey oooo....tunggu cerita Ramadan tau!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Hari tu balik Penang bok balik 55 ketoi daging Hameediyah! Berat dagin dari baju!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Yuya dah reserve bijik dia nak bagi hamster!

Uncle berkata...

Dear KN.
So far tak pulih lagi ni...mahu 2 minggu baru otak boleh adjust!

Ghazali berkata...

Uncle ...

Welcome back ... aiiyyyoooo kita kat sini nih ala ala hairan ... ingat dah tak nak datang sini lagi kot!!!

Hehehhehee


Welcome back .... (Khamis nih rasanya kawan you Adlan from Riyadh will check in kat hotel you)

Uncle berkata...

Dear Ghazaaz.
Thanks....and happy to be back and good to knpow that Adlan is coming..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
Tabahkan hati. Doa kpd Allah byk2 apatah lagi Baitullah begitu hampir dgn uncle...amat bertuah! Tpt mencari rezeki uncle adalah tpt tumpuan umat Islam seluruh dunia...agak2 keje apa yg sesuai KN boleh buat kat hotel uncle tu?? lap meja ker...cuci pinggan ker...heh3

Uncle berkata...

Dear KN.

Memang tengah dok berdoa banyak2 la ni...insyAllah akan pulih seperti selalu tak lama lagi insyAllah. Biasalah kalau tinggalkan keluarga. In fact dari umur 13 lagi dah selalu tinggalkan keluarga. KN nak kerja ke? Mana lah kami mampu nak bayar KN!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
kah2...kasi makan & kasi itu tempat tido maa...tak payah bayar gaji!!

Uncle berkata...

Dear KN.
Ni first time saya dengaq orang nak kerja tapi tak mau gaji! Kelas..............memang orang kaya2!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle,
Kelas!.....classless!!!

Uncle berkata...

Heh3...

ms.legolas berkata...

Ah lan wah sahlan,
hi uncle selamat kembali bertugas,

Ms. legolas nk ucapkan selamat berpuasa buat uncle n semua rakan2 di sini(walaupun hanya kenal pd nama) semoga semuanya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.. wassalam

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.

Thanks and the same tpo you too! Selamat berpuasa...dan masak sedap2 kat family! For me, aunty bekal ikan masin jeruk. Horey!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...