Isnin, Ogos 01, 2011

Saturday Night Fever!

Robae, Lya and little Sarah were there too!

Tanpa diduga sekali lagi aku ke favourite place aku di melawati. Menyahut ajakan teman aku yang menyambut birthday anak dia kat sana. Bila aku nak sampai kesana, aku terkejut sebab dapat sms dari sorang lagi teman lama aku yang sama-sama kerja kat rkl dulu. Rob kata dia nak ke tempat yang sama aku nak tuju sebab katanya ada tempat makan yang baik, baru dibuka! Aku terkejut sebab heran macamana dia boleh tahu tempat ni? Elok jugak sebab aku pun dah lama tak jumpa dia sekeluarga.. kami lagi rancak bersembang bila berjumpa secara ad hoc lagu tu. Aku makan pasta dan marina makan mini burger. Bila marina tak habis makan mini burger, aku jugak yang habiskan mini burger dia. Beef patty dia memang terbaik. Di marinate dengan sebati dan dibuat sendiri. Jadi, bukanlah rasa macam burger biasa kita beli kat cold storage tu.

Salmon with capers mustard sauce..

Yang kat atas ni pun sedap jugak. Nama dia Salmon with Capers and Mustard Sauce. ....mustard saucenya tak lah terasa sangat tapi capers tu memang ada, bak kata orang putih, "after taste'. Tak terlalu pekat dan salmon di grill dengan tidak terlalu lama. Jadi isinya sangat "juicy" dan tidaklah keras berketul! Coleslawnya  menepati kehendak aku. Semua rasa ada. Fries yang rangup.Terasa yang fries digoreng dalam minyak yang baru dan bukannya minyak 2-3 hari yang diulang pakai. Kalau minyak ulang pakai, aku dah boleh terasa kat tekak...rasa perat dan tebal...lepas tu aku akan dapat gastric!

Aglio Olio, my favourite dish

 Kalau makanan untuk aku, pastilah pasta! Choice tak berapa banyak. Cuma ada beberapa jenis pasta saja. Jadilah untuk aku merasa. Definitely next time aku ke sana, aku akan cuba yang lain pulak! Tapi bila aku nak kesana, aku kena pikir 10 kali sebab tempat tu dah fofular dan sampai tak cukup tempat. Malam tu pun aku kena bangun awal sebab ada orang lain yang dok tunggu meja kat situ. Kalau boleh aku nak duduk dan order lagi at least drinks....hmm, maybe next time kot!

The final result!
 Ini gambar result orang yang kekenyangan selepas kelaparan sebelum bulan Ramadan! Nasib baik pisau tu tak boleh dimakan...kalau tidak, pisau tu jugak aku telan! Aku kesian sangat kat orang ni sebab nampak sangat yang dia tu kebuluran walaupun sejam sebelum tu dah pun makan malam kat rumah sendiri.......

18 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Nasib baik tak sampai menjilat pinggan!

rezeki berkata...

salam uncle

uncle saturday night fever kat TLG, saya saturday night fever kat atas highway on the way to selatan dari kl jam 12 tgh malam hehehehehe

tu pun lepas pekena 2-3 biji musang king yg beli kat ampang hehe

after 12 am ,line clear malam.
jadi tak laju drive dalam 200-220 je hehehe

sorry tak sempat sessi tt dgn uncle pasal sehari je kat KL , itu pun terkejar2 sikit .

jumaat malam masa spi kl dalam kul 11 mlm ++ lps keluar je tol sg besi terus ke TLG . ikut direction dia lps 2 bonggol dan belok kanan

ingat nak call uncle ajak join, tapi takut mengacau pulak psl dah pukul 11 malam lebih

my wife try salmon mcm kat atas tu dan memang sedap dan terasa katanya, saya dgn anak jantan pulak mengadap lamb chop dengan kentang lecek serta salad , anak dengan butter rice

keputusannya , saya mmg puji masakannya pasal semua terasa dengan harga yang berpatutan .
lamb yg digunakan boleh kunyah sampai tulang pun tak tingal hehehe

saya selalu makan western dan kalaulah TLG dapat mengekalkan tahap kesedapan menu2nya , isnyallah TLG boleh pegi lagi jauh

cuma satu je masalah besar psl susah nak cari parking kat situ, wife dgn anak keluar dulu pi booking meja dan saya terpaksa tunggu dalam kereta tunggu kereta lain keluar.

