Rabu, Mac 16, 2011

That Little Gerai

Last Sunday aku ada buat panggilan kecemasan kat sorang blogger pompuan yang aku sendiri tak pernah jumpa walaupun kami dah 1-2 tahun ni dok berbalas-balas comment kat dalam blog masing-masing. Heran sunggoh aku. Aku suka baca blog Catz sebab bahasa dan gaya penceritaannya yang sangat "groovy" aku rasa, senang dibaca dan senang mata melihat gambar-gambar yang dipaparkan. Kami buat appointment untuk berjumpa kat rumah aku. Catz sampai tepat pada waktunya...kalah orang Jepun nih...

Malam tu aku sekeluarga bawak Catz pergi makan malam kat melawati, taman permata. Jangan belok ke simpang nak ke giant tu...maksud aku, kalau dari ampang menghala ke UIA, giant taman permata kan ada kat sebelah kiri.....masuk lorong kiri tu tapi jangan cilok masuk kanan ke giant! Jalan terus dalam 100 meter ke depan. Mata sila jeling-jeling ke kanan yeeee...sebab dalam salah satu lorong tu ada Restoran Syed. Masuk kat Restoran Syed tu dan kat sebelah dia ada kedai tom yam nama Thiraa kalau tak silap aku. Ample parking space! Park and turun dan jalan ke kedai tom yam tu. Masa tengah dok jalan mesti nampak ada satu gerai yang cute-miut jual western food dan nama dia "That Little Gerai!". Dengan jalan lenggang kangkong, kami terus menghala kat situ.

Aku kenal chef adly adnan ni beberapa tahun yang lalu. Chef yang sangat berkaliber dan sangat tahu apa yang dia buat. Ini lah salah satu chef melayu hebat yang pernah aku jumpa...very outgoing, very humble dan memasak dengan jiwa dan raga...selalunya yang lain-lain tu teringin nak jadi celebrity saja....masak habuk pun tak dak....panjang cerita chef sorang ni...chef adly ni sebenarnya lepas sekolah dulu, berpeluang belajar kat US. Jadi berkelana lah dia sorang diri ke US.......bila sepatutnya dia balik ke malaysia, dia sudah pi buat U-turn la pulak..dia terus tinggal kat sana. Minat dia sebenarnya pun memang dalam hal memasak ni. Jadi dia pun kerja lah dari satu restoran ke satu restoran yang lain dan dari satu hotel ke satu hotel yang lain...sedar tak sedar, dia dah duduk kat sana selama 23 tahun! Memang gila chef sorang ni...

(long table tu..)

(tak boleh nak tolak ni..)

(dan ini..)

(special guest aku....CATZ!!!)

Chef adly ni sorang pakar didalam masakan-masakan barat dan juga italian serta lain-lain lagi. Ni semua aku confirm sebab pengalaman dia pernah bekerja selama beberapa tahun di Blue Fin Restaurant yang terletak di "W Hotel" Times Square New York telah banyak membantu. Masa aku makan kat sana, aku tengok kat dapur dia, chef adly ni menyediakan mashed potatonya sendiri. Bukan macam tempat-tempat lain. Even kat hotel pun mashed potato selalunya pakai yang serbuk. Chef datang bersembang dengan kami sekeluarga. Meja sebelah pulak aku tengok ada mat salleh pompuan dok makan lasagne..alamak, lepas ni aku ingat nak kena order lasagne lah jugak kot!

Pada sapa-sapa yang memang dok ada dalam kawasan tu, aku syorkan, pi lah makan kat situ. Harga murah....makanan sedap....and ada lagi satu bonus...kalau sapa-sapa nak suruh chef masak salmon, halibut, mackerel atau apa-apa saja, contact lah chef adly adnan kat facebook dan bagitahu kat dia. He'll be very happy to assist...oh y tak lupa, ada chef bagitahu kat aku hari tu, kalau ada mushroom lebih-lebih kat rumah dan nak suruh dia sautekan, bawak saja...tak dak hal punya!!! Huh...ambik...ada tempat lain buat lagu tu? Aku jamin satu kl tak kan jumpa tempat yang macam tu....btw, first time aku jumpa chef asly, masa dia pi umrah 2 tahun sudah dan tinggal kat tenpat aku kat mekah...very versatile....in fact, wedding anniversary aku next month, aunty dah pesan siap-siap nak buat makan kat situ!!!

