Ahad, Mac 06, 2011

Happy Birthday Wakana!

(semua tunggu macam nak bukak posa!)

(peminat jumpa dengan aktor bollywood...hahahahah)

(anak sapalah yang pakai baju biru ni..)

(kat luar klcc sebab marina nak tengok air pancut...)

(2 minggu lagi aku bakal tinggalkan lagi budak kecik sorang ni....aku ingat nak pack masuk dalam hand carry, bawak pi bali.....)

Hari lahir aunty jatuh pada hari isnin depan. Tapi memandangkan abang tak ada kat rumah dan aku pun rasanya tak ada kat rumah selama beberapa hari, jadi aku decided untuk keluar makan malam ni...Buat kesekian kalinya, aku tanya aunty apa dia nak as a birthday present. Aku tanya sebab aku tak reti nak begi present kat aunty. Satgi beli merc, dia nak bm......kalau aku bagi bungalow, dia nak villa....kalut aku nanti...tapi sebagai orang yang dah lama aku kenal dan lama jugaklah hidup sama, aunty cakap dia tak mahu apa-apa.....tak mahu TODDS! Aku terharu dan terus bawak depa keluar makan kat Victoria Station....patutlah aku tengok muka abang panic masa aku cakap kita nak pi makan kat Victoria....abang ingat kami nak pi makan kat Victoria Institution! Heh3.....

VS ni boleh aku katakan almost tiap-tiap hari aku lalu pi balik...pi balik...tapi tak pernahnya aku stop pi makan. So malam ni aku buat reservation dan makanlah kami anak-beranak kat situ. Depa makan soup and followed by steak. Aku tak berapa minat makan steak sebab aku tak enjoy...jadi aku makanlah anak ayam spring....masa makan tu depa ada tanya kat aku, apa makanan pelik yang aku pernah makan...maklumlah dok kerja kat hotel ni...jadi aku pun cakaplah salah satunya, "steak tartare" yang merupakan daging cincang lumat yang mentah dan dicampurkan capers, onion, lemon juice etc....makan dengan melba toast...gulp, walaupun tak masak, tapi sedap...aku buat, aku makan sendiri...of sourse lah ikut resipi dan lecturer aku tunggu tengok aku buat sebab nak bagi markah....aku makan setengah....Mr Sweet makan lagi setengah....heh3...Yuya tanya steak tartare tui apa? Aku cakap steak tartare tu macam yang Mr Bean makan kat restaurant tu....yuya angguk-angguk buat macam-macam paham!

Aunty nampakya happy bila semua orang berkumpul sama-sama dan makan malam sama-sama. Bagi aku, kalau aku ada kat rumah, makan malam adalah satu acara yang harus dilakukan bersama-sama. Tak boleh makan sendiri-sendiri...aku tak suka. Sebab masa makan ni lah aku dapat tanya anak-anak aku dengan lebih personal...besides depa tak boleh nak lari dari soalan aku sebab dok makan lagi...heh3...

Lepas makan aku bagi kek sikit kat aunty sambil the whole restaurant staff keliling kat meja nyanyi sekali....heh3....aku pun nyanyi la jugak! Terasa muda sat!!! Ramai jugak kat restaurant tu tadi. Aku ingatkan restaurant ni kecik ja sebab kalau tengok dari luar dan ikutkan size entrance dia, memang kecik...tapi bila masuk ke dalam, mak aiiiiii....aku rasa 200 orang boleh masuk easily! Besar jugak...food dia oklah...nak bagi 2 thumbs up aku rasa tak boleh lagi kot...the one in black jacket came and reccommended their special yakni thick oxtail soup. Since manager yang suggest, aku pun order lah as my starter....baru satu sudu masuk mulut, aku panggil dia balik dan bagitahu kat dia discreetly..."excuse me, tadi you suggest oxtail soup dan you kata this is the restaurant specialty...I took your word.....now I'm telling you that this is the worst oxtail soup i've ever tasted!". Muka dia terus senget dan apologise dan bawak lari soup aku ke dapur. Dia keluar dan jumpa aku lagi dan tanya samada aku nak soup yang lain atau tidak...aku kata takpalah...hilang mood nak makan oxtail soup...aku terus makan spring chicken with bbq sauce aku! Taste dia ok. Chicken was tender and juicy. Untuk adik-adik yang selalu dok memasak, kalau nak masak ayam, pastikan ayam itu dimasak dengan betul....sebab kalau tidak, bacteria dia masih ada....jahat ni ayam ni...pasal tu mak dan pak ayam tak mengaku kalau ditanya depa tu mak sapa atau pak sapa? Depa tak pernah mengaku yang depa tu "mak ayam" atau "bapak ayam!". Heh3.....

