Selasa, Mac 29, 2011

Ngopi

(ladang strawberry)

Bedugul adalah sebuah kawasan yang sangat menarik. Kat sini pemandangan sangat cantik. Aku suka "ngopi". Jadi mana-mana aku pergi, dalam perjalanan, aku akan stop untuk "ngopi". Tak kiralah kopi apa...asalkan dapat ngopi, nikmati keindahan sekeliling, relax bersembang dengan aunty dan family members...that to me is a "HOLIDAY". Habit tu terbawak-bawak sampailah sekarang ni. Apalagi bila aku di Bali la ni dan banyak pemandangan menarik, jadi aku tambah suka berhenti kat tepi jalan dan minum kopi. Kopi Bali aku dah try...kopi Aceh aku dah minum...cappucino, mochacino, espresso, latte etc aku dah dok minum almost everyday. Kalau tak di cafe lain, staff aku yang akan buat. Everyday is a tasting day for me till aku puas dengan rasa dia...

Kat KL pun sama. Sat-sat aku nak berhenti "ngeteh". Aunty sampai naik boring dok ikut naik-turun naik-turun keta! Mamak tu lah...mamak nilah....semuanya aku sapu. Tapi taklah sapu mamaknya....sapu tehnya saja...hahahahahah. Perjalanan aku ke temple situ ambil masa selama 1 jam setengah melalui gunung-ganang dan kawah yang dah tak aktif lagi. Aku nak berhenti tapi kali ni aku tersepit kat celah-celah bas pelancong@pariwisata yang banyak melalui kawasan yang sama. Jalan yang sempit dan bengkang-bengkok membuatkan perjalanan sangat mencabar....kalau kat malaysia tu perjalanan yang macam tu mungkin ambik masa cuma setengah jam di highway...

(resort dilereng...Rumah Kaca..as they call it)

Ada satu resort kat tepi lereng bukit tu. Dan boleh aku lihat dengan jelas kalau aku duduk kat restaurant atas sambil minum. Nampak cantik sebab semua balconynya menghala ke arah gunung. Aku rasa pemandangan sunset kat situ mesti cantik sekali. Pintu dan dinding yang menghala ke gunung diperbuat dari kaca. Aku cuma melihat dari jauh dan tidak sampai ke situ sebab perlu turun balik ke bawah. Tak nampak pulak orang masuk keluar kat situ. Aku pun tak tanya pulak kat orang yang serve kopi kat aku pasal apa tempat tu kosong. Kalaulah aku ada duit, mahu aku buat renovation, marketkan betul-betul dan jual balik hotel tu. Buat duit sikit pun cukuplah...janji boleh tukar motor fake harley aku ke real harley!!!

Bila aku balik dan ceritakan pada staff aku pasal resort tu, depa terkejut. Melopong mulut depa bila aku cakap yang resort tu cantik dan strategic. Bila depa melopong dan mulut ternganga, aku pun turut sama melopong dan ternganga! Aku tanya, pasal apa depa diam dengar aku cerita? Pelan-pelan Santi bagitahu yang tempat tu sebenarnya dah 15 tahun ditinggalkan kosong walaupun biliknya ada banyak. Aku tanya pasal apa depa tinggal kosong? Dia bilang yang tempat tu sebenarnya berhantu. Setiap malam ada saja kejadian yang tak diingini berlaku dan lama-kelamaan orang semua tak mahu tinggal kat situ dan ownernya terpaksa gulung tikar dan biarkan tempat itu kosong. Selang 15 tahun, resort tu masih kosong. Menurut cerita, tempat tu mesti di bongkarkan dan dibuat baru serta tidak ada menunjukkan ciri-ciri resort lama supaya "bendasing" tu tak menginap disitu lagi.....hahahahahaha itulah ceritanya...ala-ala "Nyang Rapik". Aku rasa David Teoh boleh buat cerita menarik kat situ!

(the temple)

(offerings at the temple)

Temple ni sangat menarik sebab cuacanya yang dingin dan ada kombinasi masjid dipersekitarannya dan jugak temple untuk orang-orang hindu melakukan upacara keagamaan. Masa aku sampai kat situ dan duduk dibawah satu pondok sambil membaca buku dan mengadap pulak ke lake, ada sekumpulan lelaki masuk sekali dan bawak peralatan gamelan depa sama-sama duduk dengan aku. Selang 5 minit, aku dengar muzik gamelan dah pun dimainkan. Walaupun mata depa meliar tengok pelancong yang datang, tapi tangan tetap mengetuk gamelan dengan baik sekali. Lagu gamelan yang mengasyikkan buat aku terlupa kat partner aku yang sama-sama ada dengan aku. Asiiikkkk bangat! Cari-cari, partner aku rupa-rupanya dok pi tengok budak-budak dok memancing kat lake tu. Hahahahahah

(the sampans...at the lake)

Sampan-sampan yang ada kat situ mengingatkan aku pada polynesian countries yang memang pakai sampai dan perahu yang ada sayap macam tu. Aku tak tahu nak panggil apa, so aku panggil "sayap" sajalah...Dalam dok ralit kat situ, tiba-tiba aku dapat sms dari staff aku yang mengatakan depa ada surprise untuk aku bila aku balik ke Ubud nanti. Pelan-pelan aku bangun, masuk dalam kereta start engine dan bawak.....nah....kat situ lah mulanya kereta aku nak meletup tu!!! Hahahahahahah

8 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

ngopi ni kira ketagih tau, mcm saya sehari tak kena nescafe, tak sah hehe

tapi kalau asyik ngopi je, karang asyik nak ke toilet memanjang hahaha

kalau uncle ada kat bali lagi, insyallah satu hari saya sampai , tapi tak tahulah bila pasal jadual cuti dah padat tahun ni hehe

bole kita ngopi sesama nanti sambil menikmati permandangan

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Betul tu...but I just like to go around different places and minum kopi...saja habit dah macam tu. Sambil minum sambil tengok tempat orang dan cari idea walaupun tempat tu tak bagus, it's ok with me pasal lepas tu dapat idea macamana untuk tidak melakukan kesalahan yang sama....

O J O L A L Y berkata...

hehehehe bahaya udara kat bali ni..apatahlagi sambil menghirup kopi..walahhh..segar lor pak....ingat lagi mak ojo dok bebel..sejak2 balik bali selera makan bertambah2....penangan beras sana kot..hehehehe

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Satu hari mama akan sampai juga ke tempat itu.. Sangat indah alamnya dan begitu meriah kebudayaan dan seni tempatan.
...walau traffiknya pasti seperti di Medan ..haru biru..

Uncle berkata...

Salam Ojo.
Selalunya macam tu lah...balik dari mana2 badan mesti naik sihat. Tapi uncle lain pulak sebab masa nilah badan Uncle akan turun....bila balik KL dia dah tambah balik...ni aunty punya pasal sebab dia dok buat darrrcha, assam pedas dengan kari kepala ikan! Salah dia...bukan salah Uncle...hahahahahahah!

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Mai lah sini. Kita tak payah visa dan masuk ke sini selama 30 hari. So, mailah sini 30 hari...hahahahaahh

Banyak tempat2 menarik yang kita boleh lawati kat sini....

azieazah berkata...

Kalu tak silap, jalan bengkang bengkok lagi sempit biasanya menuju tanah tinggi. Setiap hujung minggu, rakyat tempatan pun suka bersantai dan berlibur. Tu yg selalu ramai orang.

Uncle.. Kopi Janda tak nak try kerrrr.? Ahaks!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Huh? Kopi janda? tak buleh nak tidoq satgi......panassss badan!!!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...