Sabtu, Ogos 27, 2011

Papa...kawan datang!


Marina adalah seorang yang sangat outgoing. Tak takut pada orang apatah lagi pada binatang! Ajaib sungguh budak ni. Lain dari aku yang takut pada T-Rex dan lain-lain yang seangkatan dengan Steven Spielberg....Beberapa minggu yang lalu aku ada menjemput kawan aku untuk berbuka puasa dirumah. Depa bawak anak depa yang bernama Sarah. Sangat comel dan agak pemalu initially tapi last-last tak mahu balik rumah! Hari tu aku beli durian sebab dah lama aku mengidam nak makan tapi tak ada corum kat rumah. Salah satu tujuan aku menjemput depa adalah kerana aku baru dapat tahu yang depa ni makan durian, minum durian dan tidur durian...hahahahahah.


Marina dan Sarah

Sarah agak malu-malu kucing (shy-shy cat) masa mula sampai. Marina pulak belasah terus....ajak main kat depan, main bunga api, lari sampai lelah, panjat pokok frangipani dan main gelongsor walaupun dah pukul 8.30 malam! Masa ni aku teringat kat neighbour-neighbour aku masa kat henry gurney melaka dulu. Ramai yang akan datang kat depan rumah aku sebabnya rumah aku mengadap laut. Jadi main mercun ataupun meriam buluh, dah pasti tak tembak sapa-sapa. Kecualilah kalau tembak sesama sendiri...lagipun polis tak ada sebab kami hidup terkongkong kat dalam kawat berduri!

Marina pulak malam tu sampai basah satu badan. Kepala dia jangan ceritalah punya masam.....tapi masam-masam macam tu lah yang buat aku terlelap sampai kepagi. Marina tidur kat sebelah aku dan malam-malam, kalau aku tak boleh tidur, aku akan dekatkan rambut aku kat kepala dia dan cium bau masam rambut Marina. That's a natural therapy....macam cium tea tree oil...Alaaaahhhh, you people out there pun sama jugak....mengaku sajalah! Hahahahahah...tapi aku bet rambut tu akan menjadi therapy untuk aku cuma dizaman Marina kanak-kanak...bila dia dah umur macam Yuya memang aku tak sanggup lagi dah!
Masa aku kat Mekah dulu pulak, bulan posa adalah merupakan bulan untuk aku masukkan full gear. Sebab waktu kerja dimusim ramadan dan haji sangatlah hectic. Sekali makan sampai ribu-ribu jemaah. Aku tak ada ballroom jadi semuanya turn over kat restaurant. Bayangkan berapa puluh kali aku nak clear dan reset. Orang lain pi sembahyang terawikh, aku jadi super sibuk nak turn overkan restaurant dan reset untuk sahur pulak. Bukak posa aku extend sampai 11 malam. Sahur aku start pukul 1 pagi. Cuma ada 2 jam untuk aku bersiap dan pastikan makanan semuanya siap untuk ribuan jemaah tadi. Pukul 5 baru sempat tidur dan pukul 9 pagi aku dah masuk office balik sebab banyak menu yang nak kena ubah dan check....setiap hari tak pernahnya sama menu aku. Tu yang depa suka mai makan walaupun aku kenakan SR120 setiap sorang. Alaaaaa...SR120 is nothing to guests staying at Al Safwah...

Lampu lip-lap dwiwarna!

Masa Sarah dan family ada kat rumah, aku pasangkan lampu lip-lap yang anak-anak aku (cuma abang) yang bertungkus-lumus pasang. Mahainya lampu yang aku beli kat Chow Kit tu. First aku ingat nak ambik lampu jurai-jurai yang macam depa gantung kat jalan ampang depan ZOUK tapi bila check harga, oooo maaaa aiiiii dah dekat nak sama dengan harga bukak posa kat Mekah! Tu yang aku cancel. Ingatkan nak cilok kat pokok di jalan ampang, tapi jalan tak pernahnya sunyi! Katanya mahal sebab LED....takpalah, this year aku LET go dulu lah!

Makan durian 3 orang 4 biji besar memang sangat menyeronokkan. Aku zapppp......depa zuuuup. Aku zaaaassss, depa zeeerrrrr! Terbungkang kami macam kambing bunting...hahahahahahah....puaaasssss!

Raya dah tinggal berapa hari saja lagi. Tapi aku tak beraya sangat pasal first day raya aku masih bertugas unoffically.....but it's alright sebab family ada bersama aku kali ni.....that is satisfaction......

10 ulasan:

azieazah berkata...

Alaa UNCLE, kalu cari hantu durian yang memang hidup durian, cari la sayaaa! hehhehehe

Betul, satisfaction!

Beraya lah di mana pun tetap happy, asal sahaja family kita ada bersama!

Selamat Hari Raya UNCLE, maaf zahir dan batin.

rezeki berkata...

laaaa

nape tak ajak saya, saya pun antu durian hehehe

kenangan uncle masa bertugas pasti akan kekal dlm ingatan krn pengalaman tu takde kat tempat2 lain

alhamdulillah, uncle dah tak berjauhan dgn keluarga mcm dulu, kalau tak masa raya dok teriak sesorang hehehehehe

Nek Rock berkata...

Errrrrrrr errrrrrrrrrrrrrr makan durian 3 orang 4 bijik

Kalau sebijik ada 10 ulas = 40 ulas divide by 3 = 13.3 ulas

100gram - 145cals:))

Sila kira sendiri berapa ulas Uncle balun, kekekekeke

Hati hati di jalan raya
Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaaa

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Laaa...hantu ka? Kenapa tak cakap....ala2 pilem tajuk..."Awek aku Pontianak!" hahahahahah...terimakasih kerana memahami erti satisfaction sekeluarga!!!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Memang pengalaman2 yang macam tu lah yang membuatkan saya lebih kuat dan tabah....tapi kali ni tak mungkin akan berjauhan lagi dengan keluarga....banyak masalah daripada penyelesaian!

Uncle berkata...

Salam NR.
NR salah kira tu......anyway, selamat hari-hari raya serta maaf zahir dan batin!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

mmg pak cik hantu durian,,,,apa pun selamat hari raya buat pak cik sekeluarga,,,dari
luncai & keluarga....

Uncle berkata...

Salam Luncai.
saya mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan...selamat hari-hari raya!

norh berkata...

Salam Aidilfitri uncle :)

Uncle berkata...

Salam aiditfitri juga pada norh sekeluarga...atok, nenek, jiran keliling rumah dan jugak mamak jual roti!!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...