Lepas makan, aku diam-diam pi bayar bill. Ajak depa keluar dan tiba-tiba yuya tanya samada aku dah bayar ke belum? Aku cakap, tak payah bayar...muka yuya blurrr!!! Dia tak perasan yang masa aku pi toilet, aku dah settle bill! Lepas keluar, kami ke KLCC sebab misi mencari boots abang belum selesai lagi. Kami terus ke kedai sukan yang nama stadium sebelah kinokuniya. Alamak, size 9 PUMA ada............try mana-mana yang patut dan abang berkenan dengan yang satu tu. Ada discount 40% lagi....try, jalan pi balik pi balik 34 kali, bayar dan bawak balik...abang senyum panjang....aku dan aunty senyum pendek! Kesian pulak kat yuya sebab boots dia tak bertukar lagi. Abang setiap 3 bulan kena tukar. Yuya dah 1 tahun dok pakai yang sama. Tapi tadi dia cakap, "Papa....boot yuya dah ketat!". Aunty kesian dan janji yang aunty akan belikan boots baru untuk yuya.....balik rumah yuya terus tidur sebab esok pagi dia ada "fitness test" pukul 8 sampai 11 pagi....

To aunty pulak, "Happy Birthday to you and may Allah be with you always...Love you!.

22 ulasan:

Kaseh berkata...

Happy birthday aunty... may ALLAH bless u n family always...

p/s: unclee sorry lama tak tinggal jejak..kaseh smepat baca je..tu pun kadang2 tak sempat abeh baca..kat opis bz skang ni..uncle n family take care ok. nati kaseh khatamkan baca entry2 yg terlepas.

norh berkata...

terliur waktu uncle dok bagi details pasai makanan tu.. Happy Birthday to Aunty..

Uncle berkata...

Salam Kaseh.
Takpa...kerja lagi penting...yang entry uncle ni boleh baca bila2....anyway, sihat?

Uncle berkata...

Salam Norh.
food was good....will relate the wish to aunty..

rezeki berkata...

salam uncle

moga uncle sekeluarga sentiasa berada dalam perlindungan dan kasih sayang Allah

selamat ulang tahun buat auntie

Uncle berkata...

Salam rezeki.
insyallah dipelihara hendaknya....thanks for the b'day wish...

Aunty W berkata...

Dear Shah & Guys, Thank you for birthday wish. Age is just a number. off course figically we're getting older, but mentally we can always be fresh. Do update yourself & be happy!!
Hey, next month is our 14th anniversary. do you still remember the date?

Uncle berkata...

Salam aunty W.
Of course I remember.....hopefully i am back during that time eventhough it might just be for a while...i'll have to plan carefully!

rina berkata...

Salam 'uncle'
Pls send my warmest birthday greetings to 'aunty'!

Feel odd pulak i panggil u "uncle". padahal umor i dgn u lebih kurang je. Lol.

p/s I nak p KL end of April and will be around until 1st week of May. U ada kat KL ke around that time? Kalau ada, boleh kita jumpa.


Rina

Kakzakie berkata...

Uncle.... membaca coretan auntie, kakak pula dah rasa lain macam. Syukur ada kemanisan dlm keluarga. Dia dah remind the 14th anniversary uncle jangan terlupa. Kena menghitung hari mulai hari ini.

Happy birthdy auntie, you're still young.:)

Uncle berkata...

Salam Rina.
End of April till early May should be fine...I will be in KL kot at that time. Will go to bali again next week for a while...do keep in touch! You keep well!!

Uncle berkata...

Salam KakZakie.
"WE" are still young...tak achi betul kata aunty saja young!!! Memang saya kena ingat date tu betul2.....errrrr rasanya 27th kot.....alamak...larik!!!!!!!!!

Yours truly berkata...

salam uncle

Happy Birthday to aunty.
Budak2 ni mmg cepat panjang kaki, macam anak saya yg sulung juga, dah pakai 1 size lebih dari abahnya..hahah

Uncle berkata...

Salam YT.
3 bulan dah tukar boots? Kayalah tokay PUMA nanti!!!

taj berkata...

Salam Uncle...

hari ini nak pulak taj tglkan jejak...mungkin baru kul 9 kut...mood pagi ok lg...selalu baca je...
anyway hepi belated besday to aunty...semoga aunty sihat dan ceria selalu nk menguruskan 4 org tuh...hehe
geram ngan anak dara sunti tuh...makin comeyyy

Uncle berkata...

Salam Taj.
Aik...lama tak dengar cerita...ingatkan kemanalah menghilangnya Taj ni....tinggal-tinggalkanlah kesan...senang Uncle nak ikut nanti...

Tanpa Nama berkata...

salam....pak cik

happy birthday to aunty,,,,,,,


tq: nal

Uncle berkata...

Thanks Nal.
Will convey the message to aunty...Nal sekeluarga macamana? Sehat?

catz berkata...

hi aunty wakana,

happy birthday to u..
wish u for many happy returns.
:)

Uncle berkata...

Salam Catz...
thanks for joining us for dinner last saturday!!!!!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Happy Belated Birthday to dear Wakana.

Uncle berkata...

Salam KN.
Thanks and will convey the message to her!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...