Rabu, Ogos 19, 2009

Sembang Selasa!

(Marina jemput abang balik sekolah ugama)

(aku ingat burung kepala botak ni dari Zoo kot, selalu yang datang burung tiong je!)

(aku tengah bagi ucapan kemerdekaan..heh3...)

(bos-bos dari Indonesia)

(nasi tumpang...aku pun tumpang sekaki, sedap jugak!)

2-3 hari lepas kan aku ada bagitahu yang aku dah dijemput untuk buat ucapan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke 64. Sumpah aku tak pernah buat kerja-kerja yang macam ni. Ni lah dalam seumur hidup aku, aku buat benda yang berfaedah sikit. Last sekali aku buat ucapan kat public ialah masa aku jadi Ketua Pengawas kat SRJK Banda Hilir, Melaka tahun 1979. Selain dari jadi conductor untuk budak-budak lain nyanyi lagu negeri Melaka dan Negaraku, aku jugak ada bagi ucapan supaya budak-budak jaga kebersihan longkang sekolah! Nasib baik aku sempat buat homework sikit pasal Indonesia. Mula ingatkan nak tanya jemaah semua pasal apa Perang Jawa tak keluar masa aku ambik STPM tahun 1987 dulu? Tapi teringat yang depa ni datang umrah, jadi aku tukar topik jadi patriotik sikit sambil tak lupa pesan yang Malaysia sambut merdeka pada 31 Ogos! Semangat betul aku..bukannya semangat pasal apa, aku bersemangat sebab nak cepat habiskan ucapan, nasi tumpang tu nampak sedap sangat. Makan dengan ayam goreng dan telur berlado!

Jemaah tu semua check out tengahari tadi untuk ke Jeddah. Depa nak pi shopping, katanya. Kat mana? Depa kata Balad dengan Corniche. Apa ada kat situ? DVD cetak rompak, jam tangan tiruan, la...yang tu pi beli buat apa? Balik kampung pun ada, mungkin lagi murah! Sebelum depa check out, aku sempat bergambar dengan depa. Depa pesan, doa-doakanlah moga-moga dapat mai lagi...insyAllah ya Mbak-mbak sekalian....doa-doakan jugak ya untuk saya moga-moga dapat bercuti ke Jakarta dengan keluarga! Depa gelak, akupun gelak sama! Heh3...

Nasi tumpang tu apa? Ala...macam nasi lemak jugak..ada telur rebus, ada kacang goreng, ada ayam goreng segala macam. Depa susun macam piramid berjalur kaler putih dan kuning. Masa aku kat Jakarta dulu, waktu nak bukak Marriott pun ada depa buat nasi tumpang ni jugak. Penuh satu lobby orang duduk keliling dalam satu pusingan bersila. GM aku yang mat salleh tu pun duduk bersila jugak. Padan muka dia.

Masa aku duduk melangut kat depan rumah masa tengah hujan hari tu, aku ternampak satu group burung dok terbang kat tepi rumah aku. Aku heran apa jenis burung la depa ni. Tak pernah aku tengok yang burung macam ni dok terbang kat tepi rumah. Then aku teringat mungkin dari Zoo Negara kot...cakap pasal Zoo Negara, aku teringat budak-budak aku masa kat Renaissance dulu. Satu nama Achmad Yohanssen dan satu lagi Masniza. Sorang waiter aku dan sorang waitress aku. Selalu kena belasah depa dua orang ni. Tapi budak-budak ni memang tahan kena marah. Pasal tahan kena marahlah sekarang depa ni dah jadi Supervisor. Bukan senang nak jadi Supervisor kat hotel ni. Bertahun lah jugak depa kerja dengan aku. Baik budak-budak ni. Si Achmad ni duduk kat Taman Kemensah. Ala...yang belakang zoo negara tu...last Saturday masa aku kat airport, aku dapat sms dari Achmad. Dia cakap, "Bos, ada kat KL lagi ka? Kalau ada datanglah kenduri kahwin saya petang nanti, kenduri kat rumah saya kat Kemensah Height. Saya kahwin dengan Masniza!". Huh????????

12 ulasan:

kucingorengemok berkata...

eh kelakar la, org msia pergi indonesia beli dvd cetak rompak, org indonesia pergi jeddah beli dvd cetak rompak, org jeddah rasanya pegi msia beli dvd cetak rompak! yg kaya ah long, hihi :)

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle dear!

...dah ceria! baca entri uncle membuat KN sentiasa gelak. mesti ada part yg kelakar!
eh..cam best jer nasi tumpang tu..tumpang makan jugaklah...heh3!

Uncle berkata...

Dear KOG.
"A cycle of life.."

Uncle berkata...

Dear KN.
Buat2 ceria tu...."..penyu menangis siapalah yang tahu.." ikut lenggok ala-ala sm salim sikit!

Tanpa Nama berkata...

best2.. nk kena p jgk ni..
uncle tgu sat no.. stgi smpai la ni.. ahiksss..

taj berkata...

salam uncle,

dah sihat? sukran... nasi tumpang, first time saya lihat... sedap ker?...
bila uncle berangkat ke mekah?
anyway selamat bermusafir dan selamat beramadhan...

Uncle berkata...

Dear UP.
Kalau dah ready nak datang bagitahu saja la ok?

Uncle berkata...

Dear Taj.
Thanks...baru je sampai ni, beg pun tak sempat bukak lagi!

Aunty W berkata...

Hai, dah makan my pickled ikan masin?

Uncle berkata...

Dear aunty W.
Belum makan lagi sebab simpan untuk bulan puasa....tak pun sampai Raya nanti. Sayang nak makan sekarang..heh3...anyway thanks for the bekal. memang sedap! Love you!!!!!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

kalu kat kg sy ni ada nasik bersila..bukan nasik tu duduk bersila, tp org nk mkn kena dok bwh bersila..a`ah, sy rs burung tu mesti hat telepaih dr zoo..mmg slalu ada.time sy blajaq kat uia dulu pun byk dok mai betenggek kat bumbumg kuliah

Uncle berkata...

Memang burung zoo pun. Tapi cantik..depa terbang sekawan, ala-ala lagu arwah Rafeah Buang!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...