Ibu n Abah berkata...

Ooooooooooo
sajalah tu...
mujuq bukak dekat azan maghrib..
- hehehehehehe... makan..makan memang sedap ditengok time puasa2 ni...

Nek Rock berkata...

Erksss, ku celaru, ku keliru, lalalalaa

Kalau pisau/garpu tu celop ngan tepung and deep fried, enak kan Uncle, hahahaa

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
sapa kata tak jilat pinggan kakcik.....dengan kerusi meja habeh kena jilat!!!!! hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Alamak, nampak gayanya, kita missed by 1 day! Maybe this saturday saya akan kesana untuk berbuka puasa...but this time I have to book earlier! In fact masa saya kesana, guests terlampau ramai, jadi ramai tetamu yang terpaksa masuk duduk kat gerai sebelah....nasib baik tak kena perambat sebab depa dah ada separate arrangement untuk pakai kerusi dan meja di restaurant sebelah! Kelasssssssssssss.....

Yes the food is good dan harap2 depa maintainlah macam tu.

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Kalau saya sorang dok bercerita pasal TLG, mungkin depa kata saya tipu...tapi la ni dah ada testimony dari REZEKI yang memandu jauh dari Johor dan makan kat TLG! This time why don't you go and try.....saya seronok kalau depa maju....btw, saya tak dak share kat situ....hahahahha

Uncle berkata...

Salam NR.
Celaru ka cencaru? NR, ingredients dia sangat low cholestrol due to extra virgin olive oil yang digunakan....carb tu biasalah....you need carb anyway for energy......highly recommended. Kalau angus meat pulak it's lean.....you should go and try when you come back!

Nek Rock berkata...

Salam Uncle:)

Psstt kena tunggu 2 taun lagi lah baru boleh dapat slurpppppppp:)

Aikk jauh tu dari celaru ke cencaru, kekeke, kalau cencaru, sedap bakor cicah air asam kan kan

**Keep FOCUS even during puasa Uncle:))

Uncle berkata...

Salam NR.
Masih focus lagi nih...bagai nak gila!! Malam ni menu is ikan bakar for me, that's all! wow....hebatkan...

Aunty W berkata...

Lain kali nak ordar Seafood Marinala pulak! oops, mesti tampa sotong punya...

Btw, mula2 font kecik, tapi kenapa tiba2 font jadi besar?

DadaIQ berkata...

Salam Uncle
On behalf of TLG, thanks for promoting TLG via your posting. We felt honoured that TLG has become one of your favourite dining place :-)

Uncle berkata...

Salam Aunty W.
We can do that on Saturday. I will check their website and pre-order our food for buka puasa. Can't wait!!
Regarding the font yang kecik-besar tu, I need a bit time to belek betul2.....I don't have the patience.....you know me!

Uncle berkata...

Salam DadaIQ.
You're most welcome....what else can I do to assist....kalau sedap Uncle akan cakap sedap.....and so far alhamdulillah! Great food, great company, great ambiance....see you guys on Saturday, insyAllah!

Kakzakie Purvit berkata...

La... kakak ingatkan blog uncle dah hilang. Kakak hilang jejak. Nasib uncle jenguk rumah kakak. Masuk sini baru tahu ada rumah baru... sebab itulah lama tak berkunjung....

Nampak seronok sesekali makan dgn teman lama dan family kan uncle...

Uncle berkata...

Salam Kak.
Saya masih tetap ada kat sini...menulis dan menulis segalanya yang merepek...hahahahahah...memang seronok kak makan dengan kawan lama...in fact this saturday i'm going there again for buka posa...have to pre-book the food!

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

jgn tokak pinggan tu sudahhh,
memang pak cik ni juara makan ?
sekarang berat badan dah berapa aaaaa?

hehehe

tQ: pak lebai

Uncle berkata...

Salam Pak Lebai.
Berat badan masih maintain lagi.....kalau orang tengok mesti kata umoq dalam 23 tahun! Percayalah....(ikot lenggok Siti...)

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...