Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat berpuasa

(tengok sendiri kawasan sekitar Haram yang lengang)

(pandangan sisi pun lengang)

(ni Samir budak Burma tapi tak mengaku. Heh3..)

(syahdu bila tengok)

(aku snap dari tingkap kedai kopi aku)

Aku nak mengambil kesempatan yang tak seberapa ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam amnya dan semua pembaca blog aku khususnya. Semoga ibadah kita pada kali ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Aku mintak janganlah kita membazir tak tentu hala. Selalunya macam tu lah kita. Belanja berlebih-lebih. Tiap-tiap tahun buat baju melayu baru. Tukar curtain baru dan makanan untuk berbuka dan bersahur selalunya mewah. Alhamdulillah kalau mampu dan tak membazir, janganlah sebaliknya!

Aku kat sini, persiapan untuk berbuka puasa dah pun kami buat. Malam ni selesailah kot dengan decoration sekali. Restaurant aku boleh masuk 850 orang sekarang ni. Eh, ni restaurant ka ballroom ni? Memang besar capacitynya. Sekali tinjau dikawasan Masjidil Haram, kemeriahannya kurang sedikit dari tahun lepas. Orang tak berapa ramai sebab penyakit tu memang menular dengan cepat sekali. In fact hari ni front page paper Saudi pun ada bagitahu yang jemaah Haji dari Egypt mungkin akan dikurangkan. Bayangkan jemaah dia yang berjumlah 80,000 tu....itupun kalau penyakit tu tak dapat dibendung. Aku berdoa agar situasi akan pulih cepat dan kedatangan dan keselesaan jemaah terpelihara.

Cuaca memang panas, sepanas hati aku yang sentiasa panas ni. Aunty ada bekalkan aku dengan ikan masin jeruk special yang dia buat sebotol kat aku. Aku akan makan sikit-sikit ikan masin tu nanti. Hari ni gigit sebelah sini, esok gigit sebelah sana, lusa gigit sebelah situ dan dalam seminggu baru habis satu hiris kot...heh3...teh tarik aku tinggal lagi 2 peket kot. Hari tu aku beli MILO 3 In 1. Punyalah semangat beli kat Hero. Semalam masa aku teringat nak minum MILO, rupa-rupanya aku terbeli MILO and Cereal! Adohai........apalah nasib aku! Labu betul!

Sekali lagi untuk semua yang aku hormati dan sayangi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramada Kareem!

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Ramadhan..
may Allah make dis blessed Ramadhan means of salvation.. amin..

PINATBATE berkata...

Ramadhan Kareem..kullu amm waantum toyyibin..
Maaf zahir batin uncle jika sepanjang bersahabat di alam maya ni saya ada menyinggung perasaan uncle.
Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.

Uncle berkata...

Dear UP.
InsyAllah. Allah is great.

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle pun serupalah nak memohon ampun dan maaf kalau ada menyinggung perasaan dalam tulisan-tulisan Uncle. Semoga Ramadan ni memberi kita banyak keinsafan. Amin.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam Uncle,

Ramadhan Kareem.

Semoga uncle sihat & terus ceria di bulan Ramadhan yg mulia ini.

KAMATO berkata...

Salam Ramadhan, semoga dikurniakan kesihatan untuk mencari keberkatan di bula mulia ini

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya doakan semoga KN pun sihat sentiasa sekeluarga.

Uncle berkata...

Dear Kamato.
Uncle pun doakan yang serupa buat Kamato. Take care!

illya feisal berkata...

Assalamualaikum ya sheikh uncle,
Ni illya ni. Silap2 dlm 2-3 hari ni, maybe on 24th, aku ke Jeddah, madinah n mekah. For bagasi umrah pos malaysia. Jumpa di sana yaaa..
Apa hf number sheikh? masih yg lama ke?
Ok, wassalam.
ikhlas dari jauhhh,
illya feisal
sdarian84
shah alam.

Uncle berkata...

Dear Ilya.

Aku kat Mekah and can be contacted at +966561534344. Aku punya mesti free!

kucingorengemok berkata...

sedihnya tgk masjidil haram tak meriah mcm ramadhan2 dulu... hampir berjaya juga org cipta wabak tu ye (kalau betul la konspirasi teori yg sllu kita dgr), wallahualam... selamat berpuasa, uncle. milo cereal tu buat sahur bagus juga, hehe :)

Uncle berkata...

Dear KOG.

Ni semua kuasa Allah. Rasanya takde kot kospirasi......Uncle ingat esok pagilah sahur dgn cereal tu..macam sedap je...

illya feisal berkata...

Uncle,
Senang tak nak browse internet kat sana? If pakai wireless modem, better aku beli kat sini dulu dia punya modem, and beli sim kad yg prepaid kat sana eh? plse advice..
my hf nanti 019-2144208.. 016 aku belum beli lagi..hehe.. mekah punya pun sampai sana lah nanti..selamat bersahuran dan bertiduran yer..

Uncle berkata...

Dear illya.
Internet sini macam kita jugak. Sat2 cepat, sat2 lambat...call me once you're here.

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle,selamat berposa!! best la hotel uncle dpt tgk haram direct ja..angle amik gmbr pun mesti cantik ni..bila nk dpt pi ni..Allahuakbar

Uncle berkata...

Nanti Uncle ada masa, Uncle snap lagi gambaq Haram ok?

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

masyaAllah.great!!ok!!

Uncle berkata...

khas untuk siti tanjong!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...