Jumaat, Mac 25, 2011

Walk-walk@jalan-jalan..

(a good day for wedding yesterday...it's everywhere..)

Semalam ataupun dipanggil kelmarin disini, adalah merupakan hari yang baik untuk perkahwinan. Semua tempat yang aku lalu, asyik-asyik macet. Ke kiri macet...ke kanan macet...sampai otak aku pun jadi macet! Aku ke satu tempat yang dipanggil Kerobokan. Ada satu syarikat disini yang menguruskan peralatan dan barang-barang hotel yang aku perlu berjumpa buat kali ke-2 untuk confirmkan pesanan. Perjumpaan berjalan lancar dan kata putus hampir dibuat. Cuma beberapa documents yang perlu di finalize...then voila...it's done!

Dalam perjalanan ke sana, kami lewat kawasan perkampungan. Sawah terbentang luas dan bila aku tanyakan pada Pak Agung, dia mangatakan yang penanaman padi disini tidak mengikut musim tapi pastinya 2 kali setahun. In between, depa tanam pokok kangkung ataupun pokok jagung. Aku ada merasa kangkung fresh yang baru dipetik dari tanah sawah dan terus digoreng untuk aku. It's kangkung belacan dan depa panggil "Cah Kangkung". Makan di Art Cafe yang ada kat ubud ni. Makan sambil bersila gaya jepun sangat melegakan. Sorry aku lupa nak ambik gambar tempat tu. Banyak paintings untuk dijual dan disamping ti@disatu sudut, sorang pelukis professional menyiapkan "stroke" terakhir sambil sign nama dia kat bawah painting tu. Sangat cantik! Sawah kat sini yang tak mengikut musim tu dapat dijalankan sebab airnya tak perlu di kontrol. Air gunung sejuk sentiasa mengalir laju dan disalurkan masuk ke dalam petak-petak sawah dan kalau padi tak memerlukan air, depa tutup lubang batas@ban tu dan salirkan samada ke petak sawah sebelah ataupun ke parit berdekatan dan digunakan pulak oleh wanita-wanita kat situ untuk membasuh baju dan mencucu motor. Depa kata, tanah bendang perlu diselang-selikan penanamannya agar tanah subur sentiasa dan bagi sedikit ruang bernafas kepada tanah....

(Tegenung waterfall...20 minutes from my place in ubud...ramai tourists!)

Lepas lebih satu jam kami berbincang, kami terus keluar untuk cari makan tengahari. Entah macamana aku pi sebut KFC. Partner aku kata itu satu idea yang baik sebab lama kami tak makan ayam goreng sebab yang banyak kat sini cuma babi guling.....hahahahah. Pusing punya pusing, kami masuk dekat satu shopping complex yang macam Hankyu Jaya kat Aloq Setaq tahun 80-an dulu sebelah bus stand lama...cari KFC tak jumpa tapi yang jumpa cuma CFC!!!! Takut yang CFC tu tak jual KFC, kami mengarah ke Mc Donald. Makan dan makan dan makan sampai tak larat nak bangun...hahahahahah!

Lepas makan, kami masuk kat dalam supermarket kat sebelah dan disalah satu corner aku nampak Lea Jeans. Terus aku teringatkan kawan Jakarta aku yang punya perusahaan ni. Ada aku cerita dulu yang nama Lea Jeans tu bapak dia pakai sempena nama anak pompuan dia yang bernama Ley Puspa Sanjaja yang jugak merupakan teman sekelas aku masa di Suisse dulu. Aku jugak pernah menginap beberapa hari di apartment dia di Paris dulu yang berhampiran dengan Champs Ellysees..Sewaktu Ley pergi kerja, dia akan hantar aku ke tempat-tempat menarik sebelum aku ronda sakan sampai dia habis kerja...hahahahah. Aunty tahu cerita ni, cuma aunty tak pernah jumpa Ley lagi...
Aku pasti yang Ley sekarang ni sangat sibuk dengan perusahaan jeans dia dan jugak Club dia yang mnendapat sambutan hangat dari artist-artist Indonesia dan antarabangsa. So kalau sapa-sapa pi jakarta, look for "Immigrants" and hopefully you'll meet Ley there!!

(makcik2 berjualan kain segala...air botol kat sini jadi double!)