16 ulasan:

Kakzakie berkata...

Bagusnya uncle. Kalau kakak dekat mesti kakak pun nak try. Best lagi bawa cendawan dari rumah suruh chef tu masak. Kalau ikan kerapu bawa dari rumah terus suruh dia masak pun boleh juga kot?

Untunglah awak Catz, makan free....

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
Part ikan kerapu masak 3 rasa tu saya tak guarantee...heheheheheh satgi chef adly buat kerapu dengan hollandaise sauce infused with rosemary satgi...hah dah haru biru jadinya! But anyway, kak zakie dok tang mana? Next trip when i come back from bali, saya bawak pi makan pulak...amacam?

PINATBATE berkata...

hamboi catz!!
dpt jumpa Marina cute..;D
Suatu masa nanti nak try jugak lah pi sana..

dilaBanGi berkata...

wah uncle dah jumpa peminat erk (hehehe)
dunia blogger. Lepas ni kena jumpa kak PINT lak Uncle dari Cheras selatan (hehehe) mesti kak pint jeling2 tu
Penulisan uncle adalah yang terbaek. semua urg faham dan begitu details. Maka x hairanlah kalau semua blogger meminati penulisan uncle termasuk saya (hahahhaa).Terukan berblogging uncle....
MARINA YANG CUTE tu. geram aa dgn DIMPLE marina ni

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Yes...you have to go there and makan dan makan dan makan....the best gerai, the cheapest food with a hotel taste! Nak pi lagi ni...

Uncle berkata...

Salam Dila...

Hari tu sebenarnya, Uncle yang jumpa peminat...minat sangat dengan cerita2 Catz dan gambar2 hotel yang dia ambik tu...

Pasal tulisan tu, banyak yang Uncle baca buku2 dan blog2 ilmiah...berat otak....so Uncle tukar ke bahasa biasa kita dok sembang....hopefully cerita2 tu semua dan message2nya sampai pada pembaca...thanks Dila and keep on reading!

Err, dimple Uncle pun comeii jugak...hhahahahahah

hayati berkata...

uncle..
plan nak gi mlm ni..nk pekena lasagna...huhu..

Uncle berkata...

Salam Hayati.

don't go tonight pasal Uncle rasa semuanya ada kat Taman Negara tu...chef pi buat team building dengan sorang lagi chef dia....Chef Adly kat US lama...sorang lagi Chef kat Europe lama dengan Marriott group dulu....you should reschedule to the weekend...check FB dia, just type That Little Gerai" and you'll find him!!!

Romie Pujaan berkata...

yo uncle,

catz has been talkin bout u since i went out wit her for teh tarik. she really recommend me to go to that gerai. went, after an hour patah balek order lagi ahahhaha

Uncle berkata...

Yo RP!

are you serious? Food is good isn't it? Would love to go there again....

Kakzakie berkata...

Uncle... kakak dok di selatan tanahair, kena masuk S'porelah jawabnya. Tak kan kerana nak makan kena naik ke atas pulak. Hehehe....

Kalau uncle ke Johor kakak bawa ke JB town....

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.

Ala...naik bas transnasional tu sekejap je kak...lepas tu saya hantar balik kat stesen bas...malam dah ada kay rumah balik...cepatkan!

taj berkata...

Salam Uncle...

slurrrrppppp.......
kalau uncle dah kata sedap dan menrekomenkan...pasti ler tuh
buat teliuq chek...
cuma nak kena cari tempat je, takut tersasar kelain pulak...hehe

Uncle berkata...

Salam Taj.

Uncle tak reti2 sampai la ni nak attach peta ka....apa ka....kat dalam entry ni...kot2 dia prriiiaaaappp hilang teruih baru padan ngan muka! Anyway, cuba masuk kat facebook under "That Little Gerai". Ada gambar Chef Adly dok sengeh kerisin kat dalam tu! You should visit and taste Taj!!!

Aidy berkata...

Thanks for the write-up..really enjoyed your writing..memang terbaik. Funny pulak tu ;)

For those yang tanya pasal direction..there's a map kat FB page tu if you click on the Welcome button or jz gimme a call at 012 332 0416.

Shahrir..thx again..and will definitely hook u up for ur anniversary soon.

Uncle berkata...

Salam Chef Aidy.
First of all, apologised...nama pun I salah type...thanks for your number. I'll put your number in the next entry and "together we make it happen!!" hahahahah

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...