Kedai ni mendapat sambutan hangat dari tetamu yang ramai dok pi balik tengok airterjun. Harga air kat sini dah jadi double sebab sambil minum sambil tengok waterfall. Ramai tourists bawak towel turun kebawah untuk mandi. Sebelah tu jugak ada aktiviti "white water rafting", jadi bayangkanlah macamana arus sungai kat bawah tu..yang tu satu aktiviti yang aku tak berapa minat selain daripada bungee jumping. Aku masih waras dan aku takut kena heart attack masa tengah dok terjun...hahahahah

Budak-budak ramai yang berjualan kat situ. Berderet-deret depa ikut aku sambil dok jual miniature angklung. "Buy one Sir...for school.." maksudnya kalau aku beli, duit tu dia nak pakai untuk pi sekolah...aku diam dan jalan terus..."Buy one Sir....I can eat..." Amboi pandai sungguh depa ni. Well trained. Aku paham yang depa ni miskin tapi aku tak mahu beli...jadi cara terbaik, aku diam sajalah...tiba-tiba kawan budak tu tanya kat dia yang aku ni dari mana trus dijawab budak tu, "Dari Saudi kayaknya..." hahahahahahah!

(kat sebelah tu ada bengkel orang potong batu...cantik dia potong sebelum di ukir jadi kepala buddha!!!!)

Masa aku dok jalan keluar tu, ada satu bengkel batu dan aku nampak sorang tengah dok belah batu. Khusyuk sungguh dia sampai aku senyum pun dia tak tengok..kat sebelah tu pulak aku tengok ada tukang ukir yang dok mengukir kepala Buddha. Banyak dia buat. In fact beratus-ratus jumlahnya. Kreatif sungguh depa ni. Ni jugak merupakan satu perusahaaan yang menguntungkan untuk depa. Bukan untuk domestic tapi untuk antarabangsa termasuklah thailand, singapore, hong kong sampailah ke europe...untuk diletakkan dipusat-pusat yoga, buddha bars ataupun rumah-rumah persendirian. Harga dari ratusan US sampailah ribuan US satu kepala! Kalau depa tahu ukiran-ukiran tu semua datang nya dari mana......

14 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle...

cantik that waterfall...

norh berkata...

murah ka kain2 kat kedai tu?

Kakzakie berkata...

Uncle pakai costume apa waktu budak tu nak jual angklung? Sampai dia kata dari Arab dah.... Hahaha macam org arab kot....Pandai juga uncle pretend tak faham cakap mereka. Kelakar...kelakar.....

Tanpa Nama berkata...

salam ...pak cik


kalau pasai makan ayam goreng tu sy percaya kat uncle,,,tapi yg tak tahan nak gelak tu bali guling,,,,sy punya bos baca pun tergelak ......hehehehe

tq: nal

PINATBATE berkata...

uncle kan hensem..tu yg depa dok ingat dari Saudi tu..perghh!!!

Ayak terjun tu cantik!! rasa nak ikut terjun jugakkkk...

Uncle berkata...

Salam KN.
sangat cantik tapi sayang airnya keruh..

Uncle berkata...

Salam Norh.
Alamak, tak tanya la pulak....pasai tak pernah teringat pun nak beli kain!!

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
Pasai diam, dia terus kata Arab...saya pun terkejut jugak....pasai tak dak rupa langsung!!!

Uncle berkata...

Salam Nal.
boleh jugak kalau nak try yang tu...yang tu kalau nak cari kat depan airport sana mana nak jumpa!!!! hahahahah

Uncle berkata...

Salam Pinat.
tak boleh nak mandi kat situ sebab terlampau deras airnya..

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

seni ukiran diaplikasikan. batu-batu yang terbonjol sana sini di usahakan hingga bernilai beratus US untuk satu ukiran kepala...

..mama masih memikirkan kraf apa yang boleh kita di sini(Kedah) nak usahakan hingga dapat seratus US...nak ukir apa...
Begitu bijak orang di sana mencari rezeki...
Terima kasih kerana N3 ini..bagus.

JHaZKiTaRo berkata...

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Depa ni memang kreatif. Apa saja depa pakai untuk dapatkan duit termasuklah lalang yang kita dok buang tapi depa anyam dan jadikan atap.

Kraf kita mestilah beridentitikan kita. Tapi sayangnya kebanyakan kraf kita diambik dari Indonesia dan jugak Siam. Idea macam kat thailand buat satu kampung satu produk tu bagus tapi janganlah kerepek....sebab yang tu payah nak komersialkan...

Have a nice day mama...hankyu jaya@hantu raya ada lagi ka?? hahahahah

Uncle berkata...

Salam Jhazkitaro.
Rasanya kita dah kenal....dan blog jhaz pon selalu saya masuk...menarik especially east europe